`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Menyusahkan?

Monday, April 10, 2006

Menyusahkan?

Weekend lepas, selain menyambut hari jadi, aku sempat pegi layan Suzana@60 dekat istana budaya. Best, layan lagu lagu 60an ni. Ramai, sampai takder tempat kosong lansung. Dan yg paling best, pengunjung taerdiri dari semua lapisan umur. Bukan orang yg dizaman 60an jer. Walaupun jalan cerita yg biasa, tapi kehadiran penyanyi irama 60an memang dinanti nanti, persembahan ala ala konsert tahun 60an juga menggamatkan panggung petang sabtu lalu. Aku balik dgn siulan lagu Suzana.

Ahad sempat balik Ulu Yam, jenguk orang tua. Alhamdulillah sihat.

Cuma satu perkara yg tak berapa best. Dapat tahu seorang saudara dekat dah seminggu tunggu anaknya yg kecik dekat hospital selayang. Yang paling best, semua sedara tak tahu cerita pun. Bila berita dah merebak. Semua memberi reaksi yg sama. Kenapa lah tak bagi tahu sanak saudara ni?

Apapun, empunya diri menjawab " tak mahu menyusahkan orang lain".

Persoalan mula timbul. Apa susahnya jika sanak saudara tahu? Apa susahnya jika sanak saudara dtg melawat? Apa erti pertalian saudara kalau perkara begini turut dirahsiakan? Apa akan jadi jika berlaku sesuatu yg lebih serius?

Susah nak jawab. Tapi pasti ada rahsia disebalik " tak nak menyusahkan orang" ini. Mungkin dia terasa benar2 akan menyusahkan orang jika semua sebuk nak dtg menjenguk. Dan jika ada yg tak berkesempatan, akan terasa bersalah. Jadi ada baiknya dirahsiakan.

Tapi bila semua dah tahu, kenapa masih berahsia lagi?Kadang kadang keluarga terasa menyusahkan, kadang kadang terasa diperlukan. Namun air kalau dicincang takkan putus.

4 Comments:

Blogger NONIE AZIZ said...

kdg2 setgh sedara ni fikir benda macamni kalau dia boleh handle..dia handle sengsorang..kononnya tak nak susahkan sedara yg lain..yg sedara pulak terasa mcm tak diperlukan..lumrah alam mmg macam tu!!harap sedara ko tu sihat seperti sedia kala..

Monday, April 10, 2006 5:17:00 PM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

setuju ngan mamarisyia..

Monday, April 10, 2006 5:49:00 PM  
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

setuju juga dengan bukan bidadari

Monday, April 10, 2006 7:44:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

mamarisya : tapi kekadang dia jer tahu kenaper tak bleh kasi tau sedara mara ni, maybe ada benda yg dia taknak kita tahu...

tiara : aku setuju jugak..

semut : aku setuju dgn semut..

Wednesday, April 12, 2006 12:09:00 PM  

Post a Comment

<< Home