`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: 2 Tarikan

Monday, May 22, 2006

2 Tarikan

Pengkritik
Sabtu lepas, aku sempat ke carefoure walaupun tahu jam 930 malam ada AF4. Bukan fanatik, tapi taknak ketinggalan. Di sana, sempat beli pampers lagi, walaupun kat rumah masih ada 8 packs M84 belum bukak. Tengah sale, beli jer la kan.

Balik. Sempat tgk game Pahang dgn Perlis. Boring, takder gol. Bukak Ria. Walau boring tgk Nana, tapi disebabkan permintaan ramai. Layan gak.

Bila keluar sorang2 budak AF4.

Suara : Isk budak2 ni, takder personaliti la.
Suara : Ni nak tiru Mawi lah ni.
Suara : Apasal la mamat ni asik sepak bola ke bulan jer ni?
Suara : Pergh...pakai tudung.
Suara : Kalau main macam ni, mampus orang maki hamun ni.
Suara : Wahh DAP dah 6 kerusi, habis laa...

Tu baru tgk kejap kejap jer. Belum betul2.

Kejutan
Akan sentiasa ada kejutan. Bak kata pengacara berambut perang AF. Tapi itulah yg disukai semua orang. Kali ni awal2 lagi dah terkejut sikit. Dah ada yg bertudung. Dah ada amoi. Rooney mungkin tak boleh main. Oliver Kahn jadi simpanan jer?

Setiap tahun kejutan akan memberi ransangan kepada semua yg menonton. Kalau tak, Mawi tak masuk balik la. Atau kalau tak, dia tak menang la. Atau, ini mesti saja tanak jumpa Brazil ni.

Tapi kejutan ni baik utk bisnes diorang. Akan lebih berjuta lah yg meng'sms dan membeli tiket. tak kurang yg beli cenderahati. Bestnya kalau tu company aku.

Aku
Akan tetap mencuba utk meluangkan masa utk AF setiap Sabtu. Akan tetap cuba utk tgk setiap game World Cup bila team yg aku suka, main. Akan tetap mengkritik kelemahan picing Ronaldhino dan Rooney di Germany.

15 Comments:

Blogger Syikin said...

8 packs masih belum buka beli lagi??? wah..tak pernah saya sepanjang ada 4 anak ni beli sampai begitu banyak stok biarpun ada sale.

nasiblah saya bukan peminat setia AF

Monday, May 22, 2006 6:17:00 PM  
Anonymous gitartong said...

saya punya picing tolong kritik sikit. terima kasih. hahaha!

Monday, May 22, 2006 10:17:00 PM  
Blogger Titicaca said...

sib baik world cup tak clash dgn AF..

Tuesday, May 23, 2006 8:44:00 AM  
Blogger a.l.a.n.g said...

kritik2 dari umah aku..
suara : laa naper nana yg jadi host?
suara : eleh, budak ni mesti awal2 dah keluar.
suara : saper yg nak tiru2 mawi nnt keluar awal punya.
suara : eh dia ni nampak berisi la skrg.
suara : erm... tak nampak lagi la nak minat kat saper.
suara : eh iklan..kalih cenel 2 tgk dah baper gol.

Tuesday, May 23, 2006 8:54:00 AM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

heheheh lupa nk tgk prelude mlm sabtu tu..bila ulangan nyer eh OS??

(mcm kaunter pertanyaan lak sini)

Tuesday, May 23, 2006 9:36:00 AM  
Blogger .:HalogamoRa:. said...

ni sapa yg pakai pampers nih? hehehe.

most probably, oliver simpanan jer cian.

x payah tunggu prelude, ari2 pun dah byk kejutan.

af3 wa x pernah sms pun sbb mmg dah tau si mawi akan menang masa zahid ada gak itu pun lps nampak kesungguhan dia w/pun tgk kat umah wa ttp pakai oren.

thn ni..? still don't feel the heat yet huhuhu

Tuesday, May 23, 2006 10:09:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

syikin : entah la, aku bila tgk sale jer terus angkat 1 pack, sebab kalau biasanya harga dia mahal...

GT : picing tuan ok, cuma baju tu tukar...!

titicaca : sebab tu WC dia tak buat kat KL

alang : suara kau yg mana?

tiara : entah..!

halog : anak aku la pakai!! C4 tgh sale huggies...hehehhehe...

Tuesday, May 23, 2006 10:18:00 AM  
Blogger blackpurple said...

Aku tak berapa minat tengok AF sejak dulu lagi dan aku akan cuba kekalkan 'tetidakminatan' aku ini...

Aku tak pelik kalau perempuan pakai tudung...tapi aku pelik kalau perempuan tak pakai tudung !!!

Fav aku Brazil tapi nak jugak tengok Korea Selatan tambah menyengat lagi kali ini...

Tuesday, May 23, 2006 10:55:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

BP : aku suka croatia dan akan layan ronaldhino punya skill...

Tuesday, May 23, 2006 11:09:00 AM  
Blogger Hot Mama said...

Boleh ke nie bagi masa antara AF4, Fottball dan family dan juga kerja.. hehehehe

Tuesday, May 23, 2006 11:46:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

HM : ambui soalan dier....bila sebut family tu, terus jer lemah.....

Tuesday, May 23, 2006 11:52:00 AM  
Anonymous fazamania said...

awek kl yang nama lynn tu cun gak .... si tasya dari seromban pon mantap gak... si salima pun lawa gak...

adoiiI!!! NYESAL x masuk...

hahahaha

Tuesday, May 23, 2006 10:37:00 PM  
Blogger soleilina said...

perempuan pakai tudung ke tak pakai tudung, tetap perempuan dan yang membezakan antara yang bertudung ke tak ialah akhlak!

Wednesday, May 24, 2006 4:35:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

faza : sempat lagi...kau try masuk prelude dier...hahahhaha

sol : setujuuuu.....!!!

Wednesday, May 24, 2006 9:19:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

Very nice site! ekornes stressless sofa

Tuesday, January 30, 2007 11:06:00 AM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home