`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: May 2007

Thursday, May 31, 2007

Masjid Teluk Datok, Morib, Jugra





Jumaat, 8 Jamadilawal 1428. Minggu lepas lah tu. Kami berpetualang ke Banting, berjemaah di Masjid Teluk Datok. Masjid ini adalah masjid baru yang dibina diatas tapak masjid lama Kampung Teluk Datok satu masa dulu. Kawasan Teluk Datok ni adalah kawasan mulanya pendatang Jambi mendarat di Selangor.









Dah terlanjur sampai sini, kami terus makan tengahari di Pantai Morib. Satu satunya pantai yang terkenal di negeri Selangor. Dapat la baca serba sedikit sejarah Pantai Morib ni dekat batu bersurat dia kat bawah ni.





Kemudian, hala nak balik singgah pulak ke kompleks makam Sultan Abdul Samad bin Raja Abdullah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Sultan Selangor yang keempat. Baginda mula memerintah Selangor pada 1857 setelah kemangkatan Sultan Muhammad iaitu bapa saudara baginda.



Diatas ni adalah makam baginda. Bangunan bewarna kuning. Baginda juga yang memindahkan pusat pemerintahan Selangor ke Jugra dari Melawati atau Kuala Selangor. Dan dengan itulah maka, makam baginda juga terletak di Bukit Jugra.



Bukit Jugra memang terkenal sejak lama dulu. Dalam Kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melaka, dikatakan Bandar Melaka dahulu bersambung hingga ke Jugra. Hingga disebut jika seseorang berjalan dari Melaka ke Jugra, tidak perlu membawa api, kerana pasti akan ada rumah rumah disepanjang perjalanan itu yang terang benderang.



Dalam Hikayat Hang Tuah pula dikatakan Bukit Jugra adalah persinggahan Hang Tuah yang terakhir dalam siri pertapaannya.



Wallahualam.



Di zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad jugalah ramai pendatang dari Cina yang datang untuk menggali Bijih. Juga dizaman yang sama bermulanya perlantikan Residen British yang pertama di Selangor, J.G Davidson.













Antara makam makam keturunan Sultan Abdul Samad yang lain yang juga terdapat di sini. Antaranya makam Raja Muda Musa dan makam Raja Fatimah.



Al Fatihah.....







Labels: , , , ,

Tuesday, May 29, 2007

Tragedi Buah Nenas





Kalau ramai ramai memang best. Sebab buat apa pun macam takder rasa malu sikit pun. Yer lah, apa apa jadi ramai boleh tolong. Termasuk tolong gelakkan.



Dulu pernah beramai ramai turun ke Muar untuk makan kenduri. Kenduri kecik jer, ala ala tahlil atau kenduri arwah tu. Ramai lah orang kampung yang hadir. Termasuk kami yang datang dari jauh ni. Kata orang, kalau dah masuk kandang kambing tu, pandai pandai lah ikut mengembek.



Dihujung majlis seperti biasa, adalah sedikit jamuan dari tuan rumah. Hmm.. masa yang ditunggu tunggu ni. Maklumlah jauh berpetualang untuk majlis ni, so time makan ni lah yang klimaksnya.



Masakan kampung memang jarang jarang kita rasa. So hidangan setalam empat orang sekejapan jer habis. Bukannya nak rasa segan silu, malah talam sebelah pun dilanggarnya. Yer yer darah muda, macam tu lah.







Di akhir sajian, datang sepiring nenas muda dia setiap talam. Wah.. pencuci mulut yang luar biasa. Nenas muda. Rasa tak berapa manis, tapi bolehlah buat pencuci mulut. Namun setalam hanya empat potong nenas tu, mana lah cukup untuk si pelahap pelahap dari bandar ni. Sempat dicapai nenas talam sebelah yang tidak berusik. Dalam hati, kalau ada garam sikit mesti lagi sedap nenas muda ni.







Tiba tiba, jeritan seorang makcik : Oii.. apa korang makan tu, tu untuk cuci tangan la.... terhambur gelak ketawa ramai ramai....





Patutlah setalam empat potong jer. Seorang sepotong rupanya. Hmmm......







*Di setengah tempat, nenas muda tu utk cuci tangan, kira mcm limau la, digosok2 bagi hilang bau.









Labels:

Friday, May 25, 2007

Masjid Raja Alang





Minggu lepas, lengkap perjalanan menziarah sekitar 'segitiga' Beranang. Berakhir di Masjid Raja Alang yang terletak di Beranang Hilir.





Masjid Raja Alang adalah sebuah masjid yang bersejarah terletak di Beranang, Selangor. Dinamakan sempena Raja Alang, anak kepada Tengku Panglima Besar yang memerintah Kajang di masa pemerintahan Sultan Abdul Samad. Tengku Panglima Besar atau Raja Berayun ini berasal dari Sumatra, Indonesia.





Masjid yang dibina dari tahun 1904 hingga 1906 ini dirasmikan pada 1907 oleh Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Rekabentuknya hampir menyamai Masjid Alaudin di Jugra.





Labels: , ,

Thursday, May 24, 2007

Walk With Us







Khas buat semua penyokong kuat Liverpool, pesanan dari semua penyokong penyokong Man Utd dan Chelsea ..





" Walk with us...!!!"









Labels:

Monday, May 21, 2007

Spiderman nak salam







Memang spiderman ni meninggalkan kesan kepada anak aku. Pantang keluar iklan spiderman jer, mata tak berkelip tengok tv. Walaupun dia tak tau apa apa tentang spiderman.



