`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Majlis

Tuesday, May 30, 2006

Majlis

Majlis Kenduri Kahwin. Kenapa setiap kali majlis, pasti akan ada kekeliruan atau kekelamkabutan. Padahal persiapan telah berjalan berbulan bulan lamanya.


Bagi aku. Mungkin semua ni berlaku sebab setiap kata putus akan melibatkan ramai orang. Atau dgn kata lain, melibatkan banyak kepala.


Contohnya, akan timbul masalah seperti, kumpulan kompang tak ada, tukang ambik gambar tak datang, mak andam lewat dan macam2 lagi. Sampai lah kepada hiasan meja pengantin pun boleh menjadi suatu isu besar.

Tapi. Ini semua adalah satu rencah majlis perkahwinan. Yang kalau takder, akan hambar majlis tersebut. Bagi aku setiap kali sesuatu perkara diputuskan diakhir masa, itu yg lebih baik dari yg telah dirancang sebulan lebih awal. Suasana akan lebih gamat dan meriah.

Gotong royong dikampung memang best. Semua seakan tahu tugas masing2. Tak perlu label dan tak perlu ketua. Semua seakan terlatih dan tertib.


Lauk tak cukup memang isu biasa. Walau telah bersedia lebih awal utk 2000 jemputan. Namun selera orang kita tak boleh sekat. Ada yg makan semakan makannya. Ada yg tak usik pun lauk.


Apa pun, kehadiran semua adalah sangat dialukan. Semoga pengantin berbahagia sepanjang hayat. Amiiinnnnnn.....

17 Comments:

Blogger zizie ali said...

sebaiknya adakan mesyuarat jawatankuasa induk dan jawatankuasa kerja. su jangan lupa buat minit mesyuarat. edarkan minit mesyuarat tiga hari sebelum kenduri. lepas kenduri buat post-mortem. beri surat tunjuk sebab kepada yang gagal melaksanakan tugas. beri hukuman yg sewajarnya kpd yang gagal memberi sebab yg munasabah. bla..bla..bla..

Tuesday, May 30, 2006 11:28:00 AM  
Blogger Pandang Dengar Diam said...

normal perkara2 remeh begini akan berlaku sepertima mana kejadian yg menimpa cuaca pada hari perkahwinan awal bulan may lalu.Menempah pelamin berwarna cream+gold kerana mengikut tema baju TAPI!si makcik yg datang memasang pelamin bewarna MERAh!oh gosh! tak ker huru hara dibuatnya...mula lah muncung cuaca panjang sedepa.terpaksa lah kur duit almost rm500 beli kain dan bunga bagai nak buat pelamin lain....benci tau ngan makcik BAJAU tuh....

Tuesday, May 30, 2006 11:35:00 AM  
Blogger NONIE AZIZ said...

This comment has been removed by a blog administrator.

Tuesday, May 30, 2006 12:41:00 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

mmg seronok kalau majlis kawin gotong royong, rasa meriah sangat kat luar dan dlm rumah esp. kat dapur, tp kalua katering ni rasa hambar sikit..sbb masing2 tak kalutkan relax jer tgk org katerer yg buat keje.

Tuesday, May 30, 2006 12:42:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

zizie : tu kalau buat kat hotel ok la...

cuaca : apsal tak suruh makcik tu jer bersanding atas tu...

syikin : ni cater lauk jer, lain semua sendiri....

Tuesday, May 30, 2006 1:39:00 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Biasa la tu..kadang2 plan dah betul pun still ada masalah tak terduga...


psss... seronok rewang2 ni...

Tuesday, May 30, 2006 1:47:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

teringat time sendiri kawen dulu...blues la plak erkk...

Tuesday, May 30, 2006 2:18:00 PM  
Blogger Lan Rambai said...

Kat kampung orang tua-tua dah byk pengalaman dahh.. dah tau tugas masing-masing..

Tuesday, May 30, 2006 2:22:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

BP : rewang memang best, tapi letih la..

oren : jiwang plak dier..

lan : semua dah tak payah nak suruh...

Tuesday, May 30, 2006 2:37:00 PM  
Blogger NONIE AZIZ said...

rasa macam aku nak kawin ngan baba lagilah muahahahhah

Tuesday, May 30, 2006 2:53:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

MR : mula lah tu....

Tuesday, May 30, 2006 3:07:00 PM  
Blogger rina said...

sedapnya nampak gulai daging tu...

Tuesday, May 30, 2006 5:19:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

rina : nampak jer dah sedap...belum makan lagi tu....

Tuesday, May 30, 2006 5:23:00 PM  
Blogger Hot Mama said...

Wow gotong royong, memang baguslaa.. nampak seronok jer buat kerja ramai-ramai...
Kalau tak kelam kabut tak bestlaa namanya.. baru ada excitement! hahah

Tuesday, May 30, 2006 5:39:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

HM : kalau semua ok, ok la..kalau sikit jer yg ok...mampussss

Tuesday, May 30, 2006 6:46:00 PM  
Blogger Unknown said...

sungai petani? jauh tu i've been there once dah 2 x pi pi sampai la ni.

lu kira org kuat majlis la yek! syabas..syabas...keje keje tapi ada hicup sket sket biasa la dlm majlis gotong royong cam nih.

Wednesday, May 31, 2006 10:59:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

halog : tak jauh nyer SP tu, 3 jam jer dr KL....aku memang orang kuat, kuat makan....

Wednesday, May 31, 2006 1:11:00 PM  

Post a Comment

<< Home