`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Hantu UFO

Tuesday, May 16, 2006

Hantu UFO

Semasa di Tingkatan 3. Aku bersama 5 lagi rakan sekelas plan nak berkhemah di Gunung Jerai. Kami memang dah lama plan nak pergi sana.

Tiba hari yg dijanji utk berjumpa, hanya 3 org sahaja yg muncul. Dulu tak ada handphone, so mcm mana nak contact. Nak tak nak kami pergi la jugak.

Aku, Am dan Mazid masing2 dah bawa bekal masing2. Tinggal khemah sahaja yg kami perlu sewa diatas nanti.

Naik ke Gunung Jerai memang best. Kita akan naik Van yg byk beratur dikaki gunung tu. Van kami hanya kami bertiga. Sampai di atas, kami terus ke tempat utk menyewa khemah. Deposit utk 3 hari.

Selesai mencari tapak yg sesuai, kami pun mendirikan khemah. Muat utk 3 orang jer pun. Kemudian kami mula memasak utk petang dan malam. Kami hanya makan nasi dan sardin, serta telur goreng. Menu biasa bagi org yg berkhemah.

Malamnya keadaan sangat sejuk dan sunyi. Kami yg hanya ada baju sejuk tak berbantal, masuk kedalam khemah sambil bercerita tentang mcm2 perkara. Tiba2 hujan mencurah. Kami hanya perlu duduk diam dlm khemah dan berdoa agar hujan reda.

Lebih kurang satu jam. Hujan berhenti. Keadaan seakan tiada apa yg berlaku tadi, angin pun tak kedengaran lagi. Kesunyian amat sangat. Kami memberanikan diri keluar khemah dan membersihkan kawasan sekitar khemah dgn hanya dua buah lampu suluh. Api yg kami nyalakan tadi padam sudah lama.

Tiba2 Am ternampak satu cahaya bulat terbang kearah khemah kami dari utara. Pergerakan agak perlahan. UFO digunung jerai, best ni kalau boleh masuk tv ker atau surat khabar. Fantasi aku terganggu bila Am menjerit hantuuuuuuuuuuuuuu!!!!

Kami bergegas lari masuk kedalam khemah. Mengharapkan hantu tu tak nampak kami. Semua dah terketar ketar takut. Walaupun belum sah benda tu hantu. Tapi tak tahu kenapa takut jugak.

Dari dlm khemah kami boleh nampak cahaya tu berlegar legar sekitar khemah kami. Tanpa sebarang kesan bunyi yg menandakan itu hantu atau UFO.

Lebih kurang 5 minit terdiam. kami terdengar suara hilaian yg amat kuat. Mcm Perempuan yg ketawa kuat. Mungkin dia suka tgk kami takut. Apalagi, ketiga2 lelaki yg siang tadinya mancho, terus berpelukan sesama sendiri sambil mata tertutup rapat. Segala doa dan ayat2 yg diajar ustaz semua dibaca. Hati mengharapkan hantu tu dengar apa yg kami baca dan takut, kemudian tinggalkan kami. Doa kami termakbul agaknya. Keadaan tiba2 diam. Gelap seperti tadi. Mata cuma dibuka sedikit.

Kami begitu sampai kedengaran azan subuh dari surau chalet. Baru berani keluar, kemas barang dan berjalan turun.

Kami berjalan bertiga, mengikut jalan yg kami naik semalam. Sejam lebih kami tiba dibawah dan mula terasa bersalah tidak memulangkan khemah dan ambik duit pendahuluan.

Kami terus menahan bas dan tiba di Hentian bas Sungai Petani, kami ikut haluan masing2 kerumah.

Hanya kami yg tahu kisah ni. Dulu tak cerita sebab takut diketawakan. Sekarang dah berani. Dan sebenarnya sam[pai hari ini aku tak tahu itu hantu atau UFO.

11 Comments:

Anonymous Anonymous said...

ini cerito botul ko momain ni? tuo2 bangko pun ponakut ko? hahaha!

Tuesday, May 16, 2006 2:35:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

GT : wei tu dulu la yg takut, sokarang cubo lah, den tungguuuuuuuu!!!

Tuesday, May 16, 2006 2:44:00 PM  
Blogger Unknown said...

dogengan atau realiti?...poyo punya takut tuh! lu mmg org negri ke?

Tuesday, May 16, 2006 3:03:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

Halo : tu dulu la...skrg berani dha mancho dah ni....

Tuesday, May 16, 2006 3:11:00 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

hush..cik pon la tuh..

biasalah, kita masuk hutan ni, mcm2 jenis makhluk Allah ada, termasuklah syaitan n d geng...

Tuesday, May 16, 2006 3:14:00 PM  
Blogger Kunci said...

Ketika kejadian itu penulis berusia 15 tahun. Masih jambu lagi mungkin..(Hehe dont mad)

Ok per takut.

Tuesday, May 16, 2006 3:29:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

syikin : cik pondan ker aper..?

alang : van tu hantar sampai atas, pastu ko bleh lepak chalet situ, ader semua kemudahan...

kunci : masih jambu, mangga dan papaya...!!

Tuesday, May 16, 2006 3:32:00 PM  
Blogger Tok Rimau said...

Patut kau kangkang tengok celah kelangkang.Ada kaki tak?

Tapi la. Kalau aku jadi hantu, bila ada orang kangkang tonggeng, aku terajang bontot dia.

Kalau aku jadi UFO pun aku buat benda sama.

Tuesday, May 16, 2006 3:43:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

Tok : nak kangkang cemana, duk dlmkhemah, pastu duk sebuk berpeluk mesra.....!!

Tuesday, May 16, 2006 3:52:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

Ahaks!!!! bagus citer ko nih....

Tuesday, May 16, 2006 11:39:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

faza : kalau lah betul tu hantu..tu la 1st time aku jumpa..tapi dlm bentuk api atau bunga api...

Wednesday, May 17, 2006 10:44:00 AM  

Post a Comment

<< Home