So, nak menambahkan lagi pengetahuan dia tentang spiderman ni, aku beli lah satu patung spiderman. Besar jugak, kira puaslah kalau setakat dia nak berlawan lawan dengan spiderman tu.



Aku beli dengan harga RM2.99 dekat kedai Dua Ringgit. Entah kenapa harga dia lebih dari nama kedai tu. Aku tak ingat nak tanya pulak.









Bila beli dgn harga macam tu, kita takkan mengharapkan benda tu tahan lama. Dan kalau dapat bertahan dua minggu pun dah cukup untung.



Bila dia dapat, memang gumbira betul. Mandi dengan tidur pun nak spiderman ada sama sama.



Memang betul jangkaan aku, hayat spiderman cuma 3 hari. Tangan kiri dia patah, dan tak boleh dipasang semula. Aku tak terkilan, sebab harga dia murah jer. Yang buat aku tertekan tu ialah, bukan anak aku yang patahkan tangan spidey tu, tapi aku sendiri yang buat.







Aku ter'patahkan masa aku cuba nak buat aksi spiderman nak bersalam dengan anak aku.











Labels:

Sunday, May 20, 2007

Mila United







Man Utd kalah 0-1 kepada Chelsea semalam. FA Cup terlepas. Walaupun memang terasa boring nyer game semalam, aku tunggu jugak sampai dekat nak habis masa tambahan. Bila Drogba score jer, tahu dah aku akan frust malam tadi. Macam macam sumpah seranah keluar dari mulut aku, tapi aku sorang jer yang dengar. Sebab aku sorang sorang layan bola kat atas.



Dibawah, bising dengan sorakan Mila! Mila! Mila!... yer Mila menang dimalam akhir AF yang lebih dengan sambutan selamat untuk Aznil dari yang sepatutnya.



Hmmmm....







Labels: ,

Thursday, May 17, 2007

Bad Smell









Aku mintak Lan tolong pilihkan durian untuk aku bawa balik rumah. Dia pilih dua bijik elok elok isinya. Itu kata mereka yang dirumah tentang durian yang Lan pilih. Aku, aku tak pernah rasa durian, sebab baunya pun aku dah tak tahan.





Yerkkk...!!!!





Kata Lan "good things come with a bad smell "





Yerkk...!!!







Labels:

Wednesday, May 16, 2007

Masjid Kampung Mendum

Masjid Kampung Mendum, Lenggeng Negeri Sembilan antara masjid dan kampung terawal di kawasan Lenggeng. Masjid yang dibina pada tahun 1928 ini antara masjid tertua disini.

Rata rata penduduk asal Kampung Mendum adalah orang Minang. Walaupun penduduk asalnya adalah orang asli sekitar yang mula menduduki kawasan lenggeng dan beranang. Namun lama kelamaan barulah masuk ramai orang luar ke Lenggeng.








Labels:

Monday, May 14, 2007

SUMOLAH

The best from Afdlin Shauki.





Jom ramai ramai pi tengok.

Labels:

Kelu





Kalau dah lama berkawan, air dicincang takan putus, dah lebih dari keluarga. Jatuh bangun sama sama.



Cubit peha kiri, peha kanan terasa. Tapi tak semua masalah kawan kita boleh bantu.





Walau macam mana pun, anak anak itu mukjizat' dalam keluarga.







Semoga diberi petunjuk. Semoga dia tabah.







Labels:

Thursday, May 10, 2007

Brader Skuter Merah







Dia balik kerja ikut Jalan Ampang. Tiba tiba semalam tak macam biasa. Dekat Sebelah De palma, dia nampak satu kemalangan dilorong sebelah. Sebuah kapcai dihimpit sebuah kereta lalu pakcik kapcai tadi seorang lelaki pertengahan umur bergolek golek di atas jalan raya.



Brader skuter merah berhenti serta merta untuk memberi bantuan. Walaupun dia diarah bertentangan, dia terus mengangkat lelaki yang jatuh tadi. Mujur tak ada luka teruk, cuma calar balar sedikit dilengan dan lutut.





Datang seorang lelaki lain berhelmet, menunjal helmet Brader skuter merah dari belakang.



Lelaki Berhelmet : Woi b*******, apsal main berenti ikut suka, sekarang saper nak bayar Myvi tu, dah remuk teruk...?



Ya, dia baru dilanggar sebuah Myvi hijau dari belakang, akibat mengelakkan Brader skuter merah yang berhenti tiba tiba.





Dan Brader skuter merah kali ini sibuk membelek Myvi hijau. Dia terlupa pakcik yang dia nak tolong tadi.









Aku dapat tengok 2 drama kemalangan yang berlainan di satu tempat yang sama, walaupun aku nyaris melanggar pakcik kapcai tadi masa dia tergolek.





Labels:

Monday, May 07, 2007

Masjid Hijau, Lenggeng

Masjid terletak di kawasan Ulu Branang, Lenggeng, Negeri Sembilan. Kalau ikut Semenyih, lepas pekan Broga sikit jer. Dah dekat sangat nak sampai dengan pekan Lenggeng.

Masjid ni kalau tengok dari rupa bentuk, memang masjid lama yang hanya ditambah dibahagian belakangnya saja. yang lain lain semua lama. Tak luas mana pun masjid ni, cukup cukup jer untuk makmum yang tinggal di kampung sekitar.

Boleh tahan sejuknya masjid ni.

Labels: