`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: June 2007

Monday, June 25, 2007

Konpius









" Err... ontah..! kau ni orang nogori ker..?..."



" Err.. ha yolah...!!! kau ingat..?.."



" Takdo, den dah agak dah, sajo yo tanyo, buek kepastian...!!! ha kampung mano..?.."



" Err... matang pasiaq...!!!..."



" Puii ......!!!!"











Labels: ,

Wednesday, June 20, 2007

Capati Sardin







Belum aku sempat order, datang seorang macha memberikan surat khabar Utusan Malaysia kepada aku. Katanya percuma hari ini. Aku jangkakan hari ini hari jadi pemilik kedai makan ini ataupun hari ulangtahun perkahwinannya.







Aku : 'The Star' tadak ka..?

Dia : Tara la Boss, kita semua melayu juga...!!






Oh patutlah ramai dah jadik menteri.







Aku : err.. capati sardin satu..... mamak punya...!!!













Marilah kita ramai ramai mendaftar sebagai ahli UMNO ... !!









Labels: , , , ,

Friday, June 15, 2007

Peringatan







Kalau korang kata 15 minit tu tak lama. Aku tak percaya. Minggu lepas aku pergi potong rambut, 15 minit tu lama sungguh.







*************





Peringatan untuk semua pemotong rambut samada lelaki atau perempuan. Pastikan badan anda tidak berbau yang boleh merimaskan pelanggan.









Erghh.... kusam betul.... arghh.....







Labels: , , ,

Thursday, June 14, 2007

Masjid Kuala Dulang, Jelebu



Masjid Kuala Dulang, Jelebu. Terletak berhampiran dengan pekan Kuala Klawang. Masjid yang telah lama dibina dan masih mengekalkan rekabentuk asalnya. Sedikit sejarah masjid terdapat dlm gambar bawah.


Asal nama masjid Kuala Dulang ini ada beberapa sumber. Tetapi yang lebih popular ialah dikatakan suatu masa terdapat dulang berisi penuh dengan makanan terletak didalam masjid. Tidak diketahui siapa atau dari mana datangnya dulang berisi makanan itu. Namun yang pelik atau anehnya, walau dimakan seberapa ramai jemaah sekalipun, makanan didalam dulang tidak habis. Akhirnya dulang tersebut hilang dengan sendirinya. Itulah cerita asalnya nama Masjid Kuala Dulang. Wallahualam.


Sungai Dulang masih mengalir deras bersebelahan masjid.

Rekabentuk dalaman masjid.

Antara paluan lama yang masih terjaga di Masjid Kuala Dulang.


Makam Tok Pawang Jelebu diluar kawasan masjid.


Labels: , , , ,

Monday, June 11, 2007

Tulang Rusuk







Tadi di Radio. Seorang penyampai berkata, seorang perempuan itu asalnya daripada tulang rusuk seorang lelaki. Ya tidak syak lagi, semua orang tahu. Sebab itulah agaknya ramai pasangan yang serasi. Ini kes lelaki dan perempuan. Selesai.





Musykil. Kalau kes lelaki dengan lelaki........? Atau perempuan dengan perempuan...?Tulang rusuk mana diorang ambik agaknya...?







Erkk....!!!











Labels: , , ,

Friday, June 08, 2007

Misteri Terungkai







Masuk hari ni, dah 3 hari aku menahan. Kadang kadang tertahan, kadang kadang tidak. Sesekali mengalir air mata. Namun aku akur. Aku hanya perlu menerima dugaan ini sebaiknya. Geli amat.



Kadang kadang ngilu terasa dihujung deria bau. Ada kala seakan mengusik konsentrasi aku memandu.







Pagi tadi, bermula dengan namaNya yang pemurah lagi maha mengasihani. Aku gagahi niat untuk menghentikan semuanya. Setakat yang aku mampu. Dengan senafas sahaja aku rentap. Sakit jugak.







Kini. Tiada lagi yang sering mengeletek semasa penghawa dingin kereta menghembus ke muka aku. Tiada lagi ngilu semasa aku menghembus dan menarik nafas. Lega.















Bulu hidung dah trim.











Labels: , ,

Thursday, June 07, 2007

Makam Moyang Salleh, Jelebu



Minggu lepas, selesai solat Jumaat dekat Lenggeng, kami terus ke Kuala Klawang. Takder apa pun sebenarnya, tapi dah rasa macam dekat jer, kalau tak pergi entah bila nak sampai.

Aku tak pernah ke Jelebu. Ini pertama kali aku sampai. Dan tempat pertama aku pergi dekat Jelebu ni ialah Makam Moyang Salleh.


Moyang Salleh ni kalau orang Nogori, sure tahu kisah beliau. Selain merupakan Undang pertama Jelebu, beliau juga lah yang pertama memakai gelaran Sultan di Jelebu ni. Beliau jugak yang bertanggungjawab memutuskan tali pemerintahan dengan Johor. Beliau dengan beberapa orang pembesarnya telah pergi mengadap Sultan Johor yang dikatakan agak zalim pada ketika itu dan terus meminta agak dimerdekakan Jelebu. Dengan itulah beliau dilantik menjadi Undang Jelebu.



Makam ini terletak tidak jauh dari Kuala Klawang. Dan begitu hampir dgn Kampung Dulang dimana terletak Masjid yang terkenal di Jelebu. Masjid Kuala Dulang.


Antara makam makam lama yang terdapat berhampiran sekitar Makam Moyang Salleh.

Gambaran Istana Moyang Salleh satu ketika dulu. Jangan tanya mana aku dapat gambaran ni, aku lakar sendiri jer.



Surah Al An'aam, Ayat 103

"Dia tidak dapat dilihat oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan, dan Dialah Yang Maha Halus, lagi Maha mengetahui"


Labels: , , , , , , ,

Monday, June 04, 2007

Rahsia Dua Beranak





Senja. Aku sampai agak lewat hari ni. Apalah didalam kepala anak aku tu, dua tiga hari ni babah asik lewat jer. Kalau bagi alasan jem', dia bukan paham pun. So terpaksa hulur sebijik gula gula hudson. Walaupun bibik tak akan bersetuju sengan rasuah aku tu. Katanya nanti giginya rosak.



Mama belum sampai. Seperti biasa aku mandikan Zaref. Terasa sikit malas hari ini. Aku capai 'pull up pants' huggies jer. Senang, tarik ke atas jer.







"Ok siap! jom babah kasi dekat bibik...!"



Bila dia berjalan, baru aku perasan, apsal kembung semacam jer ni.







"Eh.. Zaref poopoo ker...?"




Selamber dia jer " takk...!"



"Meh sini babah tengok, poopoo tak nak cakap ni, biasa...!!!"



"takk...!"











Setelah dikaji periksa, oopsss.... terbalik la...!



"Zaref jangan cakap dengan mama tau, ni rahsia kita dua jer..!"











Nota utk ibu2 dan bapa2* Pull up pants, ada tanda yang mana depan dan yang mana belakang, sila semak..!!!!!







Labels: , , ,

Masjid Khairiah Lenggeng



Masjid Khairiah Lenggeng, terletak di sebelah kiri jalan sebelum masuk pekan Lenggeng dari Broga. Masjid ni tak besar pun, cukup untuk lebih kuang 100 jemaah jer sesekali. Mungkin lebih sikit.

Rekabentuk binaan, memang lama, tengok jer kubah tu dengan atap dia. Simple dan memang orang tahu tu masjid kalau tengok dari jauh.

Masa baru sampai, aku baru nak snap gambar ni, tiba tiba hujan. So gelap sikit la.


Nampak mimbar tu, memang lama punya mimbar, klasik habis. Tiang seri dua batang tu memang gah kat tengah tengah masjid.






Labels: , , ,

Friday, June 01, 2007

Sekalung Takziah





Semalam terima pesanan ringkas dari Lan Ambia. Bapa mertuanya meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Muar.Sekalung takziah buat Lan sekeluarga.



Pengebumiannya hari ini setelah selesai solat Jumaat.





Al- Fatihah.....







Labels: , ,