`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Pesta Bola MERDEKA..!!!!

Thursday, August 30, 2007

Pesta Bola MERDEKA..!!!!





Aku layan full time game semalam. Game semalam bagi aku lain, ada semangat nak tengok dan layan sampai habis. Kesungguhan skuad muda ni memang nampak. Permainan tak lagi dikuasai pihak lawan seperti yang biasa kita tengok.

Semalam semangat pemain memang nampak, tak takut, tak lembik dan takder nampak macam bersahaja. Sekalung tahniah untuk mereka yang berjaya mengukir senyuman disetiap peminat yang pergi ke shah alam semalam.

Walaupun bertahun tahun dah tak menang apa apa pertandingan, ini diharapkan akan menjadi satu permulaan yang baru. Dan sekali lagi, pembimbing tempatan juga yang berjaya membawa anak watan menjadi juara.

Harap jgn lah bila dah menang ni, ramai yang sebuk nak mempolitikkan mereka. Biarlah mereka yang layak sahaja berada dalam kelompok itu.


Sempena 50 Tahun Malaysia ni, dikira hadiah buat negara. Jangan tunggu lagi 50 tahun untuk menang lagi, sudahla......!!!!!









Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home