`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: 3 Seringgit!

Friday, September 23, 2005

3 Seringgit!

Pau Kaya

Hari ni keluar awal, konon dah janji dgn Zizan nak hantar LCD. Sampai depan gate besar Mardi, call Zizan, tak jawab, hampeh. Masuk jer lah jugak, dah janji!

Masuk Opis Zizan, ader sorang jer bertugas, lain semua pergi Putrajaya, Zizan dapat pingat. Pingat sebab dah lama berkhidmat dgn Mardi, kata mamat sorang tu lah, entah yer ke tak nanti kena tanya Zizan.

Mati kutu. Nak pergi mana ni? Singgah pasar tani la, Jumaat ni.

Menarik jugak roti kaya akak ni. Cute jer, 3 bijik seringgit. Mana nak dapat roti kaya murah mcm ni kat KL ni, kekadang pikir, sian akak ni, entah berapa la modal dia nak buat roti kaya ni.

Kalau dekat KLCC diorang jual, sebijik jer dah dekat 3 ringgit. Boleh ker akak ni kaya dgn buat roti 3 seringgit ni? Macam mana dia boleh survive...?

" kasik 2 ringgit la kak"

Akak " ni akak kasik satu roti butter, test dulu, nanti kalau sedap, minggu depan beli dgn akak yer..!"

" err.. terima kasih..."

OK jugak roti butter ni, tapi aku suka roti kaya lagi..... beli 2 ringgit roti kaya, free satu roti butter...kat KLCC ader ker benda mcm ni...?

Sambil minum 'air nenas mak cik tim', duk pikir, kenaper lah tak beli 3 botol tadik....sedap pulak, sebotol sernggit lak tu.....entah lah....

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

Friday, September 23, 2005 11:43:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

Friday, September 23, 2005 11:53:00 AM  

Post a Comment

<< Home