`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Friday, September 01, 2006

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tadi di kilang, seorang warga india yg sudah 3 tahun menetap disini. Bekerja sebagai pemotong kain. Bergaji RM1400 sebulan. Aku tak nak bagi tau nama dia, korang semua mesti dah tau.

Dia bertanya ; Boss, semalam you merdeka ka?

Aku tiba tiba jadi bersemangat.

Aku cerita kat dia tentang orang kita masa zaman British. Aku cerita kat dia macam mana orang kita dalam zaman Jepun lepas British balik. Aku cerita lagi pasal orang kita yang merani macam Tok Gajah, Tok Janggut, Mat Kilau.

Pastu James datang join sama. Aku sambung cerita pasal Datuk Maharaja Lela, dan cerita pasal Birch yg kena bunuh. Aku cerita lagi pasal orang kita yang bersemangat masa Tunku sebuk nak merdeka. Cerita kesedihan masa orang kita ditindas oleh British.

Aku cerita pasal Leftenan Adnan. Aku cerita jugak pasal Bukit Kepong dan Sarjan Hassan yang aku baru je layan kat TV malam sebelumnya.

Aku selit cerita pasal orang india masuk Malaya, orang cina mula berniaga kat Malaya. Aku selitkan pasal nilai bendera Malaysia dan dimasa Tun sebuk nak bangunkan Malaysia lepas merdeka.

Aku jadi seorang yang sangat patriotik pagi ini walaupun tadi aku sarapan capati.

Mereka berdua dengar sahaja. Dan lepas aku dah letih. Dia bersuara "Sudah 3 tahun saya duduk sini kerja, tiap tiap tahun itu konsert banyak ramai orang wo..!"

Hampeh...!!



Siapa yang betul betul menikmati kemerdekaan kita? Orang kita atau orang luar?

21 Comments:

Blogger Kaklong Syikin said...

hehe..itu aje komen dia??

org luar tumpang nikmat atas kemerdekaan kita..

Friday, September 01, 2006 2:19:00 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Kalau ada tengok forum kat TV1 mlm tadi..bercakap pasal merdeka..... apa yg dicakap Ustazah Siti Bahiyah itu dalam maknanya.....

Friday, September 01, 2006 2:39:00 PM  
Blogger zino said...

merdeka = konsert percuma hehe

Friday, September 01, 2006 2:43:00 PM  
Blogger Lan Rambai said...

Barakth tu menikmati pemandangan di konsert merdeka ka?

Friday, September 01, 2006 3:01:00 PM  
Blogger aNIe said...

Hahaha....buat kering air lior aje bercakap ngan si barakth tu...hampeh betul....

Tapi masih boleh lah dimahapkan...sebab dia orang asing...apa pulak kita nak komen kalau orang kita pun camtu?

Friday, September 01, 2006 3:14:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

syikin :dia memang susah nak paham...

BP : tak aku tak tengok..apa dia cakap..?

zino : betulll...

Lan : dia pegi agaknya...

kak lady: kadang2 lupa lak barakath tu mcm tu...terover lak cerita dgn dia...

Friday, September 01, 2006 3:17:00 PM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

Wei kirim salam kat barakath tu..heheh islam kan dia.. aahahah a
lawak ar.. hehehehe

Friday, September 01, 2006 4:23:00 PM  
Blogger NONIE AZIZ said...

barakath..barakath...sian ko eik...minum air kasi tekak ko kering dulu!!

Friday, September 01, 2006 4:53:00 PM  
Blogger kingbinjai said...

erti kemerdekaan : konsert! konsert! konsert!

Friday, September 01, 2006 9:55:00 PM  
Blogger 13may said...

ceh! buang masa saja hang dok goreng kat dia....hahaha....

last2 konsert gak yang dia layan....

Saturday, September 02, 2006 10:22:00 AM  
Blogger zwitterion said...

tak boleh salahkan barakath, memangnya bila nak sambut merdeka, kita jugak yg sediakan konsert2 sebegitu..
barakath tumpang sonok jer..

Sunday, September 03, 2006 12:22:00 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

negara kita bukan shj mempunya bangsa melayu, india dan cina. Tp bangla ada, indon ada, negro pun ada. Begitu majmuk!

Sunday, September 03, 2006 1:07:00 PM  
Blogger KAMATO said...

Ini la pun barakath tu ada can nak tenguk konset merdeka free, yg lain semua kene bayar

Sunday, September 03, 2006 2:13:00 PM  
Blogger tumismenumis said...

Agaknya hari ni Barakath tu merdeka la sikit sebab dengar cerita sejarah merdeka ko tu?

Berapa jam bercerita ngan dia ni?

Sunday, September 03, 2006 11:00:00 PM  
Blogger Unknown said...

barakath tu mungkin tak reti erti merdeka, sekurang2nya ko faham malah menghayati sejarah kemerdekaan dgn baik.. tahniah!

Sunday, September 03, 2006 11:07:00 PM  
Blogger Pandang Dengar Diam said...

Memang hampeh ler....

Monday, September 04, 2006 9:22:00 AM  
Blogger Monster Mom said...

merdeka dari suma segi la kita nih...
konsert merdeka, larian merdeka, masakan merdeka, rekod merdeka, pakai baju pun merdeka gak....

Monday, September 04, 2006 9:30:00 AM  
Blogger Mummy Rizq said...

OS! Rajin yer ko bercerita ngan derang tu.. kalu aku.. tak kuasa den.. or dengan lebih tepat.. aku tak tau nak cerita cemana!

Monday, September 04, 2006 11:16:00 AM  
Blogger Ezan said...

saya nye merdeka, pergi shopping. maaf, saya tak berasa patriotik, selagi masih ada rasuah, tindasan, cerita tv tayang hiburan yg diwar-warkan secara besar-besaran.

merdeka?

Monday, September 04, 2006 11:24:00 AM  
Blogger ~ GAB ~ said...

MERDEKA.... the word is so sacred to me. The first glimpse of image upon listening to the word is when Tunku Abd Rahman waving his hand and repetitiously say the word. And aren't we glad to live in this country?

Too bad, the younger generations cannot really feel what Merdeka is all about when they can just visualise over the dazzling display of fireworks for the night alone apart from the glittery artists singing their hearts out in the concerts.

Monday, September 04, 2006 12:02:00 PM  
Blogger ~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

ontahlerrr....sapo merdekaaa...sapo raikann...

Monday, September 04, 2006 1:53:00 PM  

Post a Comment

<< Home