Masjid Kg. Permatang, Kuala Selangor
Masjid Kg. Permatang terletak hampir 5km dari Pekan Kuala Selangor. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah mengikut KESAS dan Puncak Alam.
Masjid yang dibina sekitar tahun 1916 ini merupakan mercu tanda kampung ini. Kampung Permatang juga menyimpan sedikit sejarah penting dalam negeri Selangor.

Kampung permatang merupakan tempat pertahanan tentera Sultan Ibrahim iaitu Sultan Selangor yang kedua semasa Perang Selangor Belanda pada tahun 1784. Setelah tewas, pengikut Sultan Ibrahim bertahan di Kg. Permatang selama lebih kurang setahun semasa Sultan Ibrahim berangkat ke Pahang untuk mendapatkan bantuan.

Setelah setahun diPahang, Sultan Ibrahim kembali ke Kuala Selangor bersama bantuan tentera dari Pahang dan kembali menyerang kubu Belanda dan akhirnya berjaya menghalau Belanda pulang ke Melaka. Sejak itu Sultan Ibrahim kembali berkuasa.

Kawasan perkuburan di depan dan belakang Masjid. Dihiasi nisan yang besar besar saiznya.

Balik singgah beli ikan masin.

Labels: Kuala Selangor, Masjid Kg. Permatang, Perang Selangor Belanda, Sultan Ibrahim, Ziarah
1 Comments:
lame btul x hapdet ek?
Post a Comment
<< Home