`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: RMK8 dan RMK9

Wednesday, August 29, 2007

RMK8 dan RMK9





Awal tahun hari tu, PM ada umumkan Rancangan Malaysia ke-9 atau RMK9. Nampak gaya macam beruntung lah semua rakyat Malaysia dengan semua yang telah dirancang. Alhamdulillah, bagus ekonomi negara setakat ini.

Tapi masalahnya, barang yang dah kami hantar untuk MARA di Kuantan dah masuk 7 bulan dah berlalu. Dan invois yang kami sertakan juga dah masuk bulan ke 6 menjelang September ini. Tapi bayaran masih belum diterima hingga kini.

Alasan yang diberikan ialah, pertindihan bajet RMK8 dan RMK9. Akaun perlu diolah semula katanya. Adush, pinjaman dah mula nak mengenakan interestnya dan pembekal sudah mula sebuk bertanyakan bayaran. Macam mana ni...?


Ada sesiapa yang boleh tolong bagi penjelasan sikit. Bukan apa, untuk lebih memahamkan kami kami yang tak berapa faham ni... Atau ada sesiapa yang boleh tolong...?


Amiinnn......



Pening......!!!!




Labels: , ,

2 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Mungkin RMK10 baru kau dapat pembayaran kau tu.. Atau kena buat 'baik' dengan D. Khaled Nordin kot...

Wednesday, August 29, 2007 4:24:00 PM  
Blogger kingbinjai said...

itupun kalau akaun rmk9 dan 10 tidak bertindih

Thursday, August 30, 2007 9:02:00 AM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home