`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Suka + Duka

Monday, May 29, 2006

Suka + Duka

Suka
Di Sungai Petani. Majlis perkahwinan 2 pupu aku. Berjalan lancar dari hari pertama (Sabtu) dan ke hari kedua (Ahad), walau sedikit kedinginan sambutan dipihak perempuan. Namun segalanya dirasakan amat bahagia dgn kehadiran semua keluarga jauh dan dekat.

Tahniah buat Hafiz dan Sya.

Aku setiap kali majlis. Akan bertindak sebagai pemasang papan tanda dan bahagian lauk pauk. Memang tak dapat dipisahkan dgn 2 tugas berat ni.

Duka
Hampir selesai majlis dihari kedua. Kami dikejutkan dgn berita rumah Atuk kepada pengantin lelaki terlibat dlm kebakaran. Semua bergegas ke tempat kejadian. Yang tinggal hanya sedikit binaan dari batu bata yg gagal dimakan api.


Sehelai sepinggang keluarganya yg tadi sebuk berzanji di majlis kahwin. Keadaan gembira bertukar pilu. Sekelip mata. Semoga mereka tabah menghadapinya.


Apa yg dapat kami bantu. Dia mungkin berteduh dirumah nenek aku sementara. Derma kilat kami kutip.

Jam 8 mlm aku bertolak ke KL. Alhamdulillah jam 11 kami sekeluarga selamat sampai.

Aku mula mencari cari baju yg tak terpakai utk dihantar ke kampung nanti.

11 Comments:

Blogger blackpurple said...

Tahniah buat pengantin baru...!!! dalam masa yang sama rasa simpati kepada mangsa kebakaran tu...

Monday, May 29, 2006 5:20:00 PM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

Tahniah wat pupu OS..lawanya dia.. yg mana belah OS? yg lelaki ke yg perempuannya? hmmmm lawa betul pengantin tuh

Monday, May 29, 2006 6:22:00 PM  
Blogger soleilina said...

Yes, tahniah buat pengantin baru esp pengantin perempuan yang cun tu! hehehe.. And also, my sympathy and prayers are with the victims of the fire.. Allah bless you for your kind deeds.

Tuesday, May 30, 2006 2:16:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

BP : syukur tiada kemalangan jiwa...

tiara : yg belah saya yg lelaki tu...

sol : cun ker..jgn tertipu, tu semua sebab i pandai ambik gambar jer....

Tuesday, May 30, 2006 9:46:00 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

tahniah kat pengantin baru. Kesian gak atuk pengantin dan family atas musibah yg berlaku. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian. Insyaallah.

Tuesday, May 30, 2006 9:55:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

KV : semoga diorang kuat semangat...!

Tuesday, May 30, 2006 10:11:00 AM  
Blogger Syikin said...

Allah, sedihnya...saya dah lalui dua peristiwa suka dan sedih serentak mcm ni..jd saya tau camner rasanya


moga pengantin bahagia dunia akhirat.

Tuesday, May 30, 2006 12:40:00 PM  
Blogger MAMARISYIA said...

weiii..aku kenallah beb pengantin lelaki ni!!bapa dia kastam kan?

Tuesday, May 30, 2006 12:43:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

syikin : tu lah dier....sian diorang..

MR : yes, kau akan menang hadiah saguhati kalau kau betul meneka lagi...!! lagi lagi...

Tuesday, May 30, 2006 1:41:00 PM  
Blogger MAMARISYIA said...

Mak dia kalau tak silap aku nama die che Han kan?..Dia ni dulu pernah duduk kat Bukit Kayu Hitam.muahahha...bapa dia pakai chopper. bapa dia kecik jer kan?muahahah..sebenarnya dia kawan adik lelaki aku!!

Tuesday, May 30, 2006 2:51:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

MR : betulllllll.....setuju...

Tuesday, May 30, 2006 3:08:00 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home