`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Kalut

Friday, October 13, 2006

Kalut



Dua tiga menjak ni memang kalut. Yer la, maid balik dan maid baru belum sampai. Memang keadaan agak kucar kacir. Masalahnya, bila nak pergi kerja, anak tu nak tinggal dgn saper..?

Dua hari ma'am cuti. Lepas tu dapat maid ganti dari agent. Maid cambodia ni masalah sikit. Dia cakap kita tak paham, kita cakap dia lagi tak paham. Lepas tu, anak aku lansung tak nak dekat dia. Dia ni pulak tak reti nak tackle budak tu. So masalah tak selesai jugak.

Ambik keputusan hantar anak kat nursery. Mujur akak tu nak terma jugak anak aku ni utk seminggu. Seperti yg aku jangka, mengamuk lah si zaref ni dekat nursery. Yer lah, tak pernah pernah duduk ramai ramai, lepas tu makan dgn minum susu ramai ramai. Tapi aku tutup telinga jer, seminggu jer.

Hari kedua kat nursery, zaref balik mengamuk. Mula dari pukul 8 malam sampai pukul 11. Kami bawak ke Ampang Puteri. Rupanya sakit perut. Angin. Kena satu dos ubat, balik terus tidur sampai pagi.

Puncanya, dia tak pernah minum susu pakai botol dgn puting, so bila dibagi di nursery, dia minum jugak, tapi angin yang banyak masuk dlm perut.

Maid baru ni, alhamdulillah. Dgn zaref dah ok sikit, walau baru 2 hari. Cuma byk benda nak kena ajar...


Tadi naik kereta datang opis aku dgr lagu....


Dalam kalut ada peraturan...
Peraturan cipta kekalutan...


Betullah tu kan....

15 Comments:

Blogger .:HalogamoRa:. said...

aku bleh paham lu punya kekalutan...slow slow arr. nanti sebulan dua ok la tu.

zaref dah ok dah?

Friday, October 13, 2006 11:47:00 AM  
Blogger marlinabaharom said...

maid aku akan balik ahad ni.. maid baru akan sampai 6 november.. so aku rasa aku akan lebih kalut dr ko OS!

Friday, October 13, 2006 11:49:00 AM  
Blogger ~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

ermm..mmg kalutt...kalau dpt maid baru..tp x reti papo...yg ptingg...kono sabar la..kono bg tunjuk ajar apo yg ptt..

Friday, October 13, 2006 1:08:00 PM  
Blogger 13may said...

meskipun kalut...tapi jgn sesekali cuai...

Friday, October 13, 2006 1:10:00 PM  
Blogger blackpurple said...

Lawa tak maid baru kau OS...?

Lagu sifu tu..............

Friday, October 13, 2006 2:31:00 PM  
Blogger kingbinjai said...

betul!

Friday, October 13, 2006 2:42:00 PM  
Blogger Sherin Almashor said...

Macam tu la hal maid ni. Ada pun kekadang susah, takda pun susah. Kalau pandai tackle anak tu maknanya ada harapan lagi la. :)

Friday, October 13, 2006 4:58:00 PM  
Blogger debikdebuk said...

uuuu...sang algojo..
uuuuu..nanti dulu...

yang tu apapulak maksudnya?

Saturday, October 14, 2006 12:51:00 AM  
Blogger BooK said...

maid?
apa tu?
little mermaid?

Saturday, October 14, 2006 8:45:00 AM  
Blogger zino said...

zino ada pengalaman dengan maid ni 6 bulan je.. banyak masaalah.. so memang tak kekal le.. lepas tu mem serik tak mau lagi..

cari je mak cik2 berdekatan utk jaga baby..sejak along dulu sampai le ke baby sekarang.. ramai yg nak buat partime kat tempat zino ni..

Saturday, October 14, 2006 8:58:00 AM  
Blogger Junita said...

maid ni mmg la bagi kalut sumer org...
tgk cam den ni ha.. maid jugak.. tapi maid hi tech gitu...
masalahnya den yg kalut... cis!!!

berikan ku kesempatan akhir ini..utk menyatakan kisah sebenarnya
lai lai lai lailllllaaaai.. buah lai.... sodap gak tu...hud hud kan!!!!

Saturday, October 14, 2006 10:53:00 AM  
Blogger Syikin said...

salam,

syukur Zaref dah ok ngan maid tu..harap berkekalan.

Sunday, October 15, 2006 8:19:00 AM  
Blogger Sastri said...

hmm.. sib baik dah dapat maid yg ok dgn Zaref ek..

Monday, October 16, 2006 10:28:00 AM  
Blogger kemat said...

aku tak pernah jumap maid cambodia.. apakah mereka juga manis2 seperti main indon..

debikdebuk, sang algojo itu pemenggal kepala, tukang pancung kapla yang diminta menangguhkan hukuman pancungnya

Monday, October 16, 2006 2:22:00 PM  
Blogger cuaca said...

Aku baru pindah di 1 kawasan perumahan kat bukit jalil....tak silap jiran kat sebelah aku masuk nih dah 4 kali maid dia lari kenapa tak tau.....

Tuesday, October 17, 2006 12:41:00 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home