Juara Lori
Sekejap sekejap punggung terjarak dari tempat duduk van. Terlompat lompat bila tayar masuk lubang di jalan. Walaupun tak berapa jauh, SMK Bukit Kechil memang agak lambat untuk sampai. Jalannya masih belum bertar tapi sudah berbatu batu kecil. Sesekali debu debu menyinggah masuk melalui tingkap van yg tak boleh ditutup rapat.
Aku beritahu Pi'e aku tak berapa sihat untuk bermain. Mungkin Sara boleh gantikan aku dulu. Tambah aku lagi, Sara selain 'feeder dia juga boleh 'maniam sekali sekala. Kalau aku, hanya 'feeder sahaja, lain lain aku tak boleh.
Pi'e tak setuju. Katanya dia hanya suka aku yang 'angkat kalau dia mau 'gulung, 'maniam atau 'pacak.
Set Pertama, Pi'e, Mat Rani dan Sara yang main. Mereka menang sebab Sara banyak main 'lori.
Set Kedua, Pi'e, Mat Rani dan Sara main lagi. Mereka menang lagi tapi Sara tak banyak sangat main 'lori.
Akhirnya kami pulang dgn 'trophy emas bergambar bola raga seorang satu. Sepasang kasut 'Bata putih dan sekotak air milo. Sijil akan dihantar ke sekolah seminggu lagi. Diorang gelar kami Juara Lori!
Perjalanan balik, debu debu masuk lagi kedalam van.
Pling, Pling,
Regu Malaysia berjaya mengalahkan regu Indonesia dalam Semi Final semalam. Tahniah. Petang ini mereka diakhir bertemu regu Thailand. Semoga berjaya!!
17 Comments:
Humm.. tahniah.
sara tu mesti nama dia saravanan kan kan...
byk skill korang yek. tp tang lori tu ada mushkil sket..
Ahh.....Tetiba gian nak 'lipat gunting'...!
teringat zaman dolu dolu hehe
main lori? kalau caru atau rogol aku tahulah haha. Hampeh tulll.. kalah lagi ngan siam. Regu 1 memang tak layak menang. Regu 2 kalah sebab mental lemah!
huh! huh! tak paham aku. yg aku tahu gulung,servis kuda.yg lain aku tak paham la.hehe..
saya ingatkan cerpen baru. Perenggan pertama tu macam cerpen jer.. heheheh
ohhh yekeee
smlm tgk vietnam lwn thailand
thailand menyengat sehhhh
takut aku
moga2 msia dpt atasi halangan
mesia mmg BOLEH
aku pasal lipat2 mmg terer gile, malas nk cakap byk la. lipat net
aku tgk final tu. Geram tul aku thailand berlagak je tiap kali gulung. Macam lanrambai.. tempat aku main caru @ rogol... Lucah tul nama tu kan...
debikdebuk,
tempat aku juga sama.kami panggil rogol.haha.lucah sungguh
nengok team pompuan vietnam menang ngan thai pun best. padan gak muka siam tu.. kalu tidak depa nak sapu sumer.. m'sian team ni, hm.. malaih nak komen. tadi pun baru ja chong wei plak kalah... tengok hafiz kalah lagi sakit jiwa. gila meroyan kot dia tuh... ish, lari topik lagi...
masih tak boleh menang lagi dengan thailand ni ......
pompuan mmg best kalau main ape je jun ;p
masa wakil sekolah rendah, cikgu yg latih kami suruh kami main caru (main lori? ha ha). "Jgn nak eksyen" katanya. Tapi kami tewas kerana sekolah-sekolah lain pun caru juga.
ps..cara bilang sekarang (21) rasanya lagilah advantage kepada teknik caru @ lori @rogol.
kv tgk gak. Hampeh la. Tu yg malas tgk. Asal tgk jek, mesti malaysia kalah. Kalo tak tgk, menang pulak.
tak tau lak ada istilah mcm2. Huhuhu..sadis nya.
Terima kasih Your post is on target another excellent reason for people (you and me) to stop fearing the big stacks... and to stop bullying the small stacks. I think you have a great blog here! It was quite useful reading, found some good/nice stuff in here. Thanks! I have a Website It pretty much covers betting and poker solutionrelated stuff and more than one opportunity.
Come and check it out when you have the time and keep up the great work on your site :>>
Post a Comment
<< Home