`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Singgah Minum Petang Di Kapalai (1)

Friday, May 15, 2009

Singgah Minum Petang Di Kapalai (1)




Letih badan snorkeling dengan bibir yang pecah. Terpaksa menahan sakit kena air masin, sebab tak tahan tengok ikan ikan yang selamba je duk berenang tepi kaki.

Kami makan tengah hari masakan abang abang askar yang standby di Sipadan. Kena kari kepala ikan, ayam sambal memang tak tolak.

Lepas tu kami bergerak ke Kapalai Resort, saja singgah nak tengok resort atas air yang cantik dan MAHAL.....




Abang komando tak boleh jauh, ikut je mana pegi. Keselematan memang terjamin la. Tq banyak banyak.





Dah sampai resort atas air yang cantik sangat. Ada lebih kurang 50 buah bilik kat sini, semua dari kayu belian dan semua atas air ditengah tengah laut.

Kos nya, RM650 seorang untuk satu malam. Semua yang lain provided. Makan, minum, snorkeling, diving, bot semua bagi. Ada wifi semua cukup.





Dari atas jer dah nampak Tapak Sulaiman belambak lambak, penuh bawah resort yang agak cetek masa kami sampai petang tu. Agak agak dekat pinggang la air dia.



Cantik tu, memang rasa macam taknak balik.



Labels: , ,

1 Comments:

Blogger zino said...

amboi cantik nya tempat tu.. macam amna boleh sampai ke sana? ada projek ke? hehe

Sunday, May 17, 2009 12:04:00 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home