`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: September 2006

Friday, September 29, 2006

Dealova


Pagi ni dari Jabatan Agama Islam Selangor dekat Shah Alam aku terus ke kilang. Aku nak ambik sample baju untuk dibawak ke Serdang.

Aku masuk jer kilang terus aku nampak Barakath kat tepi tingkap. Selamber badak dier duk minum air. Memanglah pekerja yang lain semua bukan islam, tapi Barakath ni aku tau islam. Dia tak perasan aku masuk.

Aku : Oii barkat! tara puasa ka....?
Barakath : (sambil senyum...) Boss, penat la Boss... panasss....!!
Aku : Penat apa.. kerja dalam aircond, gunting kain jer pun penat ka..?
Barakath : Boss, saya 2 hari puasa Boss..
Aku : Habis 2 hari saja la, lepas tu raya..?
Barakath : Tara la Boss, saya minum sikit saja...
Aku : Baik kau pegi makan nasik la lagi bagus...
Barakath : Tak ble la Boss, roko.. sama minum ok... nasik tak ble la Boss...
Aku : !$@%^^^^@&**!(((****

Habis puasa aku hari ni sebab maki Barakath. Dia senyum jugak...!!!!







Aku ingin menjadi mimpi indah....... malam ini......

Wednesday, September 27, 2006

Bekalan Elektrik Terputus

Malam ketiga terawih, Ampang Jaya blackout. Mula dari lepas berbuka, sampai lah aku ke masjid. Tapi sejurus sebelum bilal nak qamat utk isyak jer, lampu dah mula bernyala balik. So malam tu kat masjid Tmn Tar tak berapa ramai yg hadir. Ada lebih kurang 4 saf lelaki jer.

Dulu kalau kat sekolah, bila time blackout ni yang paling best. Semua aktiviti akan dibatalkan dan semua akan merendek kat dorm atau bilik masing masing.

Kalau yang nakal nakal tu, duk sebuk plan nak 'fly'. Sebab time macam ni pak guard dgn warden semua duk sebuk. Konon konon berkawal takut apa apa terjadi. Selalunya warden dgn pak guard akan penuh kat Aspuri. Yer la, budak jantan nak jaga buat apa, takder saper nak kacau.

Ramai jugak geng jahat yang akan 'fly'. Tapi kalau kat luar sekolah pun blackout, tak der gunanya. Baik melepak dlm sekolah, untung2 dapat dgr bebudak pompuan menjerit, kengkonon histeria la, kena rasuk la. Tu cerita dulu la. Sekarang hantu setan pun dah takut nak kacau budak sekolah, sebab diorang lagi hebat.

Ada jugak yang sebuk mencari kut ada sumber2 cahaya bulan, kat tepi tepi tangga, tepi tepi padang. Kononnya nak buat kerja sekolah. Atau ada jugak study bagai nak rak. Padahal blackout tu.

Tapi aku dgn Awe, agenda kami lain. Tak sama dengan sesapa pun. Kami paling suka kalau blackout ni. Sebab takder orang akan perasan apa apa kejadian lain selain yang disebutkan diatas. Kami tak suka duk study tak tentu hala dlm gelap. Kami takkan 'fly' sebab dah tentu ramai yang akan buat benda tu. So dari terserempak muka yang dikenali diluar nanti, baik buat benda yang best kat dlm sekolah jer.

Kalau time blackout macam ni, dua jer, kalau tak lepak dlm ko'op sekolah 'bershopping, Awe skodeng..... hahahahahhaha.... Yer yer, Awe jer, aku tak terlibat. Betul. Lagipun tu dulu... dulu dulu punya cerita.... dulu kirannnnnnnn...!!!!




Monday, September 25, 2006

Ramadhan Aku Dulu

Paling best berpuasa masa kat hostel dulu. Tapi bila dah jadi senior la. Yer lah, kalau dah senior tu, turun lambat ke dewan makan pun tetap akan beratur didepan jugak. Bukan apa, dah memang kelebihan senior, cik gu pun dah tak boleh nak kata apa lagi. Senior tetap senior.

Walaupun makanan utk berbuka takder best sangat macam berbuka kat rumah. Tapi suasana tu yang membuatkan jadik best. Ramai, semua beratur, semua menunggu azan maghrib. Buah kurma memang tak pernah miss la, mesti ada tiap tiap hari. Lepas tu kuih sejenis. Paling paveret ialah kuih ketayap, tu yang selalu habis awal. Dan kadang2 ada yg tak dapat. Selalunya, nasi, dua jenis lauk, sayur dan buah memang wajib.

