`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Ramadhan Aku Dulu

Monday, September 25, 2006

Ramadhan Aku Dulu

Paling best berpuasa masa kat hostel dulu. Tapi bila dah jadi senior la. Yer lah, kalau dah senior tu, turun lambat ke dewan makan pun tetap akan beratur didepan jugak. Bukan apa, dah memang kelebihan senior, cik gu pun dah tak boleh nak kata apa lagi. Senior tetap senior.

Walaupun makanan utk berbuka takder best sangat macam berbuka kat rumah. Tapi suasana tu yang membuatkan jadik best. Ramai, semua beratur, semua menunggu azan maghrib. Buah kurma memang tak pernah miss la, mesti ada tiap tiap hari. Lepas tu kuih sejenis. Paling paveret ialah kuih ketayap, tu yang selalu habis awal. Dan kadang2 ada yg tak dapat. Selalunya, nasi, dua jenis lauk, sayur dan buah memang wajib.

Dan masa ni lah kita dapat tgk budak lelaki akan ambik nasi sebanyak mungkin, konon lapar sangat lah. Maklumlah sehari tak makan. Yang budak pompuan pulak, nasi sikit2 jer, diet la konon. Padahal kat bilik belasah nasik mak cik kantin lagi. Macam tak tahu.

Solat tarawikh memang tak pernah tinggal. Yer, walaupun tak pernahnya aku habiskan semua 20 rakaat tu, tapi sekurang kurangnya 8 mesti settle. Surau kami dulu cuma di tingkat paling atas asrama. Jadi setiap kali solat, semua akan naik. Lepas tu, biasalah, budak junior mesti akan duduk depan sekali, baris belakang imam tu. Yang ensem dan baik semua di saf paling belakang. Yer la, nak lari ke dewan makan nanti, nak kejar more'. Nak nak kalau hari mihun sup. Semua daging dgn telur dah tentu senior rembat dulu.

Teringat laungan bilal masa solat tarawikh dulu. "Fadlan minallah hiwanikmah....... dan seterusnya laungan ini akan dibalas makmum dgn jeritan yg kuat. Tapi yang tak berapa baik tu dia jawab lain... bila dah kat hujung2 rakaat ke lapan tu, dia akan jawab macam ni.. "Insyallah esok mai lainnnnn........"



23 Comments:

Blogger .:HalogamoRa:. said...

ambooooooooooi hang nakai na dulu dulu...

ensem konon...

Monday, September 25, 2006 4:21:00 PM  
Blogger kingbinjai said...

ha ha camtu pun boleh ek

Monday, September 25, 2006 4:26:00 PM  
Blogger Lan Rambai said...

asrama aku dulu buat 8 rakaat jer weii...

Monday, September 25, 2006 4:53:00 PM  
Blogger Kak Lady said...

Hahahah...Senior ni memang terok betol...hahaha...

Kak lady walaupun tak pernah bersekolah asrama penuh..tapi banyak cerita2 yang diceritakan oleh anak2 membuatkan kak lady tergelak dgn telatah anak2 di asrama bila berbuka....mcm2 kerenah...

Memang betul pun OS...budak2 senior memang selalu dpt priority...

SELAMAT BERPUASA OS...

Monday, September 25, 2006 5:42:00 PM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

Huwargh! OS.teringat masa kat hostel dulu hari rabu bukak puasa dengan ikan jacket jer..huhhuhu
sedey!!

Tuesday, September 26, 2006 8:19:00 AM  
Blogger marlinabaharom said...

agaknya semua sekolah asrama serve kuih ketayap... naper erk!

Tuesday, September 26, 2006 9:44:00 AM  
Blogger Sikenit Comel-AminBakish said...

mesti termasuk dalam keturunan senior yang diumpat dikeji oleh junior... :D

Tuesday, September 26, 2006 10:19:00 AM  
Blogger 13may said...

nostalgia nostalgia....

masa junior, aku cukup marah bila senior wat camni time makan...tapi bila aku jadik senior..otomatiknya aku jadik mcm tu jugak...hehhe...

