`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Bujang Senang

Monday, September 18, 2006

Bujang Senang

Hari ni kesibukan menjadi 3 kali ganda. Mana taknya, anak bujang akan tinggal dengan ayah dia jer. Dua dua bujang. Pertama kali zaref berpisah dgn emaknya, dengan kata lain kalau malam ini terjaga, dia tak kan dapat rasuah susu ibu.

Pertama kali jugak aku akan bersendirian menjaga zaref malam ni. Aku tak berapa kisah tentang hal lain, cumanya susu ibu sahaja yang aku tak ada. Kalau tepuk, memang setiap malam aku yang tepukkan. Tukar pampers, mandikan atau cucikan, semua aku biasa. Aku harap malam ini dia tidur terus sampai pagi. Amiiinnnnnnnnnnn..

Yang paling magiknya, semasa aku menulis entry ni sambil layan Nip/Tuck, dia dah tidur. Baru jer lepas aku tepuk dan sekarang sedang lena diulit intan.

Tadi ada motor yang bunyi macam bot ikan bilis lalu, zaref cuma gerak2 kaki jer. Nasibbb....

23 Comments:

Blogger Aku Bukan Bidadari said...

pergh! berapa hari kena tinggal ni? hehehee

jgn bawa zaref gi kedai mamak lak hahahaha

Tuesday, September 19, 2006 9:25:00 AM  
Blogger ibuVouge said...

pengalaman menarik tu OS..tapi jaga anak bujang rasa lebih senang dr jaga anak darakan os
sbb sama sama bujang..

Tuesday, September 19, 2006 9:45:00 AM  
Blogger Lan Rambai said...

kesiannn...... kalau zaref nak susu.. ko ikat lah botol kat dada ko tu.. dia tak perasan punya hahaha

Tuesday, September 19, 2006 9:46:00 AM  
Blogger Titicaca said...

setuju dengan lanrambai..ide yg sungguh bernas..wakakakka..

Tuesday, September 19, 2006 10:04:00 AM  
Blogger kingbinjai said...

aku tak suka moto yang bunyinya macam bot ikan bilis, ikut hati aku mau je aku baling ngan botol kicap!

Tuesday, September 19, 2006 10:04:00 AM  
Blogger Monster Mom said...

layan nip/tuck jgn sampai nak praktikal kat anak bujang dah ler..sian dia...nanti mak dier balik nengok muker cam suri tomkat...hehe...

Tuesday, September 19, 2006 10:53:00 AM  
Blogger Mummy Rizq said...

problem yg sama dgn anak bujang aku... sebab tu aku x pernah tinggalkan dia!!!

Tuesday, September 19, 2006 11:16:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

aku suka komen Lan...ko boleh praktik ideaLan tu!!muahahhahaha..SElamat Menjadi bapa Mithali...

Tuesday, September 19, 2006 11:30:00 AM  
Blogger Sherin de Souza said...

OS, insyaAllah tak bangun malam le anak bujang OS tu. :) Mmg langsung tak nak susu botol ke?

Tuesday, September 19, 2006 12:27:00 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

bila mak zaref balik semula ni?

pesan kat isteri ya, bolehlah bersalin banyak kali, sbb bab tukor diapers, tepuk2kan tidur tu kerja ayahnya..sonanglah mak :D

Tuesday, September 19, 2006 12:38:00 PM  
Blogger ~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

okeyla tuh...untung zaref dpt ayah meethaliii..hehehehehe...apo salahnyo sesekali ambik tugas ibunya plakkk...

Tuesday, September 19, 2006 1:03:00 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Alhamdulillah... bapa dan suami mithali....

Tuesday, September 19, 2006 1:03:00 PM  
Blogger Ayu Mohamad said...

Ko boleh amik title Bapa & Suami Mithali drpd NBK466 hehehehehe

Tuesday, September 19, 2006 1:58:00 PM  
Blogger Mamamanja said...

pasni sure mak dia akan tinggalkan zaref lagi.... bersedia la os...

Tuesday, September 19, 2006 3:48:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

Tiara : sebenarnya mak dia tinggalkan satu hari satu malam jer, dia ke KK, malam ni dia baliklah... hehhehe

IV : pengalaman menarik ker..? cam risau jer ni...tapi dia ok jer semalam, cuma bgn byk kali cari mak dia.

Lan : aku dah cuba, tapi puting kat botol tu tak mendatangkan nafsu lansung kat dia nak try....

Titi : tak jalan idea tu..

Kingbinjai : aku dah try baling dgn bola golf, tapi tak kena, laju sangat....

Junita : layan jer, sebab ok jugak citer tu....

Marlina : masalahnya dia takmau susu botol lansung...

MR : aku suka jugak, tapi tak berjaya... maybe aku kena buat mcm real punya.."

Sherin : Dia bangun pukul 1.30, 2.45, 3.10, 4.45 pagi, lepas tu pukul 7 baru bangun, aku tidur sikit jer smlm.....kesian kan...?

Syikin : Dah byk kali aku pesan, siap aku kata zaref nak kan adik, tapi dia kata takder bukti yg zaref cakap... abih camner...?

ZZ : aku tak kisah ambik tugas ibu ni, tapi susu nak bagi cemana...?

BP : Amiiinnnnnnnnnn....

Ayu : Dia nak ker bagi kat aku title tu...? hehehhe

MM : Harapnya tak la....kalau pergi mana2 lepas ni aku nak ikut....

Tuesday, September 19, 2006 4:10:00 PM  
Blogger Pandang Dengar Diam said...

nasib pulak kau tak mencari.....

Tuesday, September 19, 2006 5:26:00 PM  
Blogger hamka said...

kita senasib...

bini aku kat wad..
tinggal aku dan dua anakku

maka kami bertiga lelaki duduk bujang layan tengok kamen rider...

Tuesday, September 19, 2006 6:25:00 PM  
Blogger Unknown said...

bukan slalu jadi bujang bila dah kahwen..hehehehe

Tuesday, September 19, 2006 6:59:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

memang contoh bapa mithali ni....hehe

Tuesday, September 19, 2006 11:05:00 PM  
Blogger aNIe said...

Ontahsapo...pertama sekali nak ucapkan....Happy Belated Birthday buat Isteri Os...dah seminggu rupanya kak lady tak berkunjung kemari...

Wah!! Bapa Mithali ye...siap pandai tukar pampers...Beruntung isteri OS ni... :)

Wednesday, September 20, 2006 8:51:00 AM  
Blogger Unknown said...

bleh dpt award bapa mithali la lu...

zaref masih minum susu ibu lagi...? lagi satu cayaaaa tu ur wife...wa sanggup sampai cha cha 6 bulan je.

Wednesday, September 20, 2006 9:13:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

no doubt...memang babah and hubby mithali! Boleh la mama dia outstation lagi ;-)...munch-munch

Wednesday, September 20, 2006 1:32:00 PM  
Blogger Sherin de Souza said...

La, OS... banyak kali tu...kesian OS tak cukup tidur. Anak sherin, Marissa pun setiap malam secara purata bangun 3 kali. Paling teruk 9 kali! Padahal dah 2 tahun lebih..... hai.......

Wednesday, September 20, 2006 1:46:00 PM  

Post a Comment

<< Home