`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Nada Dering

Wednesday, September 06, 2006

Nada Dering

Sehari sebelum hari ini, agak lewat petang. Aku sedang sebuk meneliti senarai barangan yang keluar di monitor sebaik sahaja setiap satu barang discan oleh adik cashier Makro ni. Tiba tiba poket seluar sebelah kiri aku bergetar. Disusuli dengan alunan ..

"Penawar rinduuuuu..... padamuuuuu... seorang........." (Suara Datin Rafeah Buang menyanyi)

Aku cepat cepat menjawab, supaya takder mata mata lain yg akan menjeling mencari siapakah tuan punya handset bernada dering klasik itu. Seorang kawan menelefon bertanya aku di mana?

Selesai perbualan, aku simpan handset di poket sebelah kiri seluar aku. Sama seperti sebelum aku keluarkan tadi. Dengan nada perli campur lucu, adik cashier tu bersuara ..

"Eh bang, minat jugak ker kat janda mawi tuuu....?"

Aku "Err... janda mawi...? kenapa...?" Aku buat buat tak paham.

"takder apa lah bang..." Terus dia sambung kerja nya.





Pagi tadi. Sebuk membaca web Utusan Malaysia, handset aku bergetar lagi. Kali ini disusuli dengan ..

"Abang sayang, abang dimana..? hati risau mengenang dikau.... abang sayang hatiku bimbang... lama ditinggal merantau...." (Suara Julie Remy dengan lagu Abang Sayang Adik Sayang)

Yer.. aku dah tukar nada dering handset aku. Aku tak mahu lagi dikaitkan atau digossipkan dengan Ina Mawi tu... Maaf yer Ina, kita tak sepadan.

27 Comments:

Blogger Aku Bukan Bidadari said...

hehheee.. tuh lahh apsal bukak volume kuat sangat hahahaha

wei tak derlagu lain ke?

Wednesday, September 06, 2006 6:05:00 PM  
Blogger Sastri said...

mak aiii.... klasik gitu....

Wednesday, September 06, 2006 7:20:00 PM  
Blogger Unknown said...

hehehe... :)

Wednesday, September 06, 2006 10:16:00 PM  
Blogger debikdebuk said...

ye banggg.... sayang banggg... eeee....getik aku!!!!

Thursday, September 07, 2006 7:45:00 AM  
Blogger 13may said...

hehhe...lawak lawak...lain kali bunyik...buat bodoh aje...

Thursday, September 07, 2006 8:38:00 AM  
Blogger Pandang Dengar Diam said...

aduh! lagu so classic! *nangis*

Thursday, September 07, 2006 10:40:00 AM  
Blogger Unknown said...

manis.. haha!

Thursday, September 07, 2006 11:33:00 AM  
Blogger Mummy Rizq said...

naper semua lagu klasik nie? Ko pun klasik gak ker??

Thursday, September 07, 2006 12:24:00 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

hik hik hik...janda mawi katanya.
Tp OS minat lagu2 klasik ek? Kv pun kadang2 layan jugak.;)

Thursday, September 07, 2006 12:29:00 PM  
Blogger Mme RoSsé said...

muahahaha...
klasiknye ko...
masa dating wife, ko bawa jejalan taman bunga ke KLCC?

Thursday, September 07, 2006 12:36:00 PM  
Blogger KAMATO said...

OS, agaknya ko ni memang peminat barang antik ke...

Thursday, September 07, 2006 12:49:00 PM  
Blogger ~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

mcm gitu pun ader kerrr....tp mmg btul la..lagu abg sayang tu lagi bestttt...."abg sayang abg dimanaaaaaaaaa..."

Thursday, September 07, 2006 1:05:00 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Ooooooooo..kau ni peminat lagu2 70an ekk...

Thursday, September 07, 2006 1:54:00 PM  
Blogger ~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

tpkan..lagu2..70an mmg sodap pungg....walaupun den dilahirkan dzaman 80an...den minat gakkk

Thursday, September 07, 2006 2:15:00 PM  
Blogger BooK said...

tak sedap ar suare ina
rosyam pun tak best
macam hos baru belajar mengacara!

Thursday, September 07, 2006 3:44:00 PM  
Blogger Mamamanja said...

os patut 'dikaitkan' ngan galah...

Thursday, September 07, 2006 3:55:00 PM  
Blogger ~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

udang galah lg best mm

Thursday, September 07, 2006 5:47:00 PM  
Blogger Lan Rambai said...

aku sangka kan ko lebih muda dari aku.. tapi dari nada dering pilihan ko ni..... errrr....

Thursday, September 07, 2006 8:14:00 PM  
Blogger zino said...

banyak nostalgia dengar lagu2 klasik ni..

Thursday, September 07, 2006 10:26:00 PM  
Blogger kingbinjai said...

ya betul betul, siapalah kau dimata aku ni ina oi hahahahaha

Friday, September 08, 2006 3:01:00 AM  
Blogger rina said...

klasik nyer ko OS... takpe, kekalkan keklasikan ko itu...

Friday, September 08, 2006 9:20:00 AM  
Blogger Ayu Mohamad said...

hahahahahahahahahahahahaha

Friday, September 08, 2006 1:34:00 PM  
Blogger ~ GAB ~ said...

Nice entry...

Friday, September 08, 2006 3:08:00 PM  
Blogger aNIe said...

Rafeah Buang suara dia 'class' yang si Ina tu suara ke laut...budak tu tak tau ke?

Alahai...lagu Julie remy tu memang sedap...kak lady cari dari dulu...meh le kongsi-kongsi lagu tu....nostalgia betul

Friday, September 08, 2006 3:18:00 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

hehhehe..OS padan ngan isteri OS lah..

pernah saya call seseorang, terkejut bunyi nada fon dia tu bunyi kambing mengembek..sabor jeklah.

hepi birthday muhammad zaref..moga jadi anak soleh yg berjaya dunia akhirat.

pepatah baru ya setahun timun..erk!!

Saturday, September 09, 2006 3:34:00 PM  
Blogger zino said...

ringtone tu boleh pasing2 tak hehe

Saturday, September 09, 2006 9:15:00 PM  
Blogger hamka said...

oh..lagu rafeah buang, baru aku tahu

Monday, September 11, 2006 10:23:00 PM  

Post a Comment

<< Home