Tuesday, September 26, 2006 10:30:00 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

masa skolah kv tak pernah dok hostel (belajar tak brapa pandai, hiks)tp dok hostel masa univ dulu kena beli sendiri2. Teringat PARAM kat car park tu. Luas sgt sampai tak larat nak jalan.

Tuesday, September 26, 2006 10:47:00 AM  
Blogger BooK said...

kami kat sini terawih berjemaah sesame sendiri je...

Tuesday, September 26, 2006 12:04:00 PM  
Blogger Junita said...

Tringin pulak nak masuk asrama balik...huhuhu...teringat kat kekawan... yg nangih masa bukak posa, yg makan sampai ayaiq lioq tekeluaq pun ada. hehe.. what a wonderful memory.

Tuesday, September 26, 2006 12:25:00 PM  
Blogger Sherin Almashor said...

Mmg best puasa masa sekolah asrama dulu. Kekadang tu dapat keluar outing ke pasar ramadhan. Syok betul!! Tapi letih juga pasal kekawan asrama yg belum atau dah lepas turn outing akan pesan beli barang. Bawa banyak sgt barang sampai jari-jari semua merah!!:)

Selamat Berpuasa kepada OS dan keluarga. :)

Tuesday, September 26, 2006 2:04:00 PM  
Blogger Syikin said...

salam,

oo..time buka kat beratur kat depan sekali..time terawih paling belakang sendiri..hehehe.

tp semua itu kenangan...

zaref ikut bangun sahur tak?

Tuesday, September 26, 2006 2:29:00 PM  
Anonymous neeziee said...

kalau menu ikan jeket sanggup aku boikot.berbuka nasik lauk ikan bilis tiga ekor kat sayur kobis.balik bilik melantak megi.huhu.

Tuesday, September 26, 2006 5:25:00 PM  
Blogger zino said...

nakal betul budak2 senoir ni.. lelebih yg sorang tu hehe

Tuesday, September 26, 2006 11:26:00 PM  
Blogger Mazudi said...

nak lagi best, berkawan ngan tukang masak dewan makan.
Time berbuka buat buat tak lalu makan.
Lepas terawih gi berkawan kawan ngan dia, sure dapat yg paling best nyer.

Wednesday, September 27, 2006 12:08:00 AM  
Blogger kunci hilang said...

Fadlan minallah hiwanikmah..

semoga ia tidak terus sekadar nostalgia saja.

Wednesday, September 27, 2006 1:02:00 AM  
Blogger rina said...

selamat berpose... selamat berterawih...

Wednesday, September 27, 2006 8:18:00 AM  
Blogger cuaca said...

OS time aku dulu hujung2 dia seakan begitu bunyi nyer tapi sedikit jer lain...

"Esok malam REZEKI lain...."

Wednesday, September 27, 2006 8:59:00 AM  
Blogger Mamamanja said...

dlm dunia blogger dah jadik senior lom os?

selamat berpuasa..

Wednesday, September 27, 2006 9:08:00 AM  
Blogger Arena said...

Salam..
puasa kat hostel memang best.. yang paling nyampah kalau kena masuk awal dan amek makanan awal..pastu terkulat-kulat tunggu orang azan sambil memandang makanan ..torture..........

Wednesday, September 27, 2006 9:45:00 AM  
Blogger blackpurple said...

Kat hostel dulu2, paling spoilt masa gi sahur kat dewan makan.. muka memasing selebet macam apa......yang nak nampak macho pakai spek.....hahaha....

Wednesday, September 27, 2006 10:52:00 AM  
Blogger zwitterion said...

kat asrama dulu siap bunyi loceng nak kejut sahur...

Wednesday, September 27, 2006 4:18:00 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home