`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Bekalan Elektrik Terputus

Wednesday, September 27, 2006

Bekalan Elektrik Terputus

Malam ketiga terawih, Ampang Jaya blackout. Mula dari lepas berbuka, sampai lah aku ke masjid. Tapi sejurus sebelum bilal nak qamat utk isyak jer, lampu dah mula bernyala balik. So malam tu kat masjid Tmn Tar tak berapa ramai yg hadir. Ada lebih kurang 4 saf lelaki jer.

Dulu kalau kat sekolah, bila time blackout ni yang paling best. Semua aktiviti akan dibatalkan dan semua akan merendek kat dorm atau bilik masing masing.

Kalau yang nakal nakal tu, duk sebuk plan nak 'fly'. Sebab time macam ni pak guard dgn warden semua duk sebuk. Konon konon berkawal takut apa apa terjadi. Selalunya warden dgn pak guard akan penuh kat Aspuri. Yer la, budak jantan nak jaga buat apa, takder saper nak kacau.

Ramai jugak geng jahat yang akan 'fly'. Tapi kalau kat luar sekolah pun blackout, tak der gunanya. Baik melepak dlm sekolah, untung2 dapat dgr bebudak pompuan menjerit, kengkonon histeria la, kena rasuk la. Tu cerita dulu la. Sekarang hantu setan pun dah takut nak kacau budak sekolah, sebab diorang lagi hebat.

Ada jugak yang sebuk mencari kut ada sumber2 cahaya bulan, kat tepi tepi tangga, tepi tepi padang. Kononnya nak buat kerja sekolah. Atau ada jugak study bagai nak rak. Padahal blackout tu.

Tapi aku dgn Awe, agenda kami lain. Tak sama dengan sesapa pun. Kami paling suka kalau blackout ni. Sebab takder orang akan perasan apa apa kejadian lain selain yang disebutkan diatas. Kami tak suka duk study tak tentu hala dlm gelap. Kami takkan 'fly' sebab dah tentu ramai yang akan buat benda tu. So dari terserempak muka yang dikenali diluar nanti, baik buat benda yang best kat dlm sekolah jer.

Kalau time blackout macam ni, dua jer, kalau tak lepak dlm ko'op sekolah 'bershopping, Awe skodeng..... hahahahahhaha.... Yer yer, Awe jer, aku tak terlibat. Betul. Lagipun tu dulu... dulu dulu punya cerita.... dulu kirannnnnnnn...!!!!




22 Comments:

Blogger Mummy Rizq said...

yer! awe skodeng.. ko TEMANKAN awe skodeng.. sama gak jadinya!

Wednesday, September 27, 2006 2:14:00 PM  
Blogger Kunci said...

Kitorg kalo blackout dulu main torchlight la apa lagi. Tulis mesej berbalas-balas asrama putera & puteri. Uu..memoris betul.

Wednesday, September 27, 2006 2:57:00 PM  
Blogger Unknown said...

wooOOOOO! berlindung disebalik awe....same je tu OS! cis...

Wednesday, September 27, 2006 3:21:00 PM  
Blogger Hot Mama said...

So sembahyang dalam gelap ker?

Wednesday, September 27, 2006 4:44:00 PM  
Blogger tumismenumis said...

Kalau blackout kat asrama Perindu ngan Delima UiTM tahun 1995 dulu, akan ada cahaya torch light dari Perindu dengan pergerakan kod kod tertentu, pastu akan dibalas dengan kod kod tertentu jugak dari Delima.

Aku. Sampai hari ni tak paham apa sebenarnya yg dia org buat.

Wednesday, September 27, 2006 10:42:00 PM  
Blogger kingbinjai said...

kalau aku, tidoooo!

Wednesday, September 27, 2006 11:38:00 PM  
Blogger zino said...

os dengan awe kawan baik kan? hehe apa yg dia buat os tak kan nak biar macam tu je hehe..

tak pe lah alasan itu dolu.. masih boleh di terima.. hehe

Thursday, September 28, 2006 5:51:00 AM  
Blogger 13may said...

tak caya..tak caya...mesti join Awe punya:P

Thursday, September 28, 2006 7:35:00 AM  
Blogger Amanitium Cho said...

haha, kalau kau tak skodeng gadis, ko skodeng Awe? tul ke? haha.

Thursday, September 28, 2006 8:36:00 AM  
Blogger BooK said...

ye ke kau tak terlibat?

Thursday, September 28, 2006 9:26:00 AM  
Blogger FarahChan said...

betul tu, hang terlibat x?ntah² hang ketua depa ...huhuhuhu..ops xbaik fitnah bulan pose..

Thursday, September 28, 2006 10:27:00 AM  
Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

hehe..ni nak kena check ngan awe dulu ni..betui ke idak..

Thursday, September 28, 2006 10:51:00 AM  
Blogger rina said...

yolah tu OS... aku langsung tak caya ngan hang...

Thursday, September 28, 2006 12:39:00 PM  
Blogger Arena said...

haha, kalau kau tak skodeng gadis, ko skodeng Awe? tul ke? haha.

ni komen yang paling kelakar..muahahhahaha..

Thursday, September 28, 2006 2:01:00 PM  
Blogger Ayu Mohamad said...

hahahahahaha kelako la ko nih hahahaa... ko pon sama le tuh sekodeng hahaha.. eh tapikannnn aku dgn kengkawan sebilik masa form 4 dulu penah gak sekodeng hahahahahaha sekodeng bebudak laki hahahahahaha sekodeng dorang naik tangga balik ke bilik dorang je pun hehehe

Thursday, September 28, 2006 3:01:00 PM  
Blogger Lan Rambai said...

ya ya ya.. aku percaya. Ko kan rabun.. jadi ko harapkan apa yang awe ceritakan kat ko jelah utk ko berfantasi ... ops....

Thursday, September 28, 2006 4:41:00 PM  
Blogger Angah said...

takpe kalo ko skodeng pun takpe.. bukan diorang tau ko skodeng diorang kan muahahahaha

Thursday, September 28, 2006 5:15:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

saya konfius, kalau dah blackout, nampak apa? 'skodeng' apa?

Thursday, September 28, 2006 6:13:00 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Apa yang korang skodeng OS...?

Friday, September 29, 2006 10:54:00 AM  
Blogger aNIe said...

hahahah...memang sah le OS ni budak lelaki asrama sejati...skodeng eh?...

Friday, September 29, 2006 11:47:00 AM  
Blogger ayu_mkay said...

skodeng hapa lam gelap cenggitu.. ishhhh

Monday, October 02, 2006 1:52:00 PM  
Blogger Mamamanja said...

skodeng awe jerk ler... nak skodeng lain bukan nampak lam gelap!

Monday, October 02, 2006 3:48:00 PM  

Post a Comment

<< Home