`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Beethoven Masuk Pagar

Monday, June 02, 2008

Beethoven Masuk Pagar

Semalam, aku baru nak ubah kereta, nak masukkan bawah porch sebab nak sejukkan sikit sebelum kami keluar. Masa aku nak panaskan enjin kereta, aku perasan si 'Gemuk kat depan kereta aku macam tak nak berganjak jer. Dia perati ke gate semacam jer.

Elok aku bukak gate je, masuk seekor anjing. Besar giler, panik sekejap aku. Ingatkan ada tuan, lama aku tunggu takder lak. Anjing tu terus pergi ke arah baldi air, minum sepuas puasnya. Lama giler minum.




Lepas minum, anjing jenis St. Bernard tu terus lepak bawah rimbunan pokok. Teduh dan sejuk sikit. Gaya cam sakit jer, napas laju semacam. Dah boleh nampak barisan tulang kat badan dia. Kesian pulak nak halau. Takut pun ada jugak. Besar tuuu...



Nasib baik SPCA dekat. Call diorang suruh datang, dalam 10 minit terus sampai, semua yang tengok terkejut. Mau tak nyer, besar giler....





Lama jugak diorang nak pujuk dia suruh bangun, sebab tak larat nak angkat, walaupun badan dua orang besar cam kaki pukul.



Last last diorang guna teknik kereta sorong, sorang tarik dekat depan, sorang angkat kaki belakang. slowly anjing tu jalan la.







Selamat naik lori, semoga dia selamat sihat balik. Entah anjing saper.







Labels: , ,

2 Comments:

Blogger cuaca said...

Bela je OS...

Tuesday, June 17, 2008 12:11:00 AM  
Blogger Mrs.Sheikh said...

hi salam ziarah...
sungguh gerun tgk anjing tuhh...
nasib tak mengejarr :)

Wednesday, June 25, 2008 10:07:00 AM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home