`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Projek Tahun 2006

Wednesday, April 05, 2006

Projek Tahun 2006

Minggu depan, aku mula dgn projek tahun 2006. Belum tahu lagi sejauh mana akan berterusan projek aku ni. Sebabnya, aku sendiri tak berani nak kasik komen lagi, benda belum jalan, cuma dalam perancangan. Tapi, serba sedikit plan dan lancar.

Minggu depan aku akan turun ker Bandung. Satu bandar di Indonesia yg terkenal dgn puluhan Factory Outlets'nya. Pertama kali aku turun Bandung, aku dah nampak akan apa yg boleh aku bawa ke Malaysia utk diniagakan. So kali ni aku serius dan akan cuba setakat yg aku termampu.

Aku nak pergi dan borong sebanyak mana pakaian kanak2 yg termampu dan bawa balik Malaysia dan jual semurah yang mungkin. Ini kerana dari apa yg aku tgk kat sana, semuanya berjenama dan murah. Kalau terjumpa pun disini, harganya 3 kali ganda.

Pakaian kanak2 sekarang bukan murah. Apalagi yg berjenama seperti Guess, Nike, Osh Kosh, Gap dan beberapa jenama yg jarang kita dapat di Malaysia seperti Academic dan CNT. Semua jenis jenama ini dibuat atau dihasilkan di Bandung sebelum diexport keluar. Jadi disini harganya memang murah.

Cadangnya aku akan mula dgn mengajak semua kawan2 turun ke rumah utk sessi jualan lansung. So siapa cepat dia dapat lah. Kalau sambutan nya hangat, aku akan turun lagi utk stok yg lebih dan kali ini akan ke flea market yg terdapat dekat KL ni.

So utk yg ada anak dan teringin nak tgk koleksi aku, tunggu 20 HB April ni, aku nak buat online sales dulu.

Insyaallah....

11 Comments:

Blogger BooK said...

eheheh. bagus. berniaga. hantar la cni barang sepersalinan dua. aha

Wednesday, April 05, 2006 4:50:00 PM  
Blogger NONIE AZIZ said...

wah!wah!wah!mak suka!!!rumah ko kat mana ontahsapo...copeklah bagitau de..den dah tak soba dah ni

Wednesday, April 05, 2006 5:12:00 PM  
Blogger NONIE AZIZ said...

wah!wah!wah!mak suka!!!rumah ko kat mana ontahsapo...copeklah bagitau den..den dah tak soba dah ni

Wednesday, April 05, 2006 5:12:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

book : nanti akan ku salinkan gambar2nya disini...

mamarisya : rumah den kek ampang, tapi show house tu rasanya buat kat gurney height kek keramat tu.. sebab rumah tu tak byk brg lagi...nanti dah ready den kasitau semua..jgn risau...

Wednesday, April 05, 2006 5:25:00 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

..make sure Guess, Nike, Osh Kosh, Gap tu yang ori..hehehe..

dalam 2-3 tahun lepas, partner aku ada borong jeans Armani, Guess... sebiji macam ori...rupanya imitation...hehehe...

Selamat ber'Bandung"...

Wednesday, April 05, 2006 8:07:00 PM  
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

jenama kiki lala ader tak?hehe

Thursday, April 06, 2006 8:47:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

BP : jgn risau, bila tgk kualiti jer terus ko sendiri akan tahu benda ni ori ker mari! tapi kuasa tetap ditgn pembeli...

semut : kiki lala takder lak nampak, tapi kalau gap for kids, memang byk...

Thursday, April 06, 2006 10:23:00 AM  
Blogger LMj said...

bandung ya??? hmmm buleh put into calendar ni. planning to go to indon early may.

thanks for the tips...

Thursday, April 06, 2006 4:47:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

lmj : kalau kau nak jenjalan makan angin, aku suggest yogja, sini best, makan murah, hotel murah, pastu bleh tgk borobudur. Kalau nak shopping, Bandung la the best! tapi jgn la pi jakarta, jem ngalahkan jln ampng or federal hiway..!!

Friday, April 07, 2006 11:34:00 AM  
Blogger LingGopoH said...

waalauuuweeeehh!jadi taukeh sudah haaa! bagus bagus! 20hb April? berminat jgk nak tgk2 nak boli tak tau laii sbb eh anak den bolum lahir laii camno ek? anak teruno ko daro ko pun bolum dapek tau laiee. Anyway teruskan usaha anda ontahsapo..goodluck

Saturday, April 08, 2006 9:02:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

linggopoh : nanti ado lah tu, teruno ko, daro ko, janji dio sihat ok la...

Monday, April 10, 2006 9:43:00 AM  

Post a Comment

<< Home