Kongsi
Hari ni aku nak kongsi pengalaman dengan sesapa saja yang membaca.
Maid aku akan habis tempoh permit dia pada bulan Oktober ni. Jadi bila nak sambungkan kerja, kenalah hidupkan permit sebagai pembantu rumah asing (PRA).
Nak hidupkan permit pulak, sekurang kurangnya 3 bulan sebelum tamat tempoh dan passport mesti hidup sekurang kurangnya 18 bulan. Dan passport maid aku sekarang hanya ada setahun dari tempoh mati.
Jadi aku kenalah renew passport dia, buat pemeriksaan fomema dan barulah boleh sambung permit PRA.
Mula mula kami (aku dan isteri) cuba bertanyakan pada ejen ejen yang menguruskan perihal PRA ni. Jawapan yang kami terima lebih kurang sama. Tempoh yang diperlukan lama, sekurang kurangnya sebulan baru siap. Bayaran pun tak lari jauh. Untuk siap semua sekali dari renew passport, fomema dan permit boleh menjangkau RM1900.
Contoh quotation dari satu ejen,
1.Renew Passport, 5 tahun, = RM550 (2 minggu baru siap, tak perlu bawak maid)
2.Fomema = RM190 untuk perempuan
3. Permit = RM1200 (termasuk levi etc.)
Jadi aku ambik keputusan untuk buat sendiri.
Mula mula, aku renew passport maid aku dulu. Setelah aku semak website dan bertanya ejen, keperluan untuk ini hanyalah,
1.Gambar maid berlatarbelakang merah 4 keping
2.Fotokopi passport lama (muka depan dan resit permit emigresen)
3.Fotokopi IC majikan
Aku sampai ke kedutaan Indonesia lebih kurang 7.45 pg. Aku masuk dgn maid, isi satu borang mudah warna biru dan aku suruh maid aku beratur untuk ambik no giliran. Dapat no 68.
Kemudian terus dibenarkan masuk kedalam ruang kaunter. Hanya maid dibenarkan masuk. Majikan hanya boleh tunggu diluar. Jadi aku bagi semua borang dan fotokopi termasuk duit RM22 pada maid aku dan dia masuk tunggu giliran.
Passport PRA hanya dibenarkan 24 mukasurat, dan harganya RM22 shj.
Tepat jam 9.00 pg, kaunter mula buka dan giliran dimulakn satu persatu. Untuk permbaharuan passport, ada lebih kurang 23 kaunter semuanya. Lebih kurang jam 9.30 giliran maid aku.
Selesai dikaunter permohonan, aku panggil dia keluar dan pergi minum pagi dikantin. Setelah 30 minit kami kembali kebawah dan dia masuk semula menunggu no dipanggil. Bila tiba giliran dia, terus dia kekaunter dan passport dia dah siap baru. Kedua dua passport lama dan baru dikembalikan.
Fomema
Siap passport, aku dan isteri terus ke bank untuk membuat bank draft untuk fomema. Maid hanya perlu fomema untuk 3 kali sahaja. sekali setiap tahun. jadi untuk tahun keempat, tak perlu lagi Fomema. Bayaran Fomema RM190 untuk perempuan dan RM150 untuk lelaki. Kita hanya perlu sediakan bank draft bayaran kepada Fomema.
Terus ke pejabat Fomema di PBD, bawa bank draft, pastikan klinik yang dipilih dan isi satu borang yang boleh didownload dari web.
Siap di sini, bolehlah terus bawak maid untuk check up. Kemudian tunggu 10 hari untuk keputusan dan barulah boleh dibawa maid ke Imigresen Malaysia untuk dibaharui permit kerjanya. Bayaran untuk permit ni pulak hanyalah RM445.
1.Levi RM360
2.Permohonan Lanjuta RM60
3.Proses RM10
4.Visa RM15
So aku berjaya lah jimat duit dari bayar ejen yang mahal.
1.Renew Passport RM22
2.Fomema RM190
3.Permit RM445
itu sahaja yang perlu kita bayar sebenarnya.
Labels: Baharui Passport Maid, Fomema, Permit Kerja, PRA
5 Comments:
owh!!! thanks for the info..byk giler beza dia..hmmm
..
perghh.. jauh beza tuhh...
...
dah byk ko save to OS....rajin dgn x je sebenarnye....eh tp info ni bagus...tq :D
kesimpulannye x pyh amik PRA...kan2?eheheh
Sama la dengan urusan tanah. Beza ribu riban tu. Contoh mudah urusan pesaka kecil. Yuran proses RM 10 dengan carian rasmi RM 50. Tunggu dipanggil bicara kuasa. Kalau pakai loyer dekat2 3 ribu tuh.. kerja dia buat covering letter jek.
Post a Comment
<< Home