`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Papan Tanda

Tuesday, September 12, 2006

Papan Tanda

Jumaat lepas. Aku memandu balik dari serdang ke pejabat. Dalam perjalanan, hujan lebat di cheras. Lebat sungguh, jarak penglihatan pun dalam 10 meter jer. Kereta di MRR2 semua perlahan jer. Paling laju pun 40 km/j. Kereta aku lah tu.

Memandu dalam keadaan lebat macam tu, tak banyak benda kita boleh beri tumpuan, selain tumpuan penuh ke atas jalan raya. Setiap lampu kereta lain didepan semua aku tengok dan aku jarakkan dgn kereta aku.

Suara Abby Fana dekat Sinar FM pun semakin galak. Keluar pulak lagu Kancing Suasa nyanyian R.Azmi. Perghh.. layann...

Belok ke Taman Kencana, hujan agak surut. Kenderaan masih beratur lagi. Semua masih dalam keadaan pemanduan yang lembab. Lampu brek menyala nyala macam pesta cahaya.

Lalu didepan sebuah perhentian bas, mata aku tertumpu pada satu objek yang memang akan mencuri tumpuan sesiapa sahaja yg terpandang. Malah mungkin akan berlaku kemalangan maut, kalau semua pemandu sebuk memerhatikannya.

Aku terfikir akan satu papan tanda amaran yang mungkin perlu diwujudkan. Ia amat berguna dalam keadaan hujan dan sangat penting bagi memastikan tiada sebarang kemalangan maut berlaku. Papan tanda yang aku nak cadangkan berbunyi macam ni...


"Amaran kepada semua perempuan yang berbaju kurung jarang. Dilarang melintas jalan dalam keadaan hujan lebat tanpa sebarang payung atau sebarang benda yang boleh mengelakkan anda dari basah kuyup.
Anda mungkin boleh menyelamatkan nyawa pemandu lain."


Simbol atau gambar pada papan tanda tu, korang bayangkanlah sendiri.






Untuk tidak menghampakan Mimie, ni aku lekatkan gambar zaref terbaru. takder la baru sangat.


18 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Kenapa tak tangkap gambor OS... boleh letak kat n3 ni... hehehe..

Gambor anak kau tu sebijik macam rupa kau masa kecik2 dulu kan..

Tuesday, September 12, 2006 1:17:00 PM  
Blogger kingbinjai said...

dude, kalau kau bubuh papan tanda panjang berjela tu taku berlaku kemalangan juga, kemalangan kerana pemandu sibuk membaca amaran itu. hahahhaa

lukis gambar pompuan pakai baju kebaya pastu ada air 2 3 titik simbol hujan kemudian pangkahkan.

Tuesday, September 12, 2006 1:27:00 PM  
Blogger Mamamanja said...

betul kata KB... kalo dah papan tanda pun ayat panjang berjela camtuh mau eksiden gak.

Apa sesusah nak tulis.. tempek jerk gambo simbul terus kan senang!

err.... tapi... saper yg nak jadik model papan tanda tu hah?

Tuesday, September 12, 2006 1:48:00 PM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

Apsal tak tangkap gmbar tepek sini..heheheheeeeeeeee

Tuesday, September 12, 2006 1:59:00 PM  
Blogger ibuVouge said...

soklan bp cam bp penah tengok os masa kecik je

Tuesday, September 12, 2006 2:01:00 PM  
Blogger aNIe said...

Kalau panjang sgt papantanda tu memang tak sempat baca...

So pada masa akan dtg JPJ kene tambah simbol baru kat buku undang2 panduan memandu tu...heheheh...

Jadi pemandu tengok aje simbol tu dah tau...

OOH...tulah zafer ye...Ontahsapo JR. lah tu ye...

Tuesday, September 12, 2006 2:01:00 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

hehe..bagus punya cadangan..

amboi drp jauh mata zaref tu dah menangkap..ni muka ayah ka ni?

Tuesday, September 12, 2006 2:10:00 PM  
Blogger tumismenumis said...

Aku cuma boleh bayangkan perempuan yg berbaju kurung jarang yang melintas jalan dalam hujan lebat tanpa payung dan basah kuyup.

Sign board tu, pas pas ni la aku bayangkan balik..

Tuesday, September 12, 2006 3:46:00 PM  
Blogger Lan Rambai said...

ko telah mengingatkan aku kembali pada cikgu bahasa inggeris aku yang seksi itu!

Tuesday, September 12, 2006 4:17:00 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

tgk wajah zaref, ter imajin muka OS.;)

Tuesday, September 12, 2006 4:31:00 PM  
Blogger Unknown said...

eee.... anak sape terlepas ni?

Tuesday, September 12, 2006 5:03:00 PM  
Blogger Mummy Rizq said...

kalo ko nak, aku boleh tolong buatkan papan tanda tu! ni muka anak ko cam muka ko tak???

Tuesday, September 12, 2006 5:07:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

BP : aku lupa nak bawak camera la... eh cemana kau tau sama cam rupa aku ni...?

Kingbinjai : takder saper nak baca pun, diorang akan tgk gambar jer...

MM : nanti aku pikirkan saper model yang sesuai yer...

Tiara : tak bawak camera la...

IV : itulah dier....yer yer jer BP tu...

Kak Lady : elok gak diasuruh JPJ buat papan tanda tu.. bahaya wei....

Syikin : tak tau muka sapa, ada kata ikut ayah, ada kata ikut mak, tapi tang ensem tu ayah la....

Mazudi : takper, aku paham....

Lan : kau tak pernah jenjalan dlm hujan dgn cikgu tu ker...?

KV : cemana boleh terimagin ni....?

Halo : Lama tak dgr citer kau...? melancong ke mana...?

Tuesday, September 12, 2006 5:07:00 PM  
Blogger 13may said...

apasal tak kasi dia payung? kesian...nanti demam....

Tuesday, September 12, 2006 5:38:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

saya rasa berdosa pula kerana membayangkan simbol atau gambar utk papantanda itu. isk!

Wednesday, September 13, 2006 10:08:00 AM  
Blogger Monster Mom said...

sronok ko cuci mata dlm ujan ni ek!!! no wonder la driving at 40kmph...hehe...patut slow down lagik..kasi dia tumpang...itu baru cuci abis!!

Wednesday, September 13, 2006 11:02:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

Aku dah terbayang kelincahan anak teruna ko!!!Bersiap sedialah ko nanti..Aku rasa ikut muka maknya..pasal kiut!!

Wednesday, September 13, 2006 11:11:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

La.....dah besau dah anak bujang dia......pencem orang nyer....

Wednesday, September 13, 2006 11:39:00 AM  

Post a Comment

<< Home