`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Tragedi Buah Nenas

Tuesday, May 29, 2007

Tragedi Buah Nenas





Kalau ramai ramai memang best. Sebab buat apa pun macam takder rasa malu sikit pun. Yer lah, apa apa jadi ramai boleh tolong. Termasuk tolong gelakkan.



Dulu pernah beramai ramai turun ke Muar untuk makan kenduri. Kenduri kecik jer, ala ala tahlil atau kenduri arwah tu. Ramai lah orang kampung yang hadir. Termasuk kami yang datang dari jauh ni. Kata orang, kalau dah masuk kandang kambing tu, pandai pandai lah ikut mengembek.



Dihujung majlis seperti biasa, adalah sedikit jamuan dari tuan rumah. Hmm.. masa yang ditunggu tunggu ni. Maklumlah jauh berpetualang untuk majlis ni, so time makan ni lah yang klimaksnya.



Masakan kampung memang jarang jarang kita rasa. So hidangan setalam empat orang sekejapan jer habis. Bukannya nak rasa segan silu, malah talam sebelah pun dilanggarnya. Yer yer darah muda, macam tu lah.







Di akhir sajian, datang sepiring nenas muda dia setiap talam. Wah.. pencuci mulut yang luar biasa. Nenas muda. Rasa tak berapa manis, tapi bolehlah buat pencuci mulut. Namun setalam hanya empat potong nenas tu, mana lah cukup untuk si pelahap pelahap dari bandar ni. Sempat dicapai nenas talam sebelah yang tidak berusik. Dalam hati, kalau ada garam sikit mesti lagi sedap nenas muda ni.







Tiba tiba, jeritan seorang makcik : Oii.. apa korang makan tu, tu untuk cuci tangan la.... terhambur gelak ketawa ramai ramai....





Patutlah setalam empat potong jer. Seorang sepotong rupanya. Hmmm......







*Di setengah tempat, nenas muda tu utk cuci tangan, kira mcm limau la, digosok2 bagi hilang bau.









Labels:

2 Comments:

Blogger kingbinjai said...

ha ha

Wednesday, May 30, 2007 1:14:00 PM  
Blogger cuaca said...

korang nih memang pelahap...

Friday, June 01, 2007 10:33:00 AM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home