`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: December 2007

Friday, December 28, 2007

Masjid Angkatan Tentera, Sungai Besi

Masjid yang dalam kem tentera Sg. Besi ni besar jugak. Parking lot dia pun boleh tahan. Warna putih hitam biasalah, tentera. Dan jemaah pun ramai dari tentera jugak.






Dua tingkat. Bahagian atas tu utk jemaah wanita. Tapi hari jumaat open utk semua. Ramai bebudak duduk atas.





Kubah dia boleh tahan besar. Tinggi lak tu.



Pengudaraan dia yg best. Sejuk. Angin kuat keluar masuk, mungkin jugak sebab dia kat atas bukit sikit.

Labels: , ,

Wednesday, December 26, 2007

Aidil Adha

Hari Raya Haji baru ni, sempat pergi mandi dekat UK Resort. Kawasan dekat pekan Hulu Yam. Lebih kurang 1km dari Balai Polis Pekan Hulu Yam Lama.

Sejuk air dia. Kawasan ni, tanah persendirian, ada chalet dgn harga RM150 semalam. Lengkap dengan TV, bilik air dan kipas. Chalet betul betul sebelah sungai.

Tapi kalau dtg nak mandi manda jer, sebuah kereta akan dikenakan bayaran RM7. So tempat ni bersih la dan terjaga.






Sebuk sebuk mandi sempat aku snap gambar spider ni tengah meratah pepatung. Jamuan hari raya dia lah ni.










Labels: , ,

Monday, December 17, 2007

Masjid Kg. Kuala Perdik

Masjid Kariah Kuala Perdik ni terletak lebih kurang 2 km dari pekan Batu 18, Langat. Lokasi bersebelahan jalan besar dan sebelum Kampung Pangsun.



Masjid yang sederhana besar ini berbelakangkan bukit dan hutan buah buahan atau dusun.



Hiasan dalaman juga agak sederhana dengan mimbar yg bewarna putih dan dinding yang hijau.



Kawasan dalaman masjid jugak tidak begitu besar.



Beduk masih dipalu sebelum azan berkumandang. Kolah tempat mengambil wuduk juga masih digunakan.



Diseberang jalan hadapan masjid, mengalir sungai yang deras. Kurang periksa apa nama sungai ni. Mungkin Sungai Langat, Sungai Perdik atau pun Sungan Pangsun. Keadaan tebing sungai yang baru dibersihkan, dengan batu batu dia kiri kanannya.



Kelihatan jarak masjid dari tebing sungai.





Labels: ,

Wednesday, December 12, 2007

Jalan Jalan Dungun

Awal bulan hari tu, ada trip ke Dungun. Kerja dan makan makan. Lebih makan dari kerja. Sempat jugak melawat tempat tempat sekitar UiTM Dungun.


UiTM Dungun ni tepi sangat dgn pantai. So angin memang kuat.


Ni Hotel UiTM Dungun, tempat kami lepak 4 hari. Makan best, lepas tu, orang tak ramai.



Ini bangunan lab tempat operasi. Sebelah tu Barang baru sampai, sebuk memunggah.





Proses pemasangan bermula, hari pertama pukul 12 pagi baru habis.


Hari kedua, dah tak byk kerja berat. Tinggal yang senang senang jer.


Tamat hari kedua, nak nampak sikit rupa Lab. Semua barang tu datang dari Germany, sebab tu nampak cantik, hehehhe.


Last day, dah menjadi rupa Lab Electrical yang canggih, equipment jer belum masuk.



Bila time relaks, sempat berjalan ke Teluk Gadung. 500m dari pintu besar UiTM Dungun.


Ombak tengah mengganas.





Angin pun kuat gila.


Tamat sesi jalan jalan makan makan di Dungun.

Labels: , ,

Wednesday, December 05, 2007

Masjid Di Melaka

Salah sebuah masjid dekat tepi pantai dekat Melaka. Aku lupa nama tempat. Lama dah pergi, baru terjumpa gambar. Itu pun 2 keping jer, sebab ambik dgn camera phone.



Kalau sesapa tahu tempat ni, sila la komen. Masjid ni lama, dan ada pulak satu kubur kat tengah tengah parking lot dia.

Labels: ,