`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Teh O Semalam

Tuesday, April 04, 2006

Teh O Semalam

Hari ni, bergegas ke Mardi, sebab semalam dah janji nak dtg setelkan mana mana yg belum diukur. So pagi yg begitu menyibukkan, dan tak sedar lak aku lupa nak breakfast pagi ni. Selalunya kalau tak pun setakat pekena milo secawan la.

Di Mardi, keadaan memang kelam kabut, sebab nak kena layan dua tempat sekaligus, naik turun bukit aku. Lenguh kaki tak yah citer la. Nak harapkan si tukang ukur ni, takleh lak berbahasa melayu, so selain Boss aku jadi translator jugak hari ni.

Balik dari Mardi, perut gila lapar. Teringin nak makan mcm2, tapi nak kena buat invoice dulu. Ternampak secawan teh o semalam yg ada separuh lagi atas meja.

Mula la pikir macam2. Boleh ke aku minum air ni? Tak ker nanti memudaratkan aku? Teh dia ni tak der bertukar kepada unsur lain ker? Asid ker? Alkali ker? Setahu aku la, takder lak mak aku dulu citer pasal ni. Kalau aku minum, apa lah sgt kan? Takkan boleh masuk spital kut pasal ni? isk...isk...

OS : arghhh... air laut pun tak basi, inikan pula air teh O. (dengan selamber aku togok habis)

Betul ker tindakan aku ni...?

13 Comments:

Blogger Aku Bukan Bidadari said...

Hello..enchekkk OS..teh leh basi lah..ada ka..ntah ntah cik lipas dah masuk menyelam sambil mandi manda semalam... eeeee.. baik gi kumur2

Tuesday, April 04, 2006 2:07:00 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

sepanjang pengetahuan aku yang tak seberapa ini, teh yang dah seminggu pun ok lagi, sebab tidak mengandungi elemen2 yang boleh memudaratkan kecualilah kalau dicampur dengan bahan2 yang memudaratkan..... agaknyalah....

Tuesday, April 04, 2006 2:47:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

wei, cawan ditutup rapi la, atas meja aku tu, mana da lipas, kalau ader pun semut la...

sebab rasa masih sama, takkan basi kut....sejuk lak tu, sedap jer....

Tuesday, April 04, 2006 3:01:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

jika slps 4 jam perut anda masih tidak meragam, elok la tu. kalau tak, maknanya dah basi. :)

Tuesday, April 04, 2006 4:38:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

atuk : setakat ni maish bertahan. dah masuk nasik ayam dgn cadbury crunchy lagi, masih tetapok, taktau la malam nanti apa cerita...

regards,

Tuesday, April 04, 2006 4:49:00 PM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

mana tau lipas tu teror dia bukak pehtu dia tutup balik bila nk siang..eeee bayangkan lipas tu mandi manda dlm air teh tuu eeeee..OS ni tak senonohhhhh..

Tuesday, April 04, 2006 5:51:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

tiara : isk dia ni, nak jugak lipas tu mandi...yer lah..ada 2 ekor tadik, bila den dtg dia kuar....

Tuesday, April 04, 2006 6:00:00 PM  
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

aku tak suka teh!!

Tuesday, April 04, 2006 7:26:00 PM  
Blogger hamka said...

semut..

aku ada cerita pasal semut kat blog aku..yg bertajuk "kenapa ada surah semut?"
(promote ha ha ha)

eh engkou pun kenal cikgu onizuka? best!

Wednesday, April 05, 2006 10:12:00 AM  
Blogger hamka said...

cara membuat teh yg sedap..

teh bih di rendam selama 5 minit dlm air panas
guna susu cap teko..
bubuh sedikit garam..

MEMANG KAW! bini aku selalu buat..insyaAllah

Wednesday, April 05, 2006 10:13:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

semut : aku suka teh o, teh tarik kureng...

hamka : 1st time aku dgr buat teh taruk garam ni, nak kena try ni...

moon : selalu memang buat lebih, simpan dlm peti ais, tapi semalam habis lak, ramai yg suka...

Wednesday, April 05, 2006 12:00:00 PM  
Blogger hamka said...

letak sikiiiiiiiiit jer garam tuh..aku belajar ngan mamak..tu teh kedai mamat rasa 'kaw' semacam..heh

Wednesday, April 05, 2006 1:14:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

hamka : aku nak kena try gak ni, kalau tak sedap nanti takder la buat lagik...

Wednesday, April 05, 2006 1:50:00 PM  

Post a Comment

<< Home