`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Selasa

Thursday, April 27, 2006

Selasa

Sebelum aku sambung kisah hari Selasa, aku nak tambah sikit benda yg tak ingat aku nak masukkan dlm Isnin.

Masa di hospital malam tu, lepas tak tau apa punca anak aku menagis mcm sakit sgt. Aku call boss aku, dia ni memang jadi tempat rujukan kami satu opis kalau ada masalah, yang paling best dia ni orangnya berilmu dan berpengalaman. Susah nak cerita pasal dia ni, tapi nak senang aku gambarkan, dia ni pakaiannya memang warna putih jer, dah dekat 5 tahun aku bawah dia, baju dgn seluar kaler lain tak pernah aku tgk dia pakai. Kalau nak cerita pasal dia, memang byk cerita best, tapi lain kali la.

Bila aku call dia, mula2 dia kata, bawak la jumpa Dr dulu, entah2 dia sakit perut jer. So bila dah Dr pun tak cakap apa, aku call dia balik.

Kali ni dia gelak dulu, lepas tu dia kata anak aku dah 7 bulan tu, biasalah. Pagi isnin masa aku mula masuk opis dari Bandung, bila dia sampai, terus dia dtg dekat aku dan tanya, 'kau tak sihat ker?' Aku yg lembab ni terus jawab, yer la, Bandung sejuk sket! memang balik dr sana aku selsema dan badan seram sejuk sket, tapi dah kena panadol, rasanya kebah sket.

So, dia sambung dlm telepon. Katanya, "bawak anak kau jenjalan dulu kejap, pastu balik nanti sebelum dia naik ke bilik, kau naik dulu, baca apa yg patut, pastu baru bawak dia naik tidur" Itu yg aku buat dan dah aku cerita dlm entry sebelum ni.

Selasa, aku masuk opis mcm biasa. Boss masuk lambat sket, biasa la dia boss!

Bila dia sampai, dia senyum kat aku, dia tanya " anak kau mcm mana? ok?"

Aku cerita mcm mana entry sebelum ni. Dia panggil aku duduk kat meja depan, tempat we all selalu lepak sembang2 dan minum kat opis ni. Dia cakap "aku tak faham kenapa ramai sgt minat dgn anak kau ni, dulu masa 7 hari tak dpt, skrg 7 bulan jadi lagi, entah2 nanti 7 tahun ada lagi agaknya"

Aku diam jer, nak dgr lagi. Diam sekejap, dia sambung "bini kau ada ngadu sakit lengan tak?" baru aku ingat, memang sejak balik dr Bandung, bini aku cakap sakit lengan kanan dia, aku ingat sebab byk angkat beg atau dukung anak, so biasa la. Tapi penjelasan yg diberikan Boss, ada logiknya, so aku terima. Pertama dia mana tau bini aku sakit lengan, Kedua, mana dia tau anak aku taknak lansung kat bini aku malam tu?

Last sekali, dia suruh aku cari air masak dua botol. Setelah dibaca lebih kurang kat air tu, dia kata satu utk anak aku buat mandi dan satu utk bini aku minum. Insyaallah malam ni ok sket katanya. Katanya lagi, suruh la bini aku baca skit ayat quran mcm masa mangandung dulu. Memang skrg agak kurang sket kami baca quran berbanding masa dia mangandung dulu.

Aku jugak dibagi beberapa ayat utk dibaca seharian, selain zikir biasa yg aku duk buat lepas maghrib. Aku balik rumah dgn hati risau campur semangat.

Lepas maghrib, aku zikir mcm biasa, pastu aku sambung baca yasiin. Kemudian aku turun dan makan malam macam biasa.

Lepas balik dari minum dgn pak cik aku dekat Great eastern mall, anak aku dah lena dlm kereta. tapi, sampai jer kat rumah, dia mula merengek. Aku dah mula risau, takut jadi mcm semalam. Tapi aku tepuk jer dia, sambil bini aku bagi dia ubat demam. Dlm 15 minit terus lena.

Aku naik dan letakkan dia dlm cot. Lepas solat isyak, aku sambung yasiin lagi, bini au atas katil duk mengaji sorang2.

Kemudian kami tidur. Dan alhamdulillah, anak aku nyenyak sampai subuh.

Tapi, segala cerita di pejabat memang menyeramkan, walau apa pun takkan aku cerita kat bini aku, nanti mampus dia taknak naik ke bili tu sorang2.

Harapnya semua dah berakhir. Tunggu malam Rabu lak mcm mana.

8 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Pakai baju putih senang, tak payah fikir2 nak pilih baju lain... hehehe

Tuah ayam nampak di kaki, tuah anak anda siapa yang tau....

Misteri sungguh...

Thursday, April 27, 2006 12:12:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

BP : semalam lepas minum air yg diberi, keluar semua bintik2 ruam demam campakyg kecik2 tu...wallahualam..

Thursday, April 27, 2006 12:20:00 PM  
Blogger Hot Mama said...

Nie cerita hantu ker? Ade stengah paragraph tuu kita tak baca.. takut!!!
Ni macam Syikin jugak laa citer pasal hantu..

Kalau kita tahupun kita sure tak masuk dah bilik tuu! Takut!!!! Heheheh

Thursday, April 27, 2006 12:33:00 PM  
Blogger Hot Mama said...

This comment has been removed by a blog administrator.

Thursday, April 27, 2006 12:34:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

HM : hantu atau jin tu tak dapat nak dipastikan, hanya mereka yg tahu dan berkebolehan sahaja yg tahu, kita cuma berlindung dgn yg esa, semoga dilindungi sentiasa, tapi kadang kita terleka akan wujudnya mereka2 ini...

Thursday, April 27, 2006 12:58:00 PM  
Blogger NONIE AZIZ said...

Aku dah biasa alami benda macamni...Try tengok macamana perubahan anak & isteri ko...benda tu mmg ada kat bilik rumah ko ker?

Thursday, April 27, 2006 2:24:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

MR :sebenarnya cerita ni akan lebih best kalau aku masukkan semua cerita mistik yg berlaku, tapi nanti ada yg tak suka plak, pastu nanti akan timbul komen2 yg tak menyenangkan, so baik disimpan jer...setakat ni aku rasakan benda tu jauh dah skit dari kami, mintak2 dia blah terus la...

Thursday, April 27, 2006 2:58:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

moon : tq, memang sabar la, setakat ni aku dapat terima lagi, dan keadaan dah beransur baik, cuma semangat anak aku tu tak kembali normal lagi, lemah2 lagi...

Friday, April 28, 2006 9:57:00 AM  

Post a Comment

<< Home