`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Pak 'Guard'

Wednesday, May 24, 2006

Pak 'Guard'

Tadi. Aku deliver uniform Pak Gat kat Serdang.

Bila mereka sebuk mencuba pakaian baru mereka dgn ala ala model di belakang pentas. Aku teringat satu kisah di zaman sekolah. Aku, Yob dan Pak Gat.

Satu malam, seperti biasa. Kami fly (istilah lari keluar kawasan sekolah tanpa disedari sesiapa ikut pagar rosak atau longkang besar). Bukan buat apa pun. Sekadar cuma nak makan roti canai Mak Jah dan pekena teh tariknya. Dan berjalan kaki lebih kurang 2km.

Yob akan beli sebungkus Dunhill 14. Aku tak merokok. Tapi, aku beli jugak. 2 bungkus. Aku jual. Sebatang 30 sen. Tokan.

Bila balik. Menyusup melalui longkang dibawah pagar. Sebelum masuk ke bilik, perlu melalui kawasan court takraw dulu. Kali ini, bila kami masuk. Tiba2 Pak Gat Suluh dgn torchlight dia. Kami tunduk ala komando mencari komunis. Pak Gat mcm tak puas hati, dia keluar dari pondok dia yg bising dgn lagu dangdut Iwan dan Amelina.

Kami tak sempat lari. Terus menyuruk. Dia makin dekat. Terjenguk2, agaknya mencari benda apa yg dia nampak tadi.

Selang seminit dia menyuluh keatas pokok. Dia nampak Yob dgn kain pelekat. Dia nampak aku dgn seluar pendek jersi bola. Terus dia bantai gelak "Hahahahahhaha.... Apa yg korang buat atas pokok tu monyet...? " "Turunnnnn!!!!"

Terketar2 kami turun. Nak gelak pun ada, sebab Pak Gat dah gelak dulu. Sampai kat bawah, dia tak dapat tahan gelak sebab tgk kami menyuruk atas pokok sukun tepi pagar. Lama jugak dia gelakkan kami.

Malam tu. Kami jadi kawan baik dia dan roti canai yg kami beli, kena share dgn dia. Rokok yg aku beli dia paw' 5 batang.

Sejak tu. Kami tak fly lagi. Kami ikut pintu depan.

16 Comments:

Blogger blackpurple said...

Hehehe... Ada bakat jadi smuggler ni ...

Aku pulak, masa mula2 msk kondo dulu aku tak ada pass dan stiker lagi...aku rasuah pak guard dengan buah lah...makanan lah....nak bagi masuk.Tu dulu la, sekarang rumah teres takde pak guard dah...hehehe

Wednesday, May 24, 2006 5:39:00 PM  
Blogger cuaca said...

Beruntung fly tak ada tindakan susulan....cuaca pernah jugak fly zaman sekolah dulu.Asrama lelaki nun atas bukit bila fly kena lari rurun bukit...*mrasalah jatuh berguling mcm nangka busuk.hehehe

Wednesday, May 24, 2006 5:40:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

BP : hahahhaha aku skrg duk kautim dgn pak gat mpaj, nak naik parking atas bukit....kautimmmm....

Wednesday, May 24, 2006 5:41:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

cuaca : kisah lama yg best bila kita ingat balik....

Wednesday, May 24, 2006 5:41:00 PM  
Blogger .:HalogamoRa:. said...

pak guard gelak sbb dia tau dia akan dpt habuan mlm tuh..

Wednesday, May 24, 2006 6:01:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

halog : agaknya dia suka sebab kami takut dgn dia...!!!

Wednesday, May 24, 2006 6:04:00 PM  
Blogger soleilina said...

hahaha.. sy teringatkan kes yg sama sy buat dulu, konon nak 'fly' melalui tingkap skolah, tapi bontot besar tersekat da.. hehehe.. malus!

Thursday, May 25, 2006 1:59:00 AM  
Blogger Syikin said...

wah, sejak sekolh dah pandai buat bisnes...

alamak, tak psal2 kena belanja pak guard , dah rugi 1.50 (30 sen x 5 btg rokok utk pak guard):)

Thursday, May 25, 2006 8:16:00 AM  
Blogger semut said...

kau memang kaki smugle.

psst..baju kanak-kanak dari bandung tuh kau smugle jugak ker?haha

Thursday, May 25, 2006 9:00:00 AM  
Anonymous gitartong said...

"siapa nama penuh awak? saya akan adukan hal ini kepada warden" kawan pak guard.

Thursday, May 25, 2006 10:54:00 AM  
Blogger MAMARISYIA said...

kan tak pasal kena panggil monyet!!!muahahaah...dah le tu kena pau rokok plak tu dah rugi modal beli rokok!!

Thursday, May 25, 2006 11:48:00 AM  
Blogger .:HalogamoRa:. said...

OS: off topic sat. ni nak ty. dulu ada keluaq gambaq anak lu kat bawah how do u do it. ajaq sket bleh?

Thursday, May 25, 2006 2:45:00 PM  
Blogger a.l.a.n.g said...

sib baik pokok sukun. kalu pokok buluh, abis la korang.

p/s masa panggil korang turun tu, pak gat ada hulur pisang tak?

Thursday, May 25, 2006 3:09:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

sol : apsal ikut tingkap...pintu kan ada...

syikin : bila dah bersama kawan2 tu idea akan timbul...

semut : smuggle ? lebih kurang la..hahahhaha

GT : rilek la cikgu....sikit jer...

MR : lama jugak dpt nama monyet tu....dgn pak gat jer la..

halog : pi photobucket.com...

alang : cesss...kalau pokok buluh takder nak panjat der...

Friday, May 26, 2006 8:59:00 AM  
Blogger soleilina said...

pintu line tak clear coz ada other block facing that block, so either cikgu or prefect lain leh nampak..hehehe

Friday, May 26, 2006 9:39:00 AM  
Blogger .:HalogamoRa:. said...

OS: tq arrr....jasamu dikenang

Friday, May 26, 2006 9:44:00 AM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home