Hamis Kambing
Kemudian aku perlu ukur pula. Tingginya berapa. Habis dipetak satu. Pindah ke petak dua. Begitulah sehingga habis semua 50 petak 1m kali 1m.
Kalau aku tak buat. Apa lagi aku nak buat. Aku berdua dgn pak cik renjer Husin. Dia pun buat benda yg sama macam aku. Cumanya dia mengukur lilit pokok yg besar. Yg hilang juga akan dicatit. Yg mati juga akan dicatit. Yg telah cukup besar dan sedia utk ditebang akan ditanda dgn cat merah. Yg belum, catnya kuning.
Dalam hutan Pasoh ni. Mungkin kami sahaj manusia. Kalau ada yg lain boleh bercakap seperti kami, mungkin jelmaan atau khayalan kami sahaja. Jauh. Dari pintu hutan kesini 2 jam berjalan kaki.
Kalau 2 hari lepas kami dikejar babi hutan. Hari ini sunyi. Tuli.
Tiba tiba. Renjer Husin dtg dekat aku. Hari hampir gelap katanya, "jom balik". Kejadah orang tua ni. Baru pukul 4 suku ptg.
Aku malas nak tanya. Berjalan dibelakang Renjer Husin sambil mengamati hutan. Bau hamis seakan bau kambing yg dari tadi aku hidu kian kuat. Mungkin bau badan Renjer Husin agaknya. Tapi kenapa pulak makin kuat. Makin berpeluh agaknya. Dia berjalan semakin laju. Tak menoleh lansung.
Tiba di satu kawasan berpagar. Didalamnya ada 3 menara kanopi permerhatian. Disini tempat kajian kanopi hutan. Kami masuk dan Renjer Husin mengunci pagar dari dalam. Kami naik menara pertama. Dari ketinggian 25 meter aku hairan dgn kelakuan Renjer Husin yg tak tentu. Dia bagai mencari cari sesuatu dibawah menara.
Dia kemudian menunjuk dgn jarinya. "tuu, nampak tu..."
Aku terdiam. Seekor Harimau belang melintas didepan pagar yg kami masuk tadi. Aku jadi tergamam. Kalau aku tahu tadi, dah lama aku lari tinggalkan Renjer Husin. Atau aku akan berjalan lebih laju didepan dia. Sampai hati dia tak bagi tahu aku.
Kami keluar esok subuh. Itupun setelah ada orang lain yg masuk utk mengukur balak. Masuk balik sambung kerja tengah harinya. Kali ini aku lebih cepat mengira.