`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Sayur

Tuesday, July 17, 2007

Sayur



Akhirnya mereka terasa yang mereka sudah terlalu lama dikerusi itu. Tanpa sebarang kemajuan untuk dibanggakan. Yang selalu diterima hanyalah sindiran panas dan kutukan dari seluruh peminat.

Kita hairan kenapa setelah bertahun tahun menyertai pelbagai pertandingan, masih muka yang sama menerajui pasukan. Dari pengurus sampai ke penjaga gawang, tetap dari mereka yang biasa.

Dengan alasan berpengalaman, mereka ini sering dipilih menggalas misi negara. Mereka memang banyak pengalaman. Pengalaman disayurkan pasukan lain.

Terbaru, masih lagi muka itu. Walau dipasukan negeri, mereka lansung tidak menjaring, tapi mereka tetap teraju utama pembolos gol lawan. Walau mereka terkenal dengan pertahanan yang longgar dalam pasukan negeri, mereka tetap teraju utama mempertahankan gol negara. Walau dia hanya ketua di divisyen bawahan, dia juga yang dipilih sebagai ketua kontijen negara. Statistik yang tak menarik lansung.

Lepas dibelasah Iran nanti, mungkin lebih ramai yang akan letak jawatan. Insyaallah.






**Doa untuk mereka mereka yang berusaha mencari mangsa tragedi Nuri, semoga bertemu kejayaan. Amiiinnnnnnnnnnnn....




Labels: , ,

1 Comments:

Blogger Sastri said...

aisey... kena belasah teruk kan?

Tuesday, July 17, 2007 3:28:00 PM  

Post a Comment

<< Home