`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Mau vacuum ka bos?

Tuesday, May 30, 2006

Mau vacuum ka bos?

Balik dari SP. Kereta aku dah kelihatan seperti seekor kerbau yg sedang mengering lumpur. Segala macam bangkai unggas melekat kat cermin depan. Belum lagi kat bumper depan.

Pemanduan yg mencecah 140 km/jam membuatkan semua yg melintas tak sempat aku elakkan. Aku tak dapat bayangkan berapa tiket saman ekor yg akan aku terima. Walaupun kereta aku tak berekor.

Tadi. Singgah di kedai cuci kereta. Semua pekerja warga dari negara di utara tanah air. Semua berbaju merah. Semua berkasut getah tinggi cecah lutut.

Sambil menyerahkan kunci kereta. Aku menegaskan " Cuci luar dalam ha, enjin pun cuci..."

Salah seorang dari mereka mengangguk dan terus mencapai kunci dari tgn aku.

Aku ke kedai sebelah utk santapan tengah hari. Air tembikai memang menaikkan selera dalam keadaan panas ni.

Kembali ke kedai cuci tadi. Kereta aku sedang dilap. Datang mamat yg ambik kunci dari aku tadi, dia tanya. " Bos, mau vacuum ka bos?". Aku dalam kebingungan mengangguk.

Apa yg aku cakap tadi? Boleh ker cuci dlm kereta tanpa vacuum? Berapa pulak harganya? Salah ker ayat aku tadi?

Lain kali aku akan sebut " Cuci luar, dalam. Enjin cuci. Sudah cuci, kasi lap kering2. Dalam semua vacuum. Cermin dalam mesti mau lap. Bonet belakang kasi vacuum jugak. Tayar kasi cuci sama polish. ok? "

7 Comments:

Blogger blackpurple said...

140kmj tak laju lagi tu OS... kalau 240kmj baru kira laju....hehehe...

Hmmm...lebih suka cuci sendiri. Puas hati. Sambil2 tu boleh exercise. hehehe...

Tuesday, May 30, 2006 5:20:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

BP : bukan laju, cuma cepat sikit jer dari biasa...aku malas nak stop mana2 anak duk lena tidur...dan malas cuci sendiri.....malassss...

Tuesday, May 30, 2006 5:26:00 PM  
Blogger cuaca said...

cuaca pun tak pernah cuci keta sendiri...hantar kedai sajor....mcm biasa cuci luar dalam adalah ayat utama...tapi klu lap tak bersih sudah pasti cuaca akan kerah lagi mengelap hingga puas hati.

Wednesday, May 31, 2006 8:52:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

cuaca : mesti, sebab kita bayar...!

Wednesday, May 31, 2006 9:49:00 AM  
Blogger .:HalogamoRa:. said...

OS! rilek la beb...jgn angin. diorg ni kdg2 mmg selenga sket.

Wednesday, May 31, 2006 10:53:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

halog : bukan sikit lagi tu, selenga banyak tu....

Wednesday, May 31, 2006 1:09:00 PM  
Blogger JBM8141 said...

assalamualaikum...
aku prefer cuci sendiri. sebab kengkadang time tu le baru tenampak ada kemek kecik kat sini, calar kat situ, getah sinun tanggal,... 4 cover nat tayar kaler krum ilang kena kebas.

Monday, June 05, 2006 4:19:00 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home