`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Fung Keong

Monday, September 04, 2006

Fung Keong

Hari Merdeka. Aku telefon mak, aku cakap kami balik sabtu ni. Aku tanya ada apa apa ker nak kirim?

Mak kata takder apa. Semua barang ada lagi. Tapi aku faham sangat kalau mak tu, dia memang akan kata semua ada, walau benda tu dah lama tak ada. Dia memang tak berapa suka kalau kami beli barang banyak2 bawak balik. Katanya, mereka hanya berdua, tak ada siapa nak habiskan nanti. Itu kata emak.

Tapi kali ini ada tambahan. Kata emak, tolonglah belikan kasut untuk abah tu. Setiap pagi dia keluar berjogging pakai kasut lama, yang dah koyak rabak. Bila disuruh beli yang baru, macam2 alasan. Biasalah, abah memang macam tu. Selagi boleh dia pakai, baju atau apa saja, akan dia pakai sampai lah ada orang kata dah jangan pakai. Itu abah.

Tambah emak lagi. Cariklah kasut yang murah2 tu. Kasut yang boleh buat dia pakai untuk lari. Beli saja kasut jenama Fung Keong pun boleh. Itu kata emak.

Aku terbayang kasut Fung Keong aku dulu. Masa sekolah. Memang dulu Fung Keong terkenal di sekolah. Tak kira lelaki atau perempuan. Semua kenal Fung Keong. Aku tak kenal siapa Fung Keong ni, tapi kasutnya memang selalu la aku tengok dan tiga empat pasang jugak aku pakai.

Itu dulu. Masa aku pakai untuk main takraw. Masa aku pakai untuk ke kelas PE. Masa aku pakai untuk balik kampung atau outing. Masa Awe pinjam untuk keluar berdating. Itu semua dulu. Berbelas tahun dulu.

Sekarang. Aku dah lama tak nampak kasut Fung Keong ni. Tak pernah aku tengok budak sekolah sekarang pakai jenama Fung Keong. Sekarang yang ada Bata atau jenama lain yg aku kurang arif. Mana aku nak beli kasut Fung Keong ni? Ada ke lagi kedai yang jual kasut Fung Keong ni? Korang tahu?

Last. Aku beli New Balance bagi abah. Bila dia try, dia kata "laaa... apsal tak beli Fung Keong jer..?"

Erkk...!!!

27 Comments:

Blogger Sherin Almashor said...

wah Fung Keong ni dah banyak berjasa pada OS. kena cari la siapa dan apa sejarahnye. Nanti kalau saya jumpa saya akan berikan link nye,ok? Wah canggih le bapa OS lari dgn kasut New Balance! :)

Monday, September 04, 2006 3:15:00 PM  
Blogger cuaca said...

Di kedai cina kat area umah aku ada jual.Bukan kedai BATA tapi semua orang panggil kedai itu kedai BATA sampai hari nih aku tak tahu kenapa...mungkin kedai itu ada jual kasut bata.Ada ker jarum dan benang jenama BATA?

Monday, September 04, 2006 3:24:00 PM  
Blogger yus said...

Hehe.....abih jawab apa dgn abah tu?? Cakap jerlah tak tahu nak cari kat mana kasut Fung Keong tu....agaknya ada lagi jual kasut tu kat kampung nko tu tak.

Monday, September 04, 2006 3:46:00 PM  
Blogger esis said...

fung keong yang ada jalur merah tu kan? fuuyooo, klasik tuh.

bapak ko suka yang antik. ko beli futuristik. tak mahunya dia.

Monday, September 04, 2006 4:13:00 PM  
Blogger blackpurple said...

Kalaulah Fung Keong tu masih hidup..kaya raya agaknya dia....

Tak pernah pakai FK..dulu2 suka pakai Warrior yg hi-cut tu...

Monday, September 04, 2006 4:15:00 PM  
Blogger Ayu said...

tau jenama FK tuh sbb mmg zaman2 aku dedulu ler ade kasut tuh.. tapi nak tergelak bila baca entry ko sbb ko sebut Awe (and everytime kalo ko sebut Barakath) adehhh udah ketagih blog ngko gamaknya aku ini ya....

lawak la abah ko hehehehe

Monday, September 04, 2006 4:24:00 PM  
Blogger Mazudi said...

FungKeong?
Pernah jugak aku pakai masa form 2 dulu. Kalau tanya budak kelas aku masa tu, rasanya semua dah pakai FungKeong.
Satu lagi, Warrior pun hebat jugak. Nampak ROCK la kalau pakai Warrior.

Monday, September 04, 2006 4:32:00 PM  
Blogger MAMARISYIA said...

Aku ingat tayar jer ada jenama Fung keong rupanya kasut pun ada eik???Zaman aku sekolah dulu Kasut Pallas adelah...tetiba aku konpius umur ko sama ngan aku jerkan??kenapa aku tak tau ada kasut fong keung ni ha??

Monday, September 04, 2006 4:50:00 PM  
Blogger MAMARISYIA said...

upsss..tak ko TUA setahun dari aku!!!

Monday, September 04, 2006 4:52:00 PM  
Blogger Kak Lady said...

