`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Orange.....

Thursday, January 17, 2008

Orange.....






Sejak bertambah matapelajaran diajar dalam bahasa enggeris ni, Faiz takkan jawab 'milo' lagi bila ditanya setiap pagi. Dia akan jawab 'Orange.....!!!'





,

Dulu mula masuk sekolah MARA ni, tohak tak berapa pandai ber'enggeris dengan kawan kawan. Kalau tiada pelajaran bahasa enggeris, dia lah pelajar terbaik tahun itu.


Setelah beberapa kali ambil peperiksaan bahasa itu. Dia akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ker United Kingdom. Dia ambil perakaunan.


Minggu pertama tiba di negara orang. Tohak demam. Katanya cuacanya sejuk sangat. Tak sama macam di Kulim. Kata doktor itu, dia cuma demam biasa, kalau makan 'paracetamol beberapa biji untuk beberapa jam akan sihatlah nanti.

Tapi bila doktor tanya " syrup or tablet....? " selamber dia jawab... " orange.....!!! "


" no no no.... syrup or tablet....?" tanya doktor lagi. Dia jawab sama " yes.. orange...!!! "


Kali ini soalan yang sama doktor sambil menunjukkan dua jenis ubat air dan ubat biji. Dan kali ini Tohak jawab lain...." err... syrup..please... "

,







Faiz pun dah tukar jawapan bila mak dia tanya. Dia jawab... " Kopi Jantan !..."




Labels: , , ,

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home