`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Update

Tuesday, April 01, 2008

Update







Minggu lepas turun Bandung. Shopping kononnya. Tapi Bandung masa aku pergi, jam sesangat sebab diorang cuti lama. Good Friday dengan Maulidur Rasul. So agak padat dgn pelancong dari luar dan dalam. Walau macam mana pun, best kali ni sebab tempat makan semua baru baru dan sedap sedap. Shopping untuk kaum lelaki kali ni kurang sket, bagi aku semua barang cam stok lama jer. Tapi untuk anak anak dan wanita wanita, ok lah kut.


Wiken lepas, kereta aku kena ceroboh. Nak kata kena pecah takleh sebab takder apa yang pecah. Dia bukak pintu dengan baik. Apa jadi dengan alarm kereta entah, tak bunyi pun. Yang best tu, kereta dlm pagar rumah, kena rompak. Barang yang hilang biasalah, Sony Radio, Smart Tag dgn TNG sekali. Glove aku yang selalu aku pakai kalau drive jauh jauh, dan kasut futsal kat dalam boot aku kena tibai. Lain lain, cuma dlm kereta aku bersepah la.


Pagi tadi pergi jabatan agama islam kat keramat. Jadi saksi untuk orang nak nikah. Teruk gak la, nak kena buat surat akuan sumpah segala macam. Tapi semua dah setel, kira ok la. Alhamdulillah...


Balik jer dari Keramat, tiba tiba Syabas korek paip betul betul depan pintu rumah. Mengamuk la FIL. Habis la mamat yang buat kerja tu kena sembur. Mahu tak nyer takder notis apa apa, tiba tiba dah korek. Lepas kereta aku kat dalam rumah takleh nak keluar. Datang pulak consultant diorang budak muda muda dengan takder alasan, kena la lagi semburan maki hamun. Tu lah dia kalau main belasah korek lubang jer depan rumah orang. Lain kali kasi notis atau apa apa surat sebelum buat kerja. Kalau tak tergagap gagap nak menjawab. Tak pasal pasal kena sembur depan belakang.


Minggu ni kalau takder apa hal, aku ikut orang rumah fly pergi Kuwait. Insyaallah. Balik ni baru carik radio baru untuk kereta. Amiin.....









0 Comments:

Post a Comment

<< Home