Servis Kereta
Hari ni (semalam) pukul 930 dah terpacak kat mekanik. Nak servis kereta cadangnya. Sabtu nak balik kampung. Servis mcm biasa jer. Cuma aircond dah bau. So mintak dia servis sekali. Check punya check, belakang dashboard dah busuk gila, mcm longkang belakang kedai makan.
Penuh dgn daun2 kecik, entah dari mana masuknya. Nak tak nak, kena bukak semua dan compressor aku memang dah teruk. Minyak dah keluar. So proses pembukaan compressor bermula.
Sedar yg masa akan lebih lama disini, aku masuk bilik menunggu, on aircond dia. Bukak laprop, menaip sorang2. Hari ni terpaksa aku lupakan semua kerja yg tak siap semalam. Ber'opis di kedai pomen.
Try jugak wireless connection.
Kereta aku memang selalu gak servis. Tapi aircond aku tak rasa pernah servis lansung selama 10 tahun umur kereta ni. So memang patut la compressor aku kong. Dan kalau ikut umur kereta ni, dah kira bonus utk aku yg pakai. Aku ingat selagi sejuk tu kira ok la. Aku suruh dia check pun sebab dah ada bau chemical yg tak sedap keluar dr muncung penyaman udara tu. kalau tak, takder la.
Kalu ikut kata mekanik. Sepatutnya 2 tahun sekali mesti servis aircond. Baru aku perasan, selama ni aku Cuma servis minyak hitam, filter, tayar, lampu dan brek. Itupun yg nampak dan bunyi jer. Tak terpikir lak aircond ni kena servis.
Memandangkan perjalanan sabtu ni agak jauh. Aku kena gak setelkan aircond ni, kalau tak mahu mengamuk anak aku dlm kereta.
Masa aku tgh menaip ni. Compressor baru aku dah siap pasang. Sekarang giliran condenser lak nak si servis. Sebijik compressor tu RM460. Perghhh.. nak buat mcm mana. Salah aku jugak yg tak pernah servis aircond.
Kalau tak sejuk jugak lepas ni, mahu aku bakar kedai cina ni.
Dulu masa naik bas pegi balik sekolah, tak pernah lak rasa panas ni menyusahkan. Baru lah teringat kita ni terlalu manja dgn kemudahan. Aku sekarang kalau disuruh naik bas, mampus sesat! Walaupun bas skrg dah sejuk hawanya.
Padahal dulu, mula2 bebas boleh keluar dari rumah. Aku naik bas. Kalau nak pergi pekan tgk wayang, bas lah yg ditunggu tunggu. Bila dah ada kereta ni, batang hidung drebar bas pun tak nak tengok.
Cina ni siap pelawa aku pakai kereta dia dulu utk ke opis. Bukan aku tak nak, tapi kereta dia tak der aircond!
10 Comments:
Compressor brand apa tu OS?
Boleh lemas kalau aircond tak berfungsi ni. Nak lagi kalau jalan jauh...
BP : tak perasan lak aku brand apa, tapi smlm kesejukan yg melampau, walau cuma ditahap 1.
tak boleh lah klu kereta tak per aircond....lemas...hehehehe
hehe..bakar jgn tak bakar kedai cina tu, tak pasal2 masuk penjara..
beshlah anak bujang tu naik keta aircond power..kena pakaikan dia baju sejuk tu, yelah, baru 1 dah kesejukan melampau
cuaca : kita semakin manja...
syikin : hahahha...aku bakar sampah depan kedai dia berani la...
moon : perempuan....cam tu la...heheheh..
sayangilah kereta anda. wa punya kereta kalau x husband, my dad will send for svs. nak wat cam ne. tp x pe gak drpd macm lu 10 TAHUN aircond x pernah svs ceh!
apa apa pun selamat balik kampung. wa pun blk kg ari sabtu nih huhu...
halo : gua servis setiap 2 bulan, tapi aircond gua lupa..dia sejuk ja, kira ok la...
heheheh...10 tahun pakai kereta aircond tak pernah servis????Ontah...kalau ekon tu boleh bersuara dah lama dia cakap apa tau...kita jumpa kat akhirat nanti ontah...ko seksa dia beb!!hehehhe..suka aku dapat leterkan ko!!!
MR :cess, sukanyer mak.....takper, tungguuuuuu.....
Keep up the good work
ยป
Post a Comment
<< Home