`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Misi Kemanusiaan ntv7

Tuesday, September 27, 2005

Misi Kemanusiaan ntv7

Masa Kuala Muda dilanda tsunami teruk, semua mata dan telinga tertumpu di sana. Satu Malaya duduk tercongok depan tv atau radio, hari hari nak tgk apa yg berlaku. Ada yg benar2 simpati dgn nasib mereka, ada yg ambik kesempatan.

Berbulan berlalu, kehidupan kembali sediakala, segala makan pakai dah seperti dulu, malah mungkin berlebih dr dulu. Alhamdullillah.

Aku teringat, seorang tua yg daif, buta kedua belah mata, hidup sebatang kara tak jauh dr tempat tsunami. Yg untungnya, dia tak dilanda tsunami, selamat dr malapetaka Allah itu, tapi sudah lama mandi, masak minum, basuh baju dgn air telaga yg kadang2 berbau tak sedap.

Kadang kadang makan, kadang kadang minum jer. Kadang kadang masak, kadang kadang jiran dah bagi lauk dgn nasik taruk atas, syukur.

Bagi yg nampak kedua belah mata, mungkin tak begitu susah hidup begini, tapi bagi yg buta kedua belah mata, bayangkan lah sendiri...

Sesekali terdengar riuk pikuk anak cucu jiran yg balik melawat nenek mereka, tumpang gembira jer lah.

Setelah sekian lama, hari ni aku dapat reply email dr Paulina, skuad edisi siasat ntv7, alhamdulillah diorang nak pegi tgk keadaan tok ngah chah. Bagus lah, biar org luar tgk dan bayangkan nasib tok ngah selama ni. Sekurang kurangnya semua orang tahu, bukan mereka yg dilanda tsunami sahaja yg susah, yg tak der makan pakai.

Semoga lawatan skuad siasat akan membuka satu cerita baru dlm hidup tok ngah.

Aku, setakat ini sahaja yg termampu.

Amiinnn...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home