`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Rilek la

Tuesday, July 14, 2009

Rilek la

Pasukan Malaysia terpaksa membuat perlawanan persahabatan ala ala bidan terjun dengan Zimbabwe untuk menyediakan pasukan bila menentang Man Utd Sabtu ni. Bagus lah, sekurang kurangnya ada buat persediaan. Takder la belasah je.

Yang duk bising pasukan Zimbabwe tu sebenarnya Kelab je, bukan pasukan kebangsaan Zimbabwe. Lantak la, janji Zimbabwe jugak.

Asalkan keputusannya menang, kira ok la. Kalau kalah, lawan dengan pasukan kebangsaan England sekalipun kena kutuk jugak.

Yang kecohnya, team kita. Malaysia. Man Utd takder pun kecoh2, padahal nak lawan dengan pasukan kebangsaan Malaysia ni. Sepatutnya diorang yang kena buat latihan betul2 sebelum turun ke Bukit Jalil sabtu ni.

Apa apa pun, semoga game Sabtu ni menarik. Takder la nampak kena balun sangat. Dapat macam lawan dengan Chelsea hari tu pun dah kira best. Berbalas serangan jugak la, dari kena belasah je.








0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home