`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: July 2008

Wednesday, July 30, 2008

Chelsea 2 - 0 Malaysia



Semalam aku jadi penyokong Chelsea sekejap. Walaupun dari dulu menyampah dengan Jose, tapi sebabkan semalam Chelsea datang nak meratah team Malaysia, so aku beranikan diri sokong Chelsea.

Lepas 15 minit separuh masa pertama, aku tukar, aku sokong Malaysia. Aku tengok Malaysia main satu game 'pertahanan' yang baik. Nampak macam semalam jurulatih tak turunkan seorang pun pemain serangan. So kira jadi la taktik tu, kena 2 - 0 jer.






Walaupun yang bersaiz Malaysia cuma Wright Phillips dan Joe Cole, tapi diorang dua dua ni gila laju. Lari macam orang ada 2 jantung. Betullah kalau ada reseacrh yang kata purata larian setiap pemain EPL ni 10km satu game. Memang diorang ni tak duduk diam, kecuali Anelka. Mungkin sebab dia dah tua sangat, sesekali nampak cam Zainal Abidin Hassan dulu duluuuu masa diambang kejatuhan.

Stadium Shah Alam semalam penuh dengan orang. Gila ramai macam tengok final Kedah Pera hari tu, tapi tu kat Bukit Jalil. So setelah penuh asap rokok masuk paru paru aku semalam, pagi ni jenuh la jugak nak buang kahak kahak tu, adusssssss. Gambar pun nampak cam berjerubu.






Gambar gambar ni dari jauh jer, walaupun tiket RM103, tapi takder seat. So berdiri lah sepanjang game dan dengan lensa nikkor standard 18-55mm, inilah gambar yg dapat aku kongsi. Tapi kalau korang klik gambar tu, boleh tahan jugak resolution dia tu. Try lah.










* nak kena tukar lensa baru ni.




Labels: ,

Friday, July 11, 2008

Masjid Simpang 3, Gombak

Jumaat lepas, 1 Rejab. Kami ke masjid Al-Sharif, Simpang 3, Gombak. Dekat dengan greenwod tu. Masjid ni kira masjid baru la walaupun tapak asal memang dah lama ada sebuah masjid kat sini.







Sungai betul betul belakang Masjid ni. Sungai Gombak le gamaknye.



Kubur Imam pertama Masjid ni pun dekat pintu masuk, dan bersebelahan sungai.







* Gambar diambil pakai HP je, so kureng sket.

Labels: , ,

Friday, July 04, 2008

Sesumpah






"Aku tertanya-tanya adakah Bala akan ditimpa bala bila tadi menarik balik akuan bersumpah yang dibuatnya semalam"







*Selamat menyambut Bulan Rejab.




Labels: , ,