Dan masa ni lah kita dapat tgk budak lelaki akan ambik nasi sebanyak mungkin, konon lapar sangat lah. Maklumlah sehari tak makan. Yang budak pompuan pulak, nasi sikit2 jer, diet la konon. Padahal kat bilik belasah nasik mak cik kantin lagi. Macam tak tahu.

Solat tarawikh memang tak pernah tinggal. Yer, walaupun tak pernahnya aku habiskan semua 20 rakaat tu, tapi sekurang kurangnya 8 mesti settle. Surau kami dulu cuma di tingkat paling atas asrama. Jadi setiap kali solat, semua akan naik. Lepas tu, biasalah, budak junior mesti akan duduk depan sekali, baris belakang imam tu. Yang ensem dan baik semua di saf paling belakang. Yer la, nak lari ke dewan makan nanti, nak kejar more'. Nak nak kalau hari mihun sup. Semua daging dgn telur dah tentu senior rembat dulu.

Teringat laungan bilal masa solat tarawikh dulu. "Fadlan minallah hiwanikmah....... dan seterusnya laungan ini akan dibalas makmum dgn jeritan yg kuat. Tapi yang tak berapa baik tu dia jawab lain... bila dah kat hujung2 rakaat ke lapan tu, dia akan jawab macam ni.. "Insyallah esok mai lainnnnn........"



Friday, September 22, 2006

Ramadhan Al-Mubarak

Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua yang termasuk dan terbaca. Semoga kita semua dilimpahi dengan keberkatan.







Wednesday, September 20, 2006

JeLeSss

Semalam keluar dgn zaref jemput mama dia kat Sentral. Sempat aku bawak dia jenjalan kat dlm Sentral Station tu tengok tengok ramai orang yang sebuk berjalan kehulu kehilir.

Lebih kurang 20 minit aku dengan zaref duk kira LRT yang lalu bersilih ganti. Bibik pun terpegun jugak, asik duk tanya macam2 soalan.

Sampai jer mama zaref, dia macam terkejut tengok mama dia. Yer la sehari semalam tak tengok, tiba tiba keluar dari entah mana. Bila confirm jer tu mama dia, terus tunjuk tunjuk nak mama dia dukung. So lepas lah rindu dia.

Sepanjang perjalanan balik, tak berenggang lansung dgn mama dia. Sampai la ke tidur, dan bangun pagi tadik. Dia nak mama jugak. Aku cuma time mandi dengan nak tepuk sebelum tidur jer.




JelessssSSS................

Monday, September 18, 2006

Bujang Senang

Hari ni kesibukan menjadi 3 kali ganda. Mana taknya, anak bujang akan tinggal dengan ayah dia jer. Dua dua bujang. Pertama kali zaref berpisah dgn emaknya, dengan kata lain kalau malam ini terjaga, dia tak kan dapat rasuah susu ibu.

Pertama kali jugak aku akan bersendirian menjaga zaref malam ni. Aku tak berapa kisah tentang hal lain, cumanya susu ibu sahaja yang aku tak ada. Kalau tepuk, memang setiap malam aku yang tepukkan. Tukar pampers, mandikan atau cucikan, semua aku biasa. Aku harap malam ini dia tidur terus sampai pagi. Amiiinnnnnnnnnnn..

Yang paling magiknya, semasa aku menulis entry ni sambil layan Nip/Tuck, dia dah tidur. Baru jer lepas aku tepuk dan sekarang sedang lena diulit intan.

Tadi ada motor yang bunyi macam bot ikan bilis lalu, zaref cuma gerak2 kaki jer. Nasibbb....

Wednesday, September 13, 2006

Amaran

Hari tu memandu di belakang sebuah teksi. Aku terperasan satu amaran yang tertulis dibahagian but belakang semua teksi kat KL ni. "Awas. Teksi Berhenti"

Mula mula aku tak berapa paham amaran ni. Yer lah semua kenderaan berhenti. Tapi kenapa teksi pulak yang kena ada amaran macam ni kat belakang nya.

Lepas beberapa ketika, baru aku paham. Dan aku rasa amaran tu tak lengkap. Yang lengkapnya sepatutnya "Awas. Teksi Berhenti Ikut Suka Hati."

Ha... baru kena dengan Teksinya.






Hari ini, aku mengambil kesempatan mengucapkan
"Selamat Menyambut Hari Jadi
"
kepada

Isteri tersayang
.
Dengan ucapan : setiap detik denganmu adalah malam pertama....




Erkk....!!!

Teringat masa bersanding dulu... isk isk.....

Tuesday, September 12, 2006

Papan Tanda

Jumaat lepas. Aku memandu balik dari serdang ke pejabat. Dalam perjalanan, hujan lebat di cheras. Lebat sungguh, jarak penglihatan pun dalam 10 meter jer. Kereta di MRR2 semua perlahan jer. Paling laju pun 40 km/j. Kereta aku lah tu.