Hahahah...kasut fungkeong tu memang terkenal buat mereka yang suka beli barang2 murah & selesa...anak2 kak lady dulu kalau sekolah beli kasut Fung Keong..nak beli kasuh jogging pun beli kasut Fung Keong...rasa-rasanya kat Melaka ade lagi...cuma kedainya kene carilah macam kat Kampung Jawa ke...

Monday, September 04, 2006 4:57:00 PM  
Blogger marlinabaharom said...

OS! Zaman aku, aku dah tak pakai fung keong.. time tu aku guna BATA...

Monday, September 04, 2006 4:59:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

Sherin ; Yer boleh la kata byk gak jasa kasut jenama ni, tapi aku lebih bangga bila pakai kasut jenama aliph' hahahhaha

Cuaca ; dimana area rumah kau ni? aku teringin nak pegi la, nak tgk ada lagi tak kasut mcm aku dulu...

Yus ; Takder la aku jawab apa2, aku diam jer la... dia pakai kasut baru tu pun ok jer...

Esis ; Yer yg ada jalur merah tu.. bapak aku memang macam tu... tapi kalau anak dia belikan, dia pakai jer...

BP ; fung keong ni level bawah sikit dr warrior la....

Ayu ; Kau ada fung keong kaler aper hah dulu...?

Mazudi ; memang mesti semua pernah pakai, kecuali budak zaman sekarang ni la, sure takmau kalau dgr nama tu...

MR : Nampaknya aku lebih muda dari kau, mungkin dlm 5 tahun muda agaknya...(sambil bersiul...)

Monday, September 04, 2006 4:59:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

Kak Lady ; Kat KL ni dah susah nak cari...kalau ada pun kena betul2 mencari...

Marlina ; Fung keong ni zaman yg muda2 mcm aku jer, orang2 veteran cam kau dan MR belum ada lagi....(bersiul lagi..)

Monday, September 04, 2006 5:02:00 PM  
Blogger zwitterion said...

kasut fung keong penah dengar je,tak penah jumpa pun!

Monday, September 04, 2006 5:02:00 PM  
Blogger neeziee said...

fung keong buat tayar beskal skang.
hehe.

Monday, September 04, 2006 5:06:00 PM  
Blogger Syikin said...

hehe..tulah, lain kali dengor mak cakap. tak pe, balik lagi nanti belilah kasut jenama yg dia nak tu...blh tukor2, lamalah tahannya.

stail abah OS mcm suami saya, selagi boleh pakai..selagi itulah tak beli baru..isterinya pun jd terdidik sama..hehe.

Monday, September 04, 2006 6:02:00 PM  
Blogger Sikenit Comel-AminBakish said...

aku pakai kasut palas.. sume kasut yang ada lekat2 tu aku panggil palas.. pastu kalau ada lampu, lagi best... eh..melalut pulak, err.. ko mmg anak yang baik.. :)

Tuesday, September 05, 2006 8:14:00 AM  
Blogger kingbinjai said...

aku rasa dah takde kasut tu new balance pun ok tahan lama

Tuesday, September 05, 2006 8:37:00 AM  
Blogger dugongsenyum said...

satu lagi jenama Marco. aku masa sekolah rendah miskin giler... pakai kasut getah pun pernah.

nah url FKR : http://www.fkr.com.my/products.html

Tuesday, September 05, 2006 8:44:00 AM  
Blogger 13may said...

FK, Warrior, Marco, Penguin & Converse - itulah koleksi kasut sekolah yang aku ada dari sekolah rendah sampai Ting. 5.

La aku cuma layan selipar jepun RM2.00. Beli kat pasar mlm:)

Tuesday, September 05, 2006 9:03:00 AM  
Blogger Selipar Jepun said...

aku dengar ade org seru nama aku la kat sini... hehehe

kalo ko tanya aku mana nak beli kasut fung keong ni pun aku buntu... ade lagi ke jenama ni kat pasaran ?

Tuesday, September 05, 2006 9:09:00 AM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

OS..ni kasut yang kaler hitam tu mcm kungfu tu ek.. kitaorang panggil kasut penguin..

Tuesday, September 05, 2006 9:22:00 AM  
Blogger semut said...

hehe.Fung Keong.memang pemes untuk pemain-pemain sepak takraw.hehe

Tuesday, September 05, 2006 9:40:00 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

kv tak pernah tau pun kasut fung keong tu.;)

Tuesday, September 05, 2006 9:49:00 AM  
Blogger me! said...

fung keong ni yang tapak dia hijau tu ker?kalo aku sekolah rendah dulu,ayah aku belikan kasut sekolah ni dekat dekat nak raya...bleh buat raya sekali...

Tuesday, September 05, 2006 9:53:00 AM  
Blogger MAMARISYIA said...

SIUL !!!hoiiiii ko tua pada akulah...

Tuesday, September 05, 2006 10:49:00 AM  
Blogger ayu_mkay said...

kat tmpt wa ada 1 kedai nama FK nih.. mmg kasut jenama FK gaklah yg di juei.. dan dh tentu wa slh sorg pelanggan dia..tapi tu dulu.. skang kedai tu dah takde.. dah terbakar! toke nyer pun ntah mana p..

Saturday, September 09, 2006 9:25:00 AM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home