`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Cerita Lama

Wednesday, May 17, 2006

Cerita Lama

Bila teringatkan gathering bloggers tegar yg dianjur Mamarisya, aku teringat satu kisah yg berlaku lebih kurang 4 tahun dulu.

Dulu, sejak mula berkereta. Aku berulang dari Ulu Yam ke Genting Klang setiap hari utk ke pejabat. Keluar rumah seawal 6.30 pagi utk mengelakkan kesesakan kerana aku kena hantar adik aku di selayang dulu.

Kadang2 aku balik sampai lewat malam dan selalunya awal pagi. Sepanjang aku lalu dari Selayang ke Ulu Yam. Tak ada perkara pelik atau buruk berlaku. Tanah runtuh 2 kali, dan kemalangan memang kerap. Terutama di kawasan2 yg sekarang ini dah ditebalkan garisan belang kuning ditengah jalan.

Ayah aku, sebelum pencen. Pernah beberapa kali terserempak perkara pelik. Dia pernah mengalami seakan satu benda berat jatuh diatas bumbung keretanya. Esoknya dirumah, tiada apa kesan yg tinggal. Pernah jugak dia terserempak dgn Harimau dan Beruang melintas jalan ditengah malam. Tak tahu tu Tok Rimau atau cucunya.

Satu hari aku balik awal pagi. Jam digital dlm kereta menunjukkan pukul 2 lebih. Belok kekanan dari Selayang, aku hanya diikuti sebuah kereta kancil putih yg mungkin sehaluan dgn aku utk ke Ulu Yam. Walau aku perlahan naik bukit berhampiran Empangan Batu, dia tak ambik kesempatan utk memotong. Mungkin kerana dia cuma mahu bersama mengharungi hutan dgn aku sebelum sampai ke Ulu Yam.

Aku seperti biasa, akan layan THR. Aku suka dgr Isma Halil mengenakan pemanggilnya yg selalunya waktu2 mcm ni la.

Sampai di kawasan perkelahan yg pertama, aku nampak dicermin pandang belakang. Kancil tadi masih ikut aku. Dia pun layan THR mungkin.

Sebaik menghampiri satu jalan lurus, sebelum ke tempat perkelahan yg kedua (yg boleh nampak air terjun tepi jalan tu). Aku samar2 nampak mcm ada kelibat lebih kurang 1km dihadapan, ditengah2 laluan aku. Mula memfokuskan pandangan yg kabur dan mengantuk. Semakin hampir aku nampak, jelas beberapa orang sedang berjemaah diatas jalan raya. Lagi dekat aku nampak ada seorang imam dan 5 makmum betul2 safnya diatas laluan aku. Aku terus mengambil laluan kanan, memandangkan tiada kenderaan lain selain aku dan kancil diblkg aku.

Sebaik lalu disebelah jemaah tadi. Aku dapat lihat dgn jelas mereka berpakaian seperti org ke masjid. Ada yg berbaju melayu. Berkain pelekat. Ada yg bejubah. Semuanya berketayap.

Sebaik aku lihat sekali lagi di cermin pandang belakang. Kancil tadi hanya terus dilaluannya, tanpa mengubah haluan seperti aku. Dan jemaah tadi dah tak ada. Ye la, kalau ada dah kena langgar dgn kancil tadi. Aku jadi terkejut, hairan, pelik dan risau.

Sampai di simpang perumahan, aku belok ke taman. Kancil tadi terus ke pekan lama Ulu Yam dan hilang dari pandangan.

Esoknya aku ceritakan pada orang tua. Mereka jugak hairan dan mula bercerita tentang pelbagai ceritera yg mereka dengar. Aku jadi takut. Apa atau siapa yg nyaris aku langgar semalam?

Dan sejak itu aku balik awal atau lambat terus.

Utk Fazamania : Kau agak apa ha?

9 Comments:

Anonymous Anonymous said...

seriau aku membacanya .. firstly dlm kepala otak aku ... orang bunian kot .. tapi situasi camnih mmg kerap berlaku kat tpt lain .. ada yang jumpa org husung keranda time hujan ...

mcm yg ko alami nih .. aku rasa org ghaib ni mmg wujud .. tak ramai yg dpt experience camnih .. kiranya ko bertuah lah ...

Thursday, May 18, 2006 12:57:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

kalau kat lebuhraya karak .... org selalu jumpa volkswagen kuning .. drive slowly tapi xde pemandu ..

Thursday, May 18, 2006 12:58:00 AM  
Blogger rina said...

berdiri bulu roma baca cite ni.. tp slalu gak dengar cite2 seram area ulu yam tu... kalau malam2 mmg tobat takkan lalu jalan tu.

Thursday, May 18, 2006 9:17:00 AM  
Blogger Kaklong Syikin said...

biasalah tu ontahsapo, tak mustahil itu jin Islam. awak nampak tapi pemandu kereta kancil tu terhijab pandangan dia, tu sbb dia selamba jer lalu seolah2 melanggar jemaah tadi tu :)

tak pe, lain kali, kalau balik malam2 tu or lewat tgh malam, pasanglah kaset al-quran, buat peneman n hilangkan rasa ngantuk. koman2 sebelum mula kan driving tu baca ayat qursi, insyaAllah tak de apa2. tp kalau terserempak gak, itu dah REZEKI lah tu...

Thursday, May 18, 2006 9:20:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

faza : ko rasa aku bertuah ker, mcm malang jer..?

rina : lalu jer, kalau niat baik sure ok..

syikin : rezeki apa kebenda tu? tu kira mcm nak suruh lenkali balik awal...!!!

Thursday, May 18, 2006 10:26:00 AM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Wah... misteri dan ada elemen-elemen mistik.... seram jugak...!

Tapi kalau kita tak 'usik' dia, dia pun tak 'usik' kita kan... kena tanya Faza ni....dia arif sikit....

Thursday, May 18, 2006 10:38:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

BP : kau ingat aku ada hati nak pegi usik dia....mintak simpang la...

Thursday, May 18, 2006 10:59:00 AM  
Blogger Unknown said...

tu la duduk kat ulu lagi....tp seram gak kan kan kan

Thursday, May 18, 2006 1:28:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

halog : Ulu Yam tu tempat yg masih aman damai, takder jem, tak bising...udara nyaman... :)

Thursday, May 18, 2006 1:48:00 PM  

Post a Comment

<< Home