Memandu dalam keadaan lebat macam tu, tak banyak benda kita boleh beri tumpuan, selain tumpuan penuh ke atas jalan raya. Setiap lampu kereta lain didepan semua aku tengok dan aku jarakkan dgn kereta aku.

Suara Abby Fana dekat Sinar FM pun semakin galak. Keluar pulak lagu Kancing Suasa nyanyian R.Azmi. Perghh.. layann...

Belok ke Taman Kencana, hujan agak surut. Kenderaan masih beratur lagi. Semua masih dalam keadaan pemanduan yang lembab. Lampu brek menyala nyala macam pesta cahaya.

Lalu didepan sebuah perhentian bas, mata aku tertumpu pada satu objek yang memang akan mencuri tumpuan sesiapa sahaja yg terpandang. Malah mungkin akan berlaku kemalangan maut, kalau semua pemandu sebuk memerhatikannya.

Aku terfikir akan satu papan tanda amaran yang mungkin perlu diwujudkan. Ia amat berguna dalam keadaan hujan dan sangat penting bagi memastikan tiada sebarang kemalangan maut berlaku. Papan tanda yang aku nak cadangkan berbunyi macam ni...


"Amaran kepada semua perempuan yang berbaju kurung jarang. Dilarang melintas jalan dalam keadaan hujan lebat tanpa sebarang payung atau sebarang benda yang boleh mengelakkan anda dari basah kuyup.
Anda mungkin boleh menyelamatkan nyawa pemandu lain."


Simbol atau gambar pada papan tanda tu, korang bayangkanlah sendiri.






Untuk tidak menghampakan Mimie, ni aku lekatkan gambar zaref terbaru. takder la baru sangat.


Wednesday, September 06, 2006

Nada Dering

Sehari sebelum hari ini, agak lewat petang. Aku sedang sebuk meneliti senarai barangan yang keluar di monitor sebaik sahaja setiap satu barang discan oleh adik cashier Makro ni. Tiba tiba poket seluar sebelah kiri aku bergetar. Disusuli dengan alunan ..

"Penawar rinduuuuu..... padamuuuuu... seorang........." (Suara Datin Rafeah Buang menyanyi)

Aku cepat cepat menjawab, supaya takder mata mata lain yg akan menjeling mencari siapakah tuan punya handset bernada dering klasik itu. Seorang kawan menelefon bertanya aku di mana?

Selesai perbualan, aku simpan handset di poket sebelah kiri seluar aku. Sama seperti sebelum aku keluarkan tadi. Dengan nada perli campur lucu, adik cashier tu bersuara ..

"Eh bang, minat jugak ker kat janda mawi tuuu....?"

Aku "Err... janda mawi...? kenapa...?" Aku buat buat tak paham.

"takder apa lah bang..." Terus dia sambung kerja nya.





Pagi tadi. Sebuk membaca web Utusan Malaysia, handset aku bergetar lagi. Kali ini disusuli dengan ..

"Abang sayang, abang dimana..? hati risau mengenang dikau.... abang sayang hatiku bimbang... lama ditinggal merantau...." (Suara Julie Remy dengan lagu Abang Sayang Adik Sayang)

Yer.. aku dah tukar nada dering handset aku. Aku tak mahu lagi dikaitkan atau digossipkan dengan Ina Mawi tu... Maaf yer Ina, kita tak sepadan.

Tuesday, September 05, 2006

Bapa Borek, Anak Kerek

Kata bapa sebelum ini, anaknya tak pernah diberi projek kerajaan! Dia sendiri mengaku anaknya hanya berniaga dgn projek dari luar negara sahaja. Yer lah, dlm negara apa barang? Tak main setakat kontrak nak buat lebuh raya retak, atau nak sambung jambatan pendek.

Baru baru ini, si bapa berkata lagi. Nada agak kurang sedap. Katanya, dia sedia meminta maaf jika ada yang mengganggap dia berbohong. Dia tak tahu lansung tentang projek kerajaan yang anak dia dapat. Kesian dia kan, tak der siapa nak bagi tau dia ker...?

Si anak satu lagi pulak, lama dulu mengaku, dia beli saham itu bukan dgn duit dia. Dia buat pinjaman, dari kawan kawan. Dia pinjam dan beli. Betullah tu, dia tak beli dgn duit sendiri kan.. kenapa orang nak sebuk...?

Baru baru ini, dia dengan diam diam. Tanpa diwar warkan dalam mana mana blog atau suratkhabar, dia jual saham tu semuanya. Dia jual diam diam. Tak macam dia beli dulu. Kemudian bila dah diam diam, semua orang akan diam lah... kan..?





Hari ini hari jadi anak aku yang pertama. Ini kalau ikut kalendar bukan islam lah. Kalau ikut kalendar islam, dah lepas pun pada 1 syaaban hari tu. Macam mana pun dah setahun timun anak aku ni.

Kata orang kalau bapa borek, anak rintik lah. Anak aku dah nampak sikit sikit rintiknya yang turun dari aku. Lebih lebih lagi tang part ensem tu...!!


Selamat Hari Jadi, Muhammad Zaref ..!!

Monday, September 04, 2006

Fung Keong

Hari Merdeka. Aku telefon mak, aku cakap kami balik sabtu ni. Aku tanya ada apa apa ker nak kirim?

Mak kata takder apa. Semua barang ada lagi. Tapi aku faham sangat kalau mak tu, dia memang akan kata semua ada, walau benda tu dah lama tak ada. Dia memang tak berapa suka kalau kami beli barang banyak2 bawak balik. Katanya, mereka hanya berdua, tak ada siapa nak habiskan nanti. Itu kata emak.

Tapi kali ini ada tambahan. Kata emak, tolonglah belikan kasut untuk abah tu. Setiap pagi dia keluar berjogging pakai kasut lama, yang dah koyak rabak. Bila disuruh beli yang baru, macam2 alasan. Biasalah, abah memang macam tu. Selagi boleh dia pakai, baju atau apa saja, akan dia pakai sampai lah ada orang kata dah jangan pakai. Itu abah.

Tambah emak lagi. Cariklah kasut yang murah2 tu. Kasut yang boleh buat dia pakai untuk lari. Beli saja kasut jenama Fung Keong pun boleh. Itu kata emak.

Aku terbayang kasut Fung Keong aku dulu. Masa sekolah. Memang dulu Fung Keong terkenal di sekolah. Tak kira lelaki atau perempuan. Semua kenal Fung Keong. Aku tak kenal siapa Fung Keong ni, tapi kasutnya memang selalu la aku tengok dan tiga empat pasang jugak aku pakai.

Itu dulu. Masa aku pakai untuk main takraw. Masa aku pakai untuk ke kelas PE. Masa aku pakai untuk balik kampung atau outing. Masa Awe pinjam untuk keluar berdating. Itu semua dulu. Berbelas tahun dulu.

Sekarang. Aku dah lama tak nampak kasut Fung Keong ni. Tak pernah aku tengok budak sekolah sekarang pakai jenama Fung Keong. Sekarang yang ada Bata atau jenama lain yg aku kurang arif. Mana aku nak beli kasut Fung Keong ni? Ada ke lagi kedai yang jual kasut Fung Keong ni? Korang tahu?

Last. Aku beli New Balance bagi abah. Bila dia try, dia kata "laaa... apsal tak beli Fung Keong jer..?"

Erkk...!!!

Friday, September 01, 2006

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tadi di kilang, seorang warga india yg sudah 3 tahun menetap disini. Bekerja sebagai pemotong kain. Bergaji RM1400 sebulan. Aku tak nak bagi tau nama dia, korang semua mesti dah tau.

Dia bertanya ; Boss, semalam you merdeka ka?

Aku tiba tiba jadi bersemangat.

Aku cerita kat dia tentang orang kita masa zaman British. Aku cerita kat dia macam mana orang kita dalam zaman Jepun lepas British balik. Aku cerita lagi pasal orang kita yang merani macam Tok Gajah, Tok Janggut, Mat Kilau.

Pastu James datang join sama. Aku sambung cerita pasal Datuk Maharaja Lela, dan cerita pasal Birch yg kena bunuh. Aku cerita lagi pasal orang kita yang bersemangat masa Tunku sebuk nak merdeka. Cerita kesedihan masa orang kita ditindas oleh British.

Aku cerita pasal Leftenan Adnan. Aku cerita jugak pasal Bukit Kepong dan Sarjan Hassan yang aku baru je layan kat TV malam sebelumnya.

Aku selit cerita pasal orang india masuk Malaya, orang cina mula berniaga kat Malaya. Aku selitkan pasal nilai bendera Malaysia dan dimasa Tun sebuk nak bangunkan Malaysia lepas merdeka.

Aku jadi seorang yang sangat patriotik pagi ini walaupun tadi aku sarapan capati.

Mereka berdua dengar sahaja. Dan lepas aku dah letih. Dia bersuara "Sudah 3 tahun saya duduk sini kerja, tiap tiap tahun itu konsert banyak ramai orang wo..!"

Hampeh...!!



Siapa yang betul betul menikmati kemerdekaan kita? Orang kita atau orang luar?