`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Seruan Kelah Kenyir 2

Thursday, April 06, 2006

Seruan Kelah Kenyir 2

Hari ni aku semakin tertekan. Semalam otai mengirim sms mengajak ke Kenyir esok malam kerana ada satu team yg akan masuk tapi bot masih kosong. Aku serba salah, masih belum beri jawapan.
Teringat setahun lebih kali terakhir aku masuk dulu. Memang best! Tak dapat dibayangkan. Bagi kaki pancing, memang kenyir adalah satu tempat yg takkan luput dlm diari pancing. Tapi bagi aku ada satu lagi kelebihan kenyir ni. Keindahan semulajadinya.
Trip aku dulu, memang pertama kali aku masuk kenyir. Tujuan utama masa tu memang nak memancing. Tambah pulak masa tu, Ujang yg memang terkenal dgn Buletin Lubuk tu, setuju nak bawak we all meneroka kenyir dgn ke'profesionalannya. Ujang memang dah masak dgn selok belok kenyir, pernah dia duduk dalam tu dua tahun tak keluar. Tu cerita lama. Bukan nak cerita pasal tu, tapi pasal kenyir ni.
Aku masuk dulu, kami dibawa ke sungai perpek. Kami jungle tracking 4 jam, dan aku tak tahu man apenghujung sungai tu. Suasana memang menarik, cantik dabomb. Tak dapat nak gambarkan. Air yg jernih mengalir separas lutut dgn batu batu sungai yg jelas. Anak anak sebarau, kelah atau jalur gemilang sebuk berenang melawan arus. Keadaan yg teduh dilitupi pokok2 yg rimbun, terasa sangat damai.
Walaupun dlm hati ada sikit takut, bertemu harimau atau gajah yg biasa disitu, kami seakan lupa itu semua. Seminggu dihutan di kelilingi pokok2 dan air tasik dan sungai, terasa sgt aman. Jauh dari kesibukkan tarfik jam, dan bising bunyi handphone yang sebuk setiap hari. Segala stress ditinggal diluar sana, sejurus sebelum menaiki bot membelah tasik.
Air terjun yg jarang dikunjungi memang meransang semangat cintakan alam. Tapi semua ni sementara jer, sebab kita masuk tak lama. Paling lama seminggu. Sebaik keluar jer dari kenyir, handphone mula sebuk berbunyi. Semua sebuk bertanyakan pelbagai benda yg telah dilupa sekejap masa sebuk menarik kelah semalam. Kembali ke alam nyata.
Hari ni, aku tak dapat lagi jawapan. Kalau aku turut sama, ertinya aku perlu selesaikan segala tugas sebelum esok malam. Argh......

9 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Waaa... seronoknyer seronoknyer... nak itot!

Thursday, April 06, 2006 2:02:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

alang : nak ikut diorang jalan esok malam, balik selasa...

Thursday, April 06, 2006 2:16:00 PM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

penah ikut amie gi mancing, sambil mancing tiara nyanyi..sambil rendam kaki kocak-kocak air..pehtu nyanyi ala2 puteri tu..lastlast kena sound.lenkali sayang tak yah ikut gi mancing lah..

Thursday, April 06, 2006 2:49:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

tiara : dah agak dah, org pompuan bukan leh duk lama2 tgk air tasik or sungai, dia sebuk nak masuk kaki dlm air, pastu bising lak tu...apa la...

Thursday, April 06, 2006 3:31:00 PM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

Err OS. tak yah gi lah..musim hujan ar skrang.. baik tgk bola kat umah.. :D

Thursday, April 06, 2006 4:11:00 PM  
Blogger BooK said...

dulu.
lame dah.
aku pegi mancing.
untuk terakhir kali.
dulu.
dah lame dah.

Thursday, April 06, 2006 7:11:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

aduh! mancing? saya kalah.. cari kat pasaraya je..

Friday, April 07, 2006 12:15:00 AM  
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

kat kenyir dulu. kat pulau poh (kalau tak silap) kenyir. lecturer aku menembak ikan kat bawah bot tgh parking. dapat ikan ubi besar peha org gomok.betul.besar giler ikan ubi tuh.

Friday, April 07, 2006 8:00:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

moon : memang nak pi, tapi kena tgk dulu, anak kecik baru 7 bulan, so sian lak nak tinggal lama2, then byk benda belum deliver, nanti client bising.

tiara : musim hujan ni best, air tinggi kat kenyir, so bot bleh masuk sampai dalam, tak teruk sgt jungle treking, yg paling best senang nak casting toman dgn sebarau...

book : apsal skrg takder lagik...kamon la...kenyir best!

gotartong : isk kat pasar tu lain, ni nak menikmati alam yg indah..cewahhh alasannn...

semut : ikan ubi memang sedap, isi dia putih dan tulang sikit. kalau kat bangsar seafood sekilo dekat rm400, mahal tu ikan tu..nampak toya jer ikan tu....kalau kat kenyir malam memang sessi pancing ikan ni dgn ikan baung...

Friday, April 07, 2006 11:38:00 AM  

Post a Comment

<< Home