`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Masjid Kuala Dulang, Jelebu

Thursday, June 14, 2007

Masjid Kuala Dulang, Jelebu



Masjid Kuala Dulang, Jelebu. Terletak berhampiran dengan pekan Kuala Klawang. Masjid yang telah lama dibina dan masih mengekalkan rekabentuk asalnya. Sedikit sejarah masjid terdapat dlm gambar bawah.


Asal nama masjid Kuala Dulang ini ada beberapa sumber. Tetapi yang lebih popular ialah dikatakan suatu masa terdapat dulang berisi penuh dengan makanan terletak didalam masjid. Tidak diketahui siapa atau dari mana datangnya dulang berisi makanan itu. Namun yang pelik atau anehnya, walau dimakan seberapa ramai jemaah sekalipun, makanan didalam dulang tidak habis. Akhirnya dulang tersebut hilang dengan sendirinya. Itulah cerita asalnya nama Masjid Kuala Dulang. Wallahualam.


Sungai Dulang masih mengalir deras bersebelahan masjid.

Rekabentuk dalaman masjid.

Antara paluan lama yang masih terjaga di Masjid Kuala Dulang.


Makam Tok Pawang Jelebu diluar kawasan masjid.


Labels: , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home