`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Temasek 2 - Hari ke 4

Wednesday, November 05, 2008

Temasek 2 - Hari ke 4



Hari ni dah masuk hari ke 4 kami dekat Singapore ni. Hmmmm bercuti dengan zaref ni ok jer, takder apa masalah, kecuali time dia nak poo poo. Kena lah berjaga jaga sket takut tiba2 jer dia nak tukarrrrr pamperss....!


Selama kat sini, kami dah jalan banyak jugak la tempat. Dah ke Spore Zoo, dah naik cable car ke Sentosa, dah window shopping kat Vivo City. Lepas tu pakcik Mail bawak pergi diner dekat East Coast. We all pekena nasi ayam penyet dengan satay. Then dia terus bawak we all jalan jalan tengok new terminal, terminal 3.


Besar la airport baru ni, sebesar KLIA, tu yang agak diorang bangga tu. Lepas tu semua kemudahan best la, new technology. Dekat parking lot tu ada indication, berapa petak kosong, kat mana, so senang la nak cari parking.


Kat Orchard ni takyah cakap la, setiap hari aku tolak stroller Maryam bawak zaref jalan jalan. Dari satu hujung ke satu hujung. Maklumlah hotel dekat sini jer, kiri ada Forum Plaza, kanan ada Borders yang besar tu. Depan ada Isetan. Jalan atas sket ada Orchard Plaza, jenuh berwindow shopping...


Yang paling best kat sini, internet connection dia. Superb punya laju. Aku semalam baru start online, aku download 4 tv series yang size dalam 350 MB satu, empat empat tu siap dalam masa 15 minit je. Tak pernah terjadi kat Malaysia.Sekarang dah tak tau nak download apa, semua dah siap. Best.


Kat sini nak kata murah takder la, lebih kurang sama je kalau kita compare dollar to dollar. Tapi kalau ada sale maybe murah sangat la. Makan pun lebih kurang sama jer harganya, cuma kadang kadang was was sikit halal ke tak.






*spore

4 Comments:

Blogger KAMATO said...

bila kita nak ada broadband laju gitu

Wednesday, November 05, 2008 11:39:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

entah la kamato, kita ni sembang jer nak buat mcm2, tapi duk sebuk bergaduh je....

Thursday, November 06, 2008 8:39:00 AM  
Blogger kingbinjai said...

oit oit ko kat temasek ek? kirim?! milo ais!

Thursday, November 06, 2008 9:37:00 PM  
Blogger Mazudi said...

Salam bro..
Huh.. bahgia hidup kalau internet line semacam tu nyer cepat. Tak yah nak tunggu satu hari dalam seminggu untuk tengok tv series.

~mazudi.com~

Sunday, November 09, 2008 12:43:00 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home