`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Konspirasi Politik

Tuesday, August 19, 2008

Konspirasi Politik





Semalam aku dapat rasakan macam mana diperalat dalam konspirasi. Rasa macam betul betul dipermainkan. Kita tak dapat nak elak, kita cuma boleh ikut dan redha dengan apa yang berlaku. Tapi peritnya, memang mendalam.




Ceritanya macam ni;


Keluar dari simpang Mardi semalam, aku ambik kiri nak balik office. Aku tak ikut jalan biasa, sebab MAHA sedang berlansung. So aku terpaksa ikut jalan satu lagi. Dalam perjalanan, ternampak ada signboard yang dipaku dipokok. Signboard biasa dari plywood, ditulis dengan cat sembur berwarna merah. Tulisan besar berhuruf besar "CENDOL MELAKA".


Perghhhhh.... tuhan saja yang tahu betapa terliurnya aku bila terbaca papan tanda tu. Walaupun aku tak tahu macam mana rupa Cendol Melaka, tapi aku tahu mesti sedap. Kalau tak, takkan orang susah susah nak buat sign and paku kat pokok. Kalau tak, takkan nak kena letak Melaka kat belakang tu, baik tulis je Cendol atau Cendol Biasa.


Depan lebih kurang 200 meter, ada satu lagi papan tanda yang seakan tadi. Masih diatas plywood dan menggunakan cat sembur merah tertulis "CENDOL MELAKA". Makin teruja aku nak try cendol ni. Aku bayangkan mesti gerai tolak tepi jalan, atau van macam mamak jual cendol yang selalu nampak tu. Dan kalau ada cendol sure ada rojak. Slurrpppppp..........



Depan lagi dah dekat nak sampai simpang 3, samar samar aku nampak ada satu lagi papan tanda yang agak agak sama macam tadi. Mungkin aku dah dekat dengan gerai cendol ni. Tapi makin dekat makin lain lak gaya singboard ni. Dah depan mata baru aku perasan dia tulis "CENDOL kat MELAKA".



Puiiiiiiiiiiiiiiiiiii..............Kurang ajarrrrrrrrrrrrrrrrr..............!*&@#)(#*)!*)(!#&(()@*&&&&&&*************************






*Perlu ke aku benhenti makan semua jenis cendol? Atau perlu ke aku marah semua orang melaka?









Labels: ,

9 Comments:

Blogger Kak Lady said...

Salam OS...lama akak tak menyinggah ...apakabar OS...semoga sihat walafiat...

Hehehhe...tergelak akak baca org mengidam nak makan Cendol Melaka...ada ke cendol spesel orang Melaka...

Kalau akak ni balik Melaka...akak akan pi makan cendol di gerai tepi jalan depan bekas panggung wayang Lido dulu...memang best...heheh

Tuesday, August 19, 2008 8:38:00 PM  
Blogger zino said...

OS..
lupakan cendol tu pi cari nasi lomak dulu hehe

Tuesday, August 19, 2008 9:26:00 PM  
Blogger su said...

hahahaha!

sabar2!n3 ni lawak la pulak!hahaha!

sy yg bace pon dah dok kene sebijik jugak dah neh!hahahaha!

Wednesday, August 20, 2008 3:31:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

Kak - nak kena cari tu bila2 turun Melaka...

Zino - Aku dah terliur dah ni...

Su - haha..

Wednesday, August 20, 2008 10:03:00 AM  
Blogger Titicaca said...

aku balik kg, musti pegi cendol mustapha kat jln teluk sisek tu..tapi mak aku kata kat pekan dah ada cendol best..cendol hamid...hehhee..terlioq sat..

Thursday, August 21, 2008 6:24:00 PM  
Blogger arsaili said...

salam kenal..isk2..sapa punya kerja yg tade keje tuh..tipah tertipu

Friday, August 22, 2008 4:26:00 PM  
Blogger kingbinjai said...

ha ha ha

Saturday, August 23, 2008 2:29:00 PM  
Blogger Semut Si Jurulatih said...

politik malaysia beb.memang macam tu

Sunday, August 24, 2008 4:07:00 AM  
Blogger biskutrajin said...

pembuat cendol x berdosa..eheh

Tuesday, September 02, 2008 2:15:00 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home