`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: September 2008

Thursday, September 25, 2008

Qiammulail





Aku baru jer selesai tidurkan anak aku. Dia terjaga lepas batuk batuk, terus muntah. Habis nasi dengan lauk keluar balik. Agaknya kahak dah penuh tekak, sebab tu nak keluar jugak.


Yang best tu, lepas muntah depan pintu toilet, aku tukar baju dengan seluar dia, aku tepuk je atas bahu aku, tak sampai seminit sambung balik tidur.


Yang jadi masalah sekarang, aku pulak tak boleh tidur. Habis semua channel aku tukar, takder yang best. Ni tengah sambil sambil layan The Patriot dekat HBO.


Browse torrent takder lak series atau movie baru, Prison break dengan Heroes yang baru masuk kelmarin pun belum layan lagi.


Ni ada pulak alarm kereta duk memekak pagi pagi buta ni, cepat la bangun tuan punya kereta woiiii.... Mungkin tu alarm untuk kejut dia bangun sahur.





Labels:

Thursday, September 11, 2008

Tok Posa 5 Hari






Tok baru keluar dari hospital. Dekat 3 minggu dia check in kat hospital dan dah semakin sembuh.


Semalam aku telefon tok. Aku cuma nak bertanya khabar.


Kata mak anjang, tok dah kuat, dah makan macam macam, dah mula puasa. Tiba tiba tok dengar, dia nak cakap dengan aku.





Tok tanya "Tok dah posa 5 hari ni.... nak bagi apa kat tok..?"

"Err... sehari singgit okay ke tok....?" Tanya aku balik.




"Dah... raya tahun ni, ketupat buat sendiri...." Kata tok.






Errk......!!!!!!










Labels: ,

Tuesday, September 09, 2008

Kongsi








Hari ni aku nak kongsi pengalaman dengan sesapa saja yang membaca.


Maid aku akan habis tempoh permit dia pada bulan Oktober ni. Jadi bila nak sambungkan kerja, kenalah hidupkan permit sebagai pembantu rumah asing (PRA).

Nak hidupkan permit pulak, sekurang kurangnya 3 bulan sebelum tamat tempoh dan passport mesti hidup sekurang kurangnya 18 bulan. Dan passport maid aku sekarang hanya ada setahun dari tempoh mati.

Jadi aku kenalah renew passport dia, buat pemeriksaan fomema dan barulah boleh sambung permit PRA.

Mula mula kami (aku dan isteri) cuba bertanyakan pada ejen ejen yang menguruskan perihal PRA ni. Jawapan yang kami terima lebih kurang sama. Tempoh yang diperlukan lama, sekurang kurangnya sebulan baru siap. Bayaran pun tak lari jauh. Untuk siap semua sekali dari renew passport, fomema dan permit boleh menjangkau RM1900.


Contoh quotation dari satu ejen,
1.Renew Passport, 5 tahun, = RM550 (2 minggu baru siap, tak perlu bawak maid)
2.Fomema = RM190 untuk perempuan
3. Permit = RM1200 (termasuk levi etc.)

Jadi aku ambik keputusan untuk buat sendiri.



Mula mula, aku renew passport maid aku dulu. Setelah aku semak website dan bertanya ejen, keperluan untuk ini hanyalah,
1.Gambar maid berlatarbelakang merah 4 keping
2.Fotokopi passport lama (muka depan dan resit permit emigresen)
3.Fotokopi IC majikan

Aku sampai ke kedutaan Indonesia lebih kurang 7.45 pg. Aku masuk dgn maid, isi satu borang mudah warna biru dan aku suruh maid aku beratur untuk ambik no giliran. Dapat no 68.

Kemudian terus dibenarkan masuk kedalam ruang kaunter. Hanya maid dibenarkan masuk. Majikan hanya boleh tunggu diluar. Jadi aku bagi semua borang dan fotokopi termasuk duit RM22 pada maid aku dan dia masuk tunggu giliran.

Passport PRA hanya dibenarkan 24 mukasurat, dan harganya RM22 shj.

Tepat jam 9.00 pg, kaunter mula buka dan giliran dimulakn satu persatu. Untuk permbaharuan passport, ada lebih kurang 23 kaunter semuanya. Lebih kurang jam 9.30 giliran maid aku.

Selesai dikaunter permohonan, aku panggil dia keluar dan pergi minum pagi dikantin. Setelah 30 minit kami kembali kebawah dan dia masuk semula menunggu no dipanggil. Bila tiba giliran dia, terus dia kekaunter dan passport dia dah siap baru. Kedua dua passport lama dan baru dikembalikan.



Fomema

Siap passport, aku dan isteri terus ke bank untuk membuat bank draft untuk fomema. Maid hanya perlu fomema untuk 3 kali sahaja. sekali setiap tahun. jadi untuk tahun keempat, tak perlu lagi Fomema. Bayaran Fomema RM190 untuk perempuan dan RM150 untuk lelaki. Kita hanya perlu sediakan bank draft bayaran kepada Fomema.

Terus ke pejabat Fomema di PBD, bawa bank draft, pastikan klinik yang dipilih dan isi satu borang yang boleh didownload dari web.

Siap di sini, bolehlah terus bawak maid untuk check up. Kemudian tunggu 10 hari untuk keputusan dan barulah boleh dibawa maid ke Imigresen Malaysia untuk dibaharui permit kerjanya. Bayaran untuk permit ni pulak hanyalah RM445.

1.Levi RM360
2.Permohonan Lanjuta RM60
3.Proses RM10
4.Visa RM15



So aku berjaya lah jimat duit dari bayar ejen yang mahal.

1.Renew Passport RM22
2.Fomema RM190
3.Permit RM445

itu sahaja yang perlu kita bayar sebenarnya.







Labels: , , ,

Tuesday, September 02, 2008

Deal !!





Watch out guys, its Ronaldo, Rooney, Tevez and BERBATOV....!!!!!

Labels: ,