`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Lintah dan Abu

Monday, May 15, 2006

Lintah dan Abu

Dulu masa kecik2, aku cucu yg pertama. Jadi kawan2 aku adalah bapak2 saudara aku. Aku memang akan ikut kemana saja mereka pergi. 2 pakcik 1 paksu. Kadang2 mereka taknak bawak aku, tapi disebabkan vetonya aku dimata nenek, aku adalah v.i.p kepada mereka bertiga.

Pernah mereka ke bendang dan aku akan ikut. Dibendang ni seronok. Aku dapat buat mcm2 benda yg takder siapa nak marah. "Menanam" istilah dikampung aku semasa menucuk anak padi kedalam lumpur mengikut garisan yg diukur berdasarkan kepala hotak semata mata. Tapi bila dah besar pokok padi tu nampak mcm diukur dgn tali atau pembaris.

Menanam ni mengambil masa jugak. Utk habiskan sepetak sawah tu memang lama. Biasanya, satu perahu kecil akan diisi penuh dgn anak2 semaian padi dan ditarik sepanjang proses penanaman. Kami akan bermula di satu sudut dan tamat di satu sudut yg lain dgn kelihatan padi hasil tanaman beratur cantik.

Dimasa ini memang tenaga yg byk perlu. Berjalan dlm lumpur sedalam lutut, dan sambil menarik perahu kecil memang memenatkan. (Aku cuma didalam perahu menghulurkan anak padi)

Biasanya, hal ini akan disudahkan dgn makanan bekalan atuk yg memang best. Nasi yg penuh setiap seorang dan telur goreng beserta sedikit kuah kari ikan.

Selesai semua kami akan pulang melalui sebatang anak sungai. Disini lah kami akan mencuci seluruh badan dgn air yg bersih. Aku tak dibenarkan masuk atau berendam dlm sungai ni. Satu sebab ianya dalam dan aku masih tak reti berenang. Dua sebab kat sini lah nanti mereka bertiga akan tanggalkan semua pakaian dan cuci sebelum balik. Tiga sebab kat sini memang byk lintah yg akan serang kita bila kita mula jer berendam.

Tapi status v.i.p membuatkan aku berdegil utk turut sama mandi. Aku beranikan diri menghulur kaki dari batang kelapa yg dianggap jambatan kami. Air memang jernih dan sejuk. Sesekali aku nampak lintah berenang2 cuba menyambar kaki aku. Tapi aku lagi cepat menarik dan mengelak. Alah lintah sekecik tu, apa dia boleh buat? Kata diorang, kalau lintah masuk dlm badan, kita kena minum air abu dapur, utk halau dia keluar. Entah betul atau tak. Tapi semua cerita disertakan dgn fakta yg tidak dapat tidak aku terpaksa terima.

Selesai semuanya kami balik. Baru tiba masa utk aku pulak mandi. Di telaga aku mandi mcm budak2 lain. Tanpa seurat benang pun. Tiba2 aku sedar ada benda licin dekat celah kangkang aku. Lintah. Aku menjerit sekuat hati dan lari lintang pukang keluar kawasan telaga. Pakcik aku dtg dan memberi bantuan kecemasan. Lintah dah dibuang dan mereka gelakkan aku sehari suntuk.

Yang paling tak best ialah bila Atuk kata ' jangan2 ada yg dah masuk kat tutttt!'

15 Comments:

Blogger Hot Mama said...

Dulu kita pun rajin g atok kita nyer bendang.. tapi kita geli gila ngan lintah masa kecik kecik dulu..
bila dah besar nie kita lagi geli ngan lintah darat.. hahah!!

Monday, May 15, 2006 1:26:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

HM : susah nak cam lintah darat ni, tapi kalau lintah sungai senang...

Monday, May 15, 2006 1:36:00 PM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

aku cukup takut lintah dan pacat.. walaupun depa kecik..geli ar OS

Monday, May 15, 2006 2:06:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

alang & tiara : aku beraniii.....!!!! mana leh takut lintah....

Monday, May 15, 2006 2:26:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

Alang : tu baru dikaki....belum di....

Monday, May 15, 2006 3:03:00 PM  
Blogger soleilina said...

oooo... best nyer dok kat kampung! nak rasa kena patuk ngan lintahhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!

Monday, May 15, 2006 3:04:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

Soleilina : wei mana der lintah patuk, lintah ni dia 'ketit' jer....

Monday, May 15, 2006 3:08:00 PM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

alang..aku lak membayangkan.. OS sebulat sehelai mandi kat sungai .. errr ekekekekeee

Monday, May 15, 2006 4:41:00 PM  
Blogger Unknown said...

kenal lintah masa 13 yrs old. siap main lg ngan lintah tau tau tgn dah berdarah...

kenal pacat when i was 23 eeee mmg geli..

anyway OS, sweet memo huh..heHE

Monday, May 15, 2006 5:16:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

tiara : takder benda lain ko nak bayangkan ker..?

halo : duluuu.....!!

Monday, May 15, 2006 5:21:00 PM  
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

bila aku kena 'ketit' ngan lintah, aku usap lintah tuh suh dia kenyang.sebab tuh aku kurus jer.haha

Tuesday, May 16, 2006 8:09:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

semut : betul ker kau kurus atau tu cuma fantasi kau semata2....?

Tuesday, May 16, 2006 9:46:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

moon : hek eleh..tu baru lintah.....

Tuesday, May 16, 2006 10:57:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

aku tak sempat nk jumpe lintah & sawah.. kg kat kl.. lahir kt kl.. celik je mater, nampak bangunan batu konkrit je.. malang ke nasib aku bila tak der kampung halaman yg ada ayam itik ni..?? huks..!! :'(

ps: jeles bila tgk rancangan ari raya yg berkampung kampungan..

Tuesday, May 16, 2006 1:57:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

pangkah : cari la isteri dr mereka yg ada kampung halaman, boleh la merasa...tapi tak byk kampung ada lintah dah sekarang ni...

Tuesday, May 16, 2006 2:16:00 PM  

Post a Comment

<< Home