`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Makam Moyang Salleh, Jelebu

Thursday, June 07, 2007

Makam Moyang Salleh, Jelebu



Minggu lepas, selesai solat Jumaat dekat Lenggeng, kami terus ke Kuala Klawang. Takder apa pun sebenarnya, tapi dah rasa macam dekat jer, kalau tak pergi entah bila nak sampai.

Aku tak pernah ke Jelebu. Ini pertama kali aku sampai. Dan tempat pertama aku pergi dekat Jelebu ni ialah Makam Moyang Salleh.


Moyang Salleh ni kalau orang Nogori, sure tahu kisah beliau. Selain merupakan Undang pertama Jelebu, beliau juga lah yang pertama memakai gelaran Sultan di Jelebu ni. Beliau jugak yang bertanggungjawab memutuskan tali pemerintahan dengan Johor. Beliau dengan beberapa orang pembesarnya telah pergi mengadap Sultan Johor yang dikatakan agak zalim pada ketika itu dan terus meminta agak dimerdekakan Jelebu. Dengan itulah beliau dilantik menjadi Undang Jelebu.



Makam ini terletak tidak jauh dari Kuala Klawang. Dan begitu hampir dgn Kampung Dulang dimana terletak Masjid yang terkenal di Jelebu. Masjid Kuala Dulang.


Antara makam makam lama yang terdapat berhampiran sekitar Makam Moyang Salleh.

Gambaran Istana Moyang Salleh satu ketika dulu. Jangan tanya mana aku dapat gambaran ni, aku lakar sendiri jer.



Surah Al An'aam, Ayat 103

"Dia tidak dapat dilihat oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan, dan Dialah Yang Maha Halus, lagi Maha mengetahui"


Labels: , , , , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home