`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Sekadar Menyapu Sawang

Thursday, August 16, 2007

Sekadar Menyapu Sawang





Bila masuk blog sendiri pagi ni, terasa macam dah tak bertuan pulak blog ni. Mungkin tak berapa rela digelar 'monyet siber'. Tapi apa boleh buat, aku dah mulakan blog ni dekat 2 tahun lalu. Jadi aku ambik keputusan nak menaip apa yang aku terbaca, terdengar dan tersembang setakat hari ini.

Kes paling sensasi minggu ni, kemalangan ngeri bas ekspress yang dah berjaya meragut 20 nyawa di Bukit Gantang. Semua orang mesti tahu cerita ni. Kecuali mereka yang sebuk benda lain. Atau tak reti membaca dan takder masa nak tengok tv.

Lebuh raya utara selatan ni memang dah jadi jalan biasa kalau aku nak balik kampung. Paling cekai pun setahun sekali mesti lalu sini. Kalau dari KL ke SP tu aku ambik masa dlm 4 jam untuk sampai. Dengan minyak yang perlu aku tambah di Hentian Gunung Semanggol, dan tol yang mencecah RM90 ringgit. Bagi aku, jalan nya takder masalah. Macam menteri Kerja Raya cakap la, jalan dia tip top. Walaupun lepas bukit merah tu sedikit bumpy.

Tapi kemalangan ni susah kita nak cakap. Habis habis bangsat, orang akan cakap "benda nak jadi, apa nak buat". Yes takdir penentu segala... kalau tak takder la Jamal masuk serenti 2 3 kali kan..? Takdir...

Tapi tak adil lah kalau kita salahkan takdir jer. Sedangkan benda ni kita boleh elak atau kita boleh bendung. Hasil siasatan, punca kemalangan adalah kesilapan manusia atau human error. Senang betul membuat kesimpulan. Tapi kesilapana manusia mana? Pemandu bas, penumpang atau penjaga tol...?

Dan seperti biasa, sebagai pemandu, orang akan kata pemandu bas tu memandu dengan bahaya. Dia dah banyak saman. Dia ada waran tangkap pun. Dia pandu laju. Dan dia masih memandu.

Sebagai penumpang : Saya tak berani nak naik bas ekspres lagi dah. Baik saya tumpang kawan. Atau baik saya naik keretapi jer. Kesian mereka yang jad mangsa.

Sebagai Pemimpin : Kita akan siasat. Kita akan cadangkan satu undang2 baru untuk mengelakkan masalah ini dari berlaku. Kita akan pantau semua syarikat dan pemandu bas. Undilah saya...

Sebagai Polis : Kita dah siasat, pemandu ini ada banyak saman atas kesalahan memandu dan dia ada 2 waran tangkap. (ini berlaku dlm buletin utama malam kejadian, seorang polis besar di taiping cakap dgn senyum bangga) Hampeh...!!! entah apa yang dia banggakan..

Aku : Aku akan tetap balik raya, ikut jalan yang sama, dan akan keluar pada jam 3 pagi macam biasa.

Pandu Cermat Jiwa Selamat.

Biar Lambat Asal Selamat.

Ingatlah Yang Tersayang.

Awas, Kawasan Kemalangan.

Don't Drink and Drive.

Ikut Kiri Jika Tidak Memotong.

Kenderaan Berat, Ikut Kiri.

Beri Laluan.

(papan tanda gambar tengkorak)

Aduan LPKP...Tel :.....

(pondok memerhati polis tepi jalan)